27 April 2011

kerana aku belum jatuh cinta




kerana aku belum jatuh cinta.
Jadi kemarahanku berhamburan.
Jiwaku tebakor dengan tabiat mereka.

Kerana aku belum jatuh cinta,
hatiku memberontak ganas,
mahu saja matakuku mengeluarkan bom jangka,
akan ku baling kepada generasi-generasi putus harapan itu.


kerana aku belum jatuh cinta,
aku lukiskan satu lakaran indah,
tentang cinta bersama DIA,
si Pemilik Nyawaku dan Hatiku,
Hanya CintaNya yang terindah pernah ku jumpa.


Kerana aku belum jatuh cinta,
ku sediakan selimut menyelubung hatiku,
agar dia sentiasa terlindung,
dari habuk-habuk cinta manusia.

kerana aku belum jatuh cinta,
aku hanya ketawa bila halaqah cinta duduk terlentang,
banyaknya isu,cinta juga yang dihalaqahkan,
jiwaku bukan taman bunga yang penuh mekar dan wangi,
walaupun sesekali aku melafazkan;
"dalam hati ada taman".



biarlah buku pengubat jiwa,
teman berukhwah tempat bermanja,
program berkala lautan cerita,
cinta disini lebih manis seperti kurma,

kerana aku belum jatuh cinta,
aku bina pintu untuk berbicara,
cinta itu hanya bicara matang senior-senior manis 20-an,
yang sedikit meluat untuk aku mentafsir
terasa tersiat hati melihat,
gelak-gelaknya sambil berbicara,
"sudah layak diorang ni".

Tapi perjalananku masih panjang,
tidak akan ku biar cinta menjadi ranjau sepanjang jalan.


kerana aku belum jatuh cinta,
ku lontar bisa yang bersarang dihati,
melihat manusia bercanda gurau,
adalah pemandangan panas untuk sebuah sketsa.
lalu ku biarkan sketsa menjadi panas,
kemudian terbakor dengan hati yang takutkan kepada DIA.

kerana aku belum jatuh cinta,
aka ku terus disini,
melihat dimensi cinta manusiawi suatu yang rigid, penuh lompang dan ketakutan,
kerana cintaku masih berselimut,
tiada siapa akan dapat melihat,

aku sudah masak pada erti sebuah cinta selain dariNya,
aku sudah penat mengkhatam kalimah-kalimah jiwang yang merosakkan jiwa,
aku bukan bodoh untuk mentafsir jalan mana untuk cinta yang penuh telus,
aku bukan beongek untuk memegang kata-kata seorang pria atau dar yang penat berseloka cinta,

sudah-sudahlah wahai generasiku,
cintamu itu sudah dimusnahi oleh gelodak rasa yang penuh kosong,
itulah rintihan halus pada jiwaku,
si pemilik jiwa yang mulus,
kerana aku belum jatuh Cinta

(MajE 27/04/11 9.40 am)