09 December 2012

10 bulan sudaa baah



apabila umy dok tahu mau biking apa suda
Fath dah 10 bulan ++. Dia dah mahir panjat-panjat. Letak sikit mau panjat sana .Mau panjat sini. Ok.
Fath dah jadi kawan umy bercerita dan menyanyi. Bila dengar lagu saja. Dia akan goyang badan ke kiri ke kanan. Jadi..kami cuba bagi dengar lagu bercorak keilmuan. cehh.

kalau dengar lagu 10 malaikat yang umi nyanyi. Dia terus buang benda dalam tangan dan tepuk tangan. Tapi kalau dengar dari video, dia terus goyang badan. Ok. Kami terhibur. Tapi umy tidak suka. Umy tidak suka anak galak joget. Haha. Sebab umy tidak pernah pun ajar. Entah sejak keluarga umy stay rumah ni. Adalah kemahiran baru dia dapat. Entah siapa ajar (umy tidak tuduh pun)

Fath dah pandai bersosial. Itupun dari cerita myLove masa dia tunggu umy di masjid. Fath dengan penuh bahagia main dengan kanak-kanak disana. Menurut abi, Fath ada hati ingin panjat tabung masjid yang lebih tinggi dari dia. Lepas dia ajar kanak-kanak perempuan yang muda sikit dari dia tolak buku macam kereta. Fath memang pakar bab tolak-tolak. Biskut gabeng pun dibuat kereta. Sampai lunyai.

masa umur 8 bulan (tunggu abi seharian juga). abi jaga 9 jam seminggu,kira ok (^__^)

Semalam umy g program Marsis. Lepas kelas balik sat, ambil bau rumah. Lepas tu jalan. Separuh jalan. U-turn. Umy yang bijaksana tertinggal hp yang dicas. Abi berkhutbah panjang. Dalam seminggu dua kali berlaku. Hissh. teruk..teruk.

Fath yang masih kanak-kanak pun ikut. Takut juga bawa anak kecil ke area hutan ni. Dan hari ini Fath sudah panas-panas. Demamlah tu.

Fath memang suka naik kereta, sedap dia tidur

free style (tido sambil makan stroller)

ok. Hari ini Fath tolak kereta abi belikan di atas TV dan Fath juga naik atas TV. Umy rasa nak letak TV tu dalam bilik dan biar kita semua tidak tengok TV. Abi tengok bola kat mamak jak. Sambil minum 100+.

see. Umy nak sambung taip tugasan Prof Isahak. babai.


No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...