Aku duduk di tepi batu besar.
Memerhatikan sawah di kawasan gunung.
Keadaan para petani membina aliran air.
Suasana sawah menghijau.
'sayang..kamera kehabisan rol'.
Angin petang memang sepoi.
Gigi yang ngilu, bertambah umphnya.
Sakit.
Seorang budak lelaki bertanya.Uppi.
"apa dipugau' tu'(buat apa tu?)?".
Tidak berjawab. Ngilu terlampau.
Namun memberi senyuman.
Uppi cepat-cepat berlalu.
Mungkin mengejar 'sahabat-sahabatnya' yang bermain panjat-panjat busut.
Ada 4 orang kanak-kanak.
Seorang perempuan. 3 lelaki.
Berumur 3 hingga 5 tahun.
Terlalu riang.
Ketawa berdekah-dekah walau berkali jatuh terguling-guling.
Ah. Sakit lagi.
'ajak suaramu beristighfar sayang'.
Aku berjiwang dengan diri sendiri.
"Astagfirhalazim. Lailahaillaullah. Allah.". Sedikit sengau fon yang meletus.
Sakit sekali!.
zikir diulang. Membentuk satu nada yang memujuk.
.
"wei...ingatkan siapa tu?". Acci. Sepupuku menjerit. Dia baru balik dari bermain bola tampar. Permainan harian orang-orang dikampung ini. Berseluar hawai paras lutut.
Senyum. Acci mendekat.
"ingatkan cowok ya...?". Cis!
Menggeleng.
"ingat mati Acci...kapan-kapan kita akan mati".
Acci diam. Dia bergegas naik ke rumah.
.................................................................
Sakit sudah reda. "eh...anak manis...koknya sedang mikirin...?(sedang berfikir?)". Paman Ali. Bapa kepada Acci.
Dia mendekat dan duduk disebelah.
Aku senyum. Paman juga senyum. Cantik dan putih susunan giginya.
"mikirin apa tu anak manis?". Paman melunjurkan kaki.
"tiada apa paman...saja layan blues". Sengih.
Aku memerhatikan kaki paman. Kaki kirinya sudah pendek. Dipotong hingga ke lutut ketika tercedera.
Kami bercerita. Bercerita mengenai kerjayanya. Seorang usahawan.
Aku cuba bertanya mengenai kakinya. Segan mematikan mukaddimah soalanku.
'kenapa dia tidak memakai kaki palsu?'.
Hanya bertongkat.
.......................................................................
Dia bertanya mengenai kehidupanku. Pengajianku.
"kira-kira...mahu sambung lagi kuliahnya selepas ini...?". Paman bertanya sambil mengurut kepala lutut kirinya.
Aku mengangguk.
"asal paman mahu biayai ongkosnya...". Ini guruanku. Paman ini baru ku kenal 2 hari yang lalu semasa menatang segelas besar air bandung di pasar Pare-Pare. Sambil melantak semangkuk coto makassar.
Ketika itu mereka sekeluarga melawat Acci di UNHAS. Sebelum singgah bercuti di kampung ini. Kampung dipergunungan.
"iya??...bisa aja...asal mahu belajar.". Pamanku tersengih-sengih.
"kok mahu kemana?...ke Amerika..ke Australia...atau mahu ke Jepang (jepun)..?". Aku agak ini hanya omong kosong pamanku.
"kok...insyaAllah betul kepingin mahu ke negara matahari terbit itu...".
Aku menjawab sambil tersengih-sengih. Gila. Aku bercakap dengan orang lebih berusia bukan kawan-kawan.
"iya...?insyaAllah bisa aja...selesai pengajiannya trus telpon aja...paman berjanji...".
Terkesima.
...............................................
Matahari semakin tenggelam.
"paman...saya bergurau sahaja..".
Paman senyum.
"iya..paman berjanji mahu membantu...ibumu itu adik paman...". Paman membetulkan kedudukan. Bersedia untuk berdiri.
"sebentar lagi kita akan berbuka...". Aku bingkas bangun. Dia angguk.
"nanti kita ke masjid...solat Tarawih...mana tahu Lailatulqadar malam ini..". Aku cuba membantu paman berdiri. Dia menolak.
"paman baru ingin mencoba terawih..". Dia sudah berdiri.
"maksud paman...?"
"selama ini..paman tidak berkesempatan...hatta solat harian pun kadang tertinggal".
Aku tahu. Paman berjaya dalam kerjaya. Cuma belum berjaya dalam bab ketuhanan.
Ish. Inilah masanya aku harus menegur.
"paman tahu....Allah sangat suka orang kaya yang baik hati dan rajin beribadat..". Kerongkong kosong berhenti sekejap.
"...berbanding seperti saya yang miskin, walaupun rajin beribadat...".
Pamanku memandangku dengan senyuman.
"kok gitu...Allah suka hambaNya yang rajin beribadat..?"
"iya...tapi Allah lagi suka hambaNya yang hartawan dan beriman kepadaNya..".
...................................................................................
Kami senyum melangkah serentak.
..............................................
nota I;
tulisan ini cuba memberikan wataknya betul. Jalan ceritanya hanya pandangan peribadi