Bagai baru semalam jak hidup.Bagai semalam juga menyambut raya yang selalu disalah tafsir sebagai hari penuh sedih dan duka jika tiada ahli keluarga. Padahal ia adalah hari kemenangan kita,setelah sebulan berpuasa dan melawan nafsu negatif.
TV-TV berabis pulas dengan tayangan raya dan cerita raya yang jauh maksud dengan meraikan raya sebenarnya. Maka tidak hairanlah,raya bagai pesta dan kegagalan minda menilai maksud raya itu.
Semasa menghampiri raya,saya asyik dengan kerja-kerja orang mengada-ngada.Titoq dan menahan sabar dengan hormon-hormon diri yang selalu lemah.Tidak berdaya membuat apa. Kecuali terlanjur belajar membuat ketupat palas yang memang tidak pandai jadi.Penat juga mata melilau mak mentua dan kak Ipaq buat,semuanya tidak menjadi.
Sebelum matahari Ramadhan berakhir,kami menziarahi kubur Abah yang pergi berjumpa khaliqNya.Membaca surah-surah dan Yaasin.Agak ramai juga penziarah yang datang.Ada yang datang untuk menjirus,membersihkan dan ada juga yang membaca surah Yaasin anak beranak.Kesian ahli kubur yang telah pergi dulu.Mesti merasai pemergian Ramadhan itu. Sedangkan kita yang 'ahli' kubur yang masih hidup,tidak sabar-sabar mau berpesta raya.Dengan bunyi-bunyi mercun yang tidak memikirkan perasaan jiran-jiran yang mahu berehat.Dengan pakaian-pakaian baru yang menyeksa pandangan 'bukan mahram'. Segalanya atas dasar "asal aku bahagia".
Indahnya Raya kali ini.Beraya bersama-sama orang yang akan menjadi rakan karib kita.Yang sedia menegur dan memperbaiki kita.Itulah manisnya sebuah perkahwinan.Sama-sama mahu menjadi chek-balance.
Kepada mamaku yang sentiasa 'membebel' apabila persiapan masakan raya mau disiapkan.Sehingga mau 'dibaca'.Moga Tahun depan kita merayakan bersama.Tidak sabar,mau menikmati tadarus bersama.Mesti indah dan manis-manis kan..