12 December 2012

ombak rindu yang ini

saya telah menengok Filem Ombak Rindu. YA . Filem yang menyebabkn Aaron Aziz menjadi artis popular ABH.

ok. Jalan cerita dia lari sikitlah dari Novel Ombak Rindu yang saya baca masa di asrama dulu (ok.cerita lama).

ada 5 pengajaran yang saya dapat cedok dari filem ini.
1. Adegan kelab malam. Tidak perlu. Buang bajet. Baik digantikan dengan seseorang bercerita tentang scane di sana. Tidak perlu scane langsung.

2. Adegan sentuh pelakon. Pun tidak perlu. Imej pelakon dalam tu akan nampak tidak sihat. Contoh si Lisa, sekarang dia dah isteri orang. Apalah agaknya pandangan anak-anak dia nanti bila tengok cerita ni. Walaupun pada masa tu Lisa dah bertudung labuh dan berniqab. Jadi, cara paling selamat. Hapuskan adegan sentuh-sentuh. Saya yang dah kahwin pun 'termalu' melihatnya.

3. Jangan bertunang lama sangat. Kalau rasa belum ada hati nak kahwin dalam tempoh setahu dua. Baik ikat perhubungan dengan ikatan 'kawan'. Tiada musibah ditempah. Tengoklah Aariz tu, dah ikat tunang dengan Mila..seburuk manapun perangai Mila. Awak dah jadikan dia tunang. Jadi, maksudnya, dah selangkah menuju alam perkahwinan.

4. Ibu bapa, jangan harap sangat dapat menantu yang soleh/solehah kalau anak (anak lelaki terutamanya) perangai ya ampun. Didiklah anak lelaki sebaik-baiknya (untuk diri saya sendiri). Didiklah anak perempuan menjadi pengikut yang terbaik. (aminnn). Dalam cerita ni, Izzah sudah menerima didikan yang baik, walau macamanapun perangai suami, taat pada perkara yang tidak menyalahi syarak adalah wajib. (ingatan untuk diri sendiri).

5. Jangan jatuh cinta tanpa realistik. Siapa yang terjatuh cinta, semak semula kenapa jatuh cinta?. Ialah cinta itu ada yang kata buta, so.. kadang jatuh cinta buta-buta. Dalam filem ni, Mila sangat jatuh cinta dan mereka bertunang lama, balik Malaysia dengan harapan akan bekahwin dengan lelaki yang dicintai dan telah ditinggalkan lama. Walaupun si lelaki telah berterus terang yang dia tidak cintakan Mila macam dahulu. Mila ugut, katanya tiada siapa yang akan menghalang perkahwinannya.

ok. saya rasa ada banyak lagi pengajaran.
apapun suasana kampung dalam cerita ini sangat cantik dan damai. Berani pengarahnya memilih lokasi baru (baru kah?). Doakanlah semoga penggiat filem kita dilembutkan jiwa supaya membuat filem yang lebih sihat dan segar. aminnn.

No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...