03 March 2009

MPP yang bergelar DA'E (p.1)

Zara tercungap-cungap menarik nafas.

Niatnya mahu datang awal ke masyuarat pertama sakretariat MPP Fakultinya.

Jam di tangan menghampiri pukul 8.15 malam.Dia mempercepatkan langkah lagi.

Sampai sahaja di bangunan G fakultinya. Dilihat bilik persatuan mahasiswa fakulti pendidikan dilihatnya terang benderang.

Hanya sepasang kasut di luar bilik itu.
Takkan hanya seorang.


'Aik..'.

Dia mendekati bilik itu. Kepalanya menjenguk ke dalam.

'Faiz?...'.
Tiba-tiba dia rasa berdebar. Takkan meeting dah habis. Kan ini mula pukul 8.20.Dia berkira-kira.

'masuk atau ...'
Tanpa sempat dia menghabiskan berfikir. Faiz yang tunduk menoleh kepadanya. Zara terkejut.

Lantas lancar sahaja mulutnya bertanya. Mungkin terlalu terkejut.

"..hah...dah lama sampai?". Faiz senyum. Dia sedang membelek-belek akbar menyambung bacaanya.

'kenapa itu pula soalan yang diberi. Kan bagus bagi salam dulu.' Marah Zara dengan pada dirinya .

Zara masih berdiri di pintu.

"...ya...pas solat kat surau, ana terus pi sini..". Faiz kembali menyambung bacaanya.

Zara masuk setelah Faiz menjawab. Begnya diletak di meja.

Dia kemudian keluar. Tidak selesa berdua dengan Faiz. Dia duduk di luar. Menunggu rakan-rakan yang lain datang.

Baru teringat ada kerja perlu dihantar esok. Dia berharap masyuarat malam itu selesai sebelum pukul 11. Itu sasaran maksimum Zara.

Dia tertanya-tanya. Faiz juga terlibat dalam sakteriat itukah?. Dia saja-saja duduk di bilik itu?.

" assalamualaikum..." Faiz disebelah berdiri.

Terkejut Zara. Baru sahaja dia bertanya akan kehadirannya. Faiz sudah berdiri di sebelah.

"hp..enti..". Faiz menyerahakn beg coklat miliknya.
Zara menyambut. Hp meenjerit dan bergetar. Zara senyum. Faiz senyum.

"...cantik ringtone...bolehlah bluetooth.." Faiz masuk kembali.Zara terkesan dengan pujian Faiz.
Ni kes mengejek bukan memuji.

Hp di beg dikeluarkan.Lagu Tanpa oleh 6xith Sense berhenti.

Mohd Bariyyah (MB). si MPP baru fakulti.

"assalamualaikum.." Suara Mohd. Bariyyah sedikit jauh.

"waalaikumsalam.."

"ana kat wad ni...tadi terlanggar van..".

Kejutan lagi.

Mohd Bariyyah yang tercedera masih sempat menelefon walaupun sedang diusung.

..........................................

Masyuarat dibatalkan.

Faiz sudah memaklumkan kepada 3 orang ahli skteriat yang lain. Rupa-rupanya semua terlupa akan masyuarat malam itu.

"..Zara pas isyak kita ke hospital..". Faiz mengajaknya menumpang keretanya untuk bersolat Isyak di Masjid Universiti

....................................................................................................................................................

Terduduk Zara melihat keadaan MB. Pipinya luka. Seperti diseret di atas tar. Kakinya disemen. Patah.

Zara menangis.Teruknya keadaan itu. Tapi atas dasar amanah, MB masih sempat memaklumkannya tadi. Air matanya cuba ditahan. Mohd Bariyyah masih sempat senyum pada mereka bertiga. Tidak lama kemudian dia matanya terlelap.Mungkin kesan bius yang diberikan oleh doktor sebentar tadi.

Faiz mendekatinya.

"...dah jauh malam...kita balik dulu..". Mat disebelahnya mengangguk.

Faiz keluar dari wad. Dia mendekati Dr.Ekhwan di kaunter. Dia baru selesai merawat MB tadi sedang menulis. Mungkin laporan tentang MB.

Selepas berbual beberapa ketika.Dilihantnya Dr Ekhwan menepuk belakang Faiz. Selesai bertanya, Faiz keluar. Zara dan Mat mengikut di belakang.

"..harap sahabat2 mendoakan...". Faiz terus buka pintu kereta.
--------------------------------------

Esoknya selepas kelas. Faiz bertemunya.

"...maaf ukhti...sebenarnya ana tak khabarkan lagi dengan sesiapa mengenai hal semalam..". Zara hanya diam. Zul yang menemani Faiz juga diam. Zulfadli. Pelajar Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB). Itu yang dilihat pada kada matrik yang tergantung dilehernya.

"...semua tengah gembira...gembira sebab calon kita menang..". Faiz diam sejenak.

"...ana nak call...tapi..MB tak mahu..".
Aik pelik pula. Zara mengerutkan kening.Hairan dan pelik pada kata-kata Faiz. Bila pula MB ada mengatakan begitu?.

"..Dr Ekhwan kata...kemungkinan MB akan dibedah...ada darah beku dikepalanya.."

Zara biasa dengan ayat itu.Ayat stndardlah kalau cerita soal kemalangan.

"...hari ini ana full class..nipun ana kuar sekejap nak gitau enti..". Faiz tunduk.

"...hari ini, ana minta tolong sangat-sangat...enti tolong bawa Zul ni ke sana..ni kunci keta..Zul bawa keta...jumpa dengan Dr.Ekhwan tanya perkembangan...if negatif..terus call ana..".

Zara hanya angguk.

'Kenapa tidak ponteng kelas jak.'.Zara bertanya dalam hati. Dari ayat Faiz tadi, dia merasakan Faiz mahu melawat MB, tetapi tidak dapat dilakukan atas dasar dia perlu menghadiri kelas.

"..ana nak ponteng...tapi MB sudah pesan lebih dulu...apa2pun berlaku...kelas go on..." Faiz melangkah meninggalkan dia dan Zul.

'Macam tau-tau jak apa ku fikirkan..'

Faiz dilihatnya berlari.
Taatnya Faiz pada suruhan MB. Zara terbengang dengan sikap Faiz seketika.

Dia juga sebenarnya perlu menghadiri seminar pukul 2 nanti. Itu pun dia mesti hadir. Tak boleh ponteng. Jam baru menunjukkan pukul 11 pagi. Harapannya sempatlah menghadiri seminar itu walau sekejap.

Zul ni siapa pulak?.

"jom kak..". Zul terus bergerak.

15 minit perjalanan ke Hospital Serdang diisi dengan air mata Zul.
Terlalu emosional pula dia. Kawan baik MB kah?. Atau adik MB?.
Zara yang duduk dibelakang merasa aneh dengan kalakuan Zulfadli. Dia seperti pernah melihat Zulfadli ini, tapi entah dimana.

"abang Mat dan abang Faiz ada pembentangan...dorang dah 3 kali postpond..tak boleh elak dah.."
Zul memberitahu tanpa disuruh. Tangisannya sudah reda. Mungkin dia terperasan kepelikan Zara pada dirinya.


Selepas memarking kereta hijau milik Faiz di kawasan VVIP.
Zul terus bergegas keluar dan terus ke kaunter.

"cepat kak....".

Zul bergerak laju. Zara hanya diam.

'sedap jak budak ni parking..'. Ngomelnya.

Dia segera mengikut langkah Zul.

Setelah meminta izin dengan jururawat bertugas. Zulfadli dan Zara terus ke bilik Dr Ekhwan.

Zara mengetuk pintu. Tiada suara.

Dia mengetuk lagi. Zul dibelakang hanya menahan sendu.

Kenapa dan apa sebenarnya ni?

Zul terus menolak pintu.Dr Ekhwan sedang berdoa dengan sendu rupanya.

Mereka menunggu di luar. Zul mundar mandir.

"masuk...". Kedengaran suara garau memanggil.

Perbualan 10 minit membuatkan Zara sesak dada. Tidak di duga, kemalangan itu di asbabkan oleh Zul.Anak sulung Dr. Ekhwan.

Petang ini MB mesti dibedah jika tidak sedar. Sebab itulah Dr Ekhwan tersendu-sendu berdoa tadi?

"....Zul tahu...dia teruk sangat kan...sebab tulah abi berdoa sampai nangis..."

"....."

MB masih belum sedar sejak semalam. Zulfadli dalam tekanan. Dr Ekhwan dalam haru biru..namun dia tetap tenang.

Suara Faiz kedengaran lagi.
"....if nagatif... terus call ana..."