bismillah.
.
untuk perkembangan emosi dan sosial..
.
1. Pada usia ini perbuatan mereka seperti menipu, mengambil barangan orang lain...boleh jadi dibuat oleh budak ini. Mereka cuba sesuaikan dengan hasil yang mereka dapat. Inilah sebab usia ini masih dalam fasa 'rebung'. Mereka sesuaikan dengan kesesuaian mereka.
.
- Pada usia ini ada 2 sebab utama kelakuan ini berlaku. Kerana mahu mencapai apa yang diharapkan oleh ibu ayah budak itu. Atau langsung tidak berminat nak buat benda yang dibuat tu.
- untuk menghentikan tabiat ini, adalah lebih baik kita membetulkan dengan berhadapan secara perseorangan budak ini. Bukanlah kata bila terus hadap sekali, terus budak ini berhenti. Tetap ada jalan lain kena buat, misalnya buat hukuman yang tidak mencederakan, atau ada penghargaan terhadap kelakuan yang meningkat baik.
.
2. Enjoy dengan suasana yang ada rakan-rakan
Pada umur ini, budak ini terasa suka dengan suasana berkawan. Maka, peranan kita sebagai ibu bapa juga makin bertambah, kerana kita perlu kenali siapa rakan budak ini, hubungan anak kita dengan rakan itu peringkat mana.
.
3. Apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan menjadi sesuatu yang amat penting. Juga boleh mempengaruhi kepada kehidupan dan isu kepada budak ini
Oleh kerana, anak ini berasa suka dengan suasana ada kawan-kawan. Itu akan jadikan anak-anak pua kenal dengan keutamaan dan nilai persahabatan. Nanti kita bincang bab kawan ni. Dia isu yang besar sebenarnya dalam membentuk diri anak-anak.
4. Ada kala nampak dramatik dan biadab
.
Oleh kerana mereka sudah mampu berfikir dan bertindak, ada waktu kelakuan mereka membuat orang dewasa merasa budak ini separti suka melebih lebih. Ada waktu juga nampak biadab. Tapi ingat....mereka masih kecil dan cara mereka berfikir tidak sama dengan orang yang telah dewasa. Ada sebab semua kelakuan ini berlaku.
5. Tidak sabar. Perlukan sesuatu untuk mencapai kepuasan dengan segera. Payah untuk sabar kemahuan mereka.
Mula dah perangai ala diva. Tapi, ingat mereka masih rebung..dan cara mereka melihat dunia juga masih terhad. Jadi, banyak hal perlu mereka pelajari untuk mencapai sesuatu kepuasan.
6. Mudah tertarik dengan duit. Ia boleh jadi menjadi suka amat dengan hal berkaitan dengan duit. Misalnya untuk berbelanja dengan duit yang ada. Untuk menyimpan wang ada.
Duit itu, semua peringkat usia pun sukakannya. Di usia ini, mereka makin minat dan jika betul cara pendedahan, misalnya mula belajar tambah dan tolak , bahagi darab.. Ia akan membantu mereka kan...