21 September 2011

aduai Mat Sabu

Apabila Mat Sabu mahu dibicarakan.
Saya memikirkan relebenya.

Dan apabila perlukan RM15K untuk diikat jamin.
Maka bertambah-tambah saya memikirkan tentang beliau.

"dia Komunis!"
Cis.
Betulkah dia komunis?.Atau berfahaman komunis?.Atau bagaimana realitinya?
huh.

"dia puji Komunis,dia kata Polis ini tali barut!"
Eh..semakin mendalam sebabnya.

Tentu semua ini berpunca daripada video beliau berceramah di Markas Pakatan Rakyat.Dan isi ceramahnya tentu langsung tiada kena mengena dengan si KOMUNIS sialan itu. (eh..ayat)
Mahu lebih tahu,dengar saja di youtube,cari perkataan Mat Sabu,atau Mat Indera.Semua boleh pakai.

Bila isu itu keluar di medan TV semakin ramai yang membuat laporan polis!Dan ini sebab kenapa beliau harus dibicarakan!.Hanya keran balai polis menerima lebih dari 1000 laporan!.
Seng!.

"Itulah lain kali jangan kutuk-kutuk polis dan mereka yang berjuang untuk merdeka"
pulak.
Bagaimana dengan seorang Prof yang mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah?.
Dia professor.Di Malaysia ini,mahu menjadi Professor bukan main dengan Sarjana tu..tapi penulisan ilmiah yang ditulis.Ingat.Mahu membaca betul-betul seketul jurnal sudah boleh memecahkan sel-sel lemak.Inikan pula mahu menulis!.

Dowh..
Bila Prof bebas,dan Mat Sabu mahu dibicarakan.Nampak perundangan kita seperti senget a.k.a miring.

"Mat Sabu pemimpin pembangkang"
Dan Prof Zainal pula intelektual. Apa beliau ada keistimewaan undang-undang. Amik misal masa di sekolah,siapa gagal math berdiri atas meja selama sejam.Tetapi anak cikgu Math yang gagal math pulak boleh duduk dan belajar macam biasa?.Anak cikgu math kebal undang-undang sebab undang-undang dibuat oleh cikgu math?

Nah..
saya masih geram.
Apapun saya mendoakan yang terbaik untuk orang-orang yang benar.
Salam Syabas&Juang Untuk semua peguam yang mahu membela orang-orang benar.

Jika Mat Sabu memang salah.Hukumlah.Dan jangan pula membiarkan orang lain yang melakukan kesalahan sama 'bebas'.