"inikah namanya Islam,program sana,program sini,balik rumah tanggungjawab tidak dibuat"
Semasa mula-mula berjinak dan beronok-ronok dengan program berbentuk Islamik. Tiada siapa yang tahu program itu berisi apa. Yang dilihat ialah kesanya apa kepada saya.
Dek kerana berada di kampus agak lama berbanding berada di rumah, maka selalu krisis tanggungjawab menjadi masalah.
Masa sebulan, digunakan untuk melaksanakan MISI program,dan selebihnya juga digunakan untuk menunaikan tanggungjawab kepada keluarga.
Bohonglah jika saya katakan saya seorang yang rajin.Lagi-lagi terpaksa memerah tenaga di ladang.
Tetapi kata-kata pedih dari adik beradik saya,selalu membakar semangat.
Selalu memberi problem,tentu saja duit.Tebalnya muka jika terpaksa meminta duit untuk ke program-program.Program mana ada yang free.Kalau free pun,ongkos pengankutan mana ada yang free.Adik beradiklah selalu menjadi mangsa,pinjam sikit,nanti balik kampus mak bapak bagi,baru bayar.
Itulah kenangan yang sehingga kini meninggalkan bekas. Menjadi anak kepada seorang peladang menjadikan kita tahu apa yang diperlukan jika 'ke' sesuatu program. Setakat menabur bakti, mungkin terlalu lekeh alasan itu. Tetapi itulah hakikatnya.
"kamu mengorbankan masa cuti yang terhad untuk program dakwah,bukankah itu bererti kamu mengorbankan sesuatu yang kamu sayang"
Seseorang pernah memberikan kata-kata semangat.
Apa kesinambungan kepada sebuah perjalanan semua ini. Saya mahu lebih ramai menjadi seperti saya, dan kawan-kawan saya. Tetapi..hakikatnya..selalu menjadi masalah.Apabila kekurangan tenaga untuk melaksanakan MISI program.
Itu dahulu.Dan kini masih berlaku.Teorinya mudah,kita terlalu berharap orang menjadi seperti kita.
Saya meninggalkan cerita itu di situ,sebagai gula-gula cerita. Atau pondok rehat.
(seperti saya menghina diri sendiri dengan kenyataan ini..urm).
Kini saya mahu mengorak langkah.Atau masih dalam bayang-bayang perasan mengorak langkah. Mahu menjadi tulang belakang yang terdekat untuknya, juga terus berbakti dalam ruang yang kabur-kabur untuk difahami orang lain.Cukuplah jika saya tahu apa yang diri ini buat,adakah betul masih berada di landasan?saya masih berharap. Moga Allah memandu,memberi taufik dan hidayah agar tiada istilah SYOK SENDIRI dalam diri ini. Nauzubillah..
Saya masih disini.
Ketika tiada siapa yang mahu begini.
Melainkan diri ini yang membiarkan begini.
Semoga ini tidak terus begini.
Kerana biarlah langkah ini mengorak lebih tinggi.