09 October 2011

de convo day











Saya tidak memikirkan akan kerjaya.
Mungkin kerana saya sudah tahu,saya akan menjadi seorang cikgu.Menjadi pendidik dalam Pendidikan Khas.Atau bagaimana..semua diserah kepada KPM.
Saya tidak menunggu sangat.

Apatah lagi berharap.

Graduan menganggur?.Mungkin saya tidak sesuai dengan istilah come itu.Kerana saya yang tidak mahu berkerja dan saya meme sedang bekerja juga..aha..walaupun tidak ke 'pejabat'.

Apabila saya telah naik ke pentas untuk menerima pail yang akan diisi Sijik Digree yang sedang dalam perjalanan pos.
Saya tidak terasa apa,kerana saya tahu pail itu kosong.Tetapi saya tahu..bapa,mama,siblings,macik,pacik mempunyai makna yang terlalu besar untuk sebuah majlis pura-pura itu.Konvokesyen adalah besar maknanya untuk mereka yang beranggapan, selepas konvo segalanya mudah.Anak akan menjadi sandaran,mak bapa sudah boleh berehat untuk mencari duit.Mungkin begitu pendapat sesetengah.


Tetapi saya cuba memahamkan lain kepahaman untuk dorang.
Saya belajar untuk tidak menyusahkan orang tua lagi.Itu saja.

Saya memang ada berangan-angan untuk menghentikan bapa berkerja menarik urat-urat semasa menombak.
Mamaku supaya bersenang-lenang saja dengan wang yang diperolehi setiap hujung bulan.Tetapi angan-angan itu hanya dikepala,tidak dikongsikan kepada dorang.


Saya tetap setia berangan-angan dengan angan-angan ini.

Kerana itulah saya berusaha untuk membeli gambar konvo di pentas yang berharga RM40 itu..bukan untuk saya,tetapi dorang.Mereka lebih menghargai gambar itu kelak,daripada saya.

saya masih mahu menaiki tangga untuk ke pentas.Dan dorang menyaksikan dengan 1001 perasaan yang saya tidak pasti bagaimana.