Semester ni, saya dapat satu kelas di pagi Sabtu. pukul 8 pagi.
bermakna saya perlu keluar rumah sebelum pukul 7 .
pertama masuk kelas tu. Pensyarah datang sangatlah lambat. hampir pukul 9 baru muncul. (-__-).
Masuk sahaja. Dia bagi tahu susah untuk dia buat kelas pagi Sabtu.
jadi dia mau menukar ke petang Jumaat.
Kemudian beberapa pelajar, membantah..maklumlah..ramai pelajarnya pekerja isnin-jumaat. (8pagi-5petang).
jadi,dia bagi lagi masa lain. Iaitu malam sabtu.
pun ramai membantah.
alasannya malam tu juga ada kelas subjek lain.
Cara dia senang.
ok."kita pilih jumaatlah, senang saya sikit"<--ayat bagi="bagi" br="br" bunyi.="bunyi." saya="saya" sedap="sedap"> saya pun,patah hati. Saya hanya boleh terlibat dihari cuti atau malam. Zauji saya kerja,siapa mahu jaga myhero kocik tu?
dia suruh angkat tangan siapa boleh petang jumaat. Ramai angkat tangan. (Dorang ni guru pagi kot)
lepas tu,siapa boleh malam sabtu. Ada beberapa ketul saja angkat tangan.
"ok.Kita buat Jumaat!".
saya sedih dan pilu.
Dia tanya."Yang tidak dapat.. semester berapa?"
adalah beberapa ketul cakap.semester satu.
ramai senyum. dan cakap "baru sem satu..." (ayat sakit jiwa).
dia tidak tahu, kebanyakan kami hanya ada dua sem untuk ambil subjek-subjek.
lastly. ramai keluar sebab tidak dapat masuk kelas tu yang akan bertukar hari..dan...
saya saja tinggal. Tidak tau mau buat apa. Dengar sajalah kelas tu,apa pengajarannya.
kawan-kawan yang keluar,sangat bijak. Mereka masuk ke kelas subjek lain.dan..adik Tqa yang kerja lacturer di PTPL bagitau dia masuk kelas BM. --ayat>
saya memang dah mark kelas tu. Tiada dalam senarai jiwa.
tidak terfikir akan masuk kelas tu,sebab kelas masa pagi tu ubah masa.
akhirnya..saya gembira sekali masuk ke kelas tu. 3jam sekejap sahaja rasanya.
dan saya kenal orang berjasa dalam pengajaran Bahasa di sekolah.
Pengajaran Awal Membaca Bahasa Melayu.
Prof Emeritus Isahak Haron.
ulasan beliau tentang PPSMI http://drjj.uitm.edu.my/DRJJ/TOBIAS/Math-Science%20Report%20PPSMI%20Isahak.pdf
"..Dasar kerajaaan hendaklah bertujuan untuk mengukuh penguasaan Matematik
dan Sains pelajar kita di peringkat rendah dan menengah, sehingga SPM. Ini
sudah pun berjaya dilaksanakan melalui bahasa Malaysia, kerana guru dan
pelajar telah menguasai Bahasa Malaysia, dan lebih mudah dan berkesan
mereka mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia. Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains telah gagal untuk
memudah dan meningkatkan pembelajaran Matematik dan Sains pelajar.."
idealitik yang realistik.Moga Allah rahmati beliau selalu. |
tajuk atas tu:gempak lebih