Fesyen dalam Islam adalah mudah.
1.tutup seluruh badan,kecuali muka&tapak tangan.
2.tidak menyerupai pakaian agama lain.
3.tidak menampakkan bentuk badan./tidak jarang.
4.Menutup dada
5.Tidak tabarruj ( yang ini ustazah Fatiman tulis, http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/07/nota-ringkas-tentang-dandanan-tabarruj.html )
jadi. Kalau ke Tesco,Mydin, Hari-Hari, pasar Malam..etc,banyak pakaian yang boleh memenuhi 5 syarat yang ditetapakan dalam syriat.
Tiadalah istilah baju yang mencakupi 5 syarat itu susahnya mau jumpa. Mahal. Kain kurang best dan blaa..blaaa.
ada orang suka pakai t-shirt,seluar, tudung, kasut..jadi dia memang fesyen mudah!
i.Baju t-shirt lengan panjang yang tidak ketat
ii.tudung yang tidak jarang atau melekat dan boleh tutup dada semasa dia duduk,berdiri dan berjalan
iii.kasut (yang ni untuk rasa leceh guna stokin).
ada juga yang suka pakai lapis-lapis. (golongan nilah yang kena berhati-hati dalam berfesyen). Memang banyak baju yang lengan pendek, kainnya sangat best dan selesa.
Makanya, mesti bijak kasi padan dengan baju lain supaya bukan sahaja selesa,murah, paling penting tutup aurat.
Di bawah ni sebagai contoh. ( Saya sambar mana-mana dalam tenet)
tudung/shwl/kain batik/kain langsir/kain kapan
+
baju labuh lengan pendek |
+
saya panggil ni jeket |
+
skirt atau seluar
+
sandal (wajib pakai stokin) atau kasut (pakai stokin lagi cantik!)
Tengok. Mudahnya berfesyen dan menepati syarak.
++semalam saya ke Tesco, punya lama saya tarik-tarik dan pegang-pegang baju-baju dalam tu. Serius, sedap jak kain. T-shirt labuh saya banyak (banyaklah sangat ^^ )..tapi kadang saya rasa kurang selesa dengan kainya. Nak beli baju labuh yang tidak payah lapis-lapis, kadang jak dapat. Tu pun harga hebat dan boleh pengsan.
nota tumit: yakini Islam itu tidak akan menyusahkan melebihi kesanggupan