23 September 2012

si nasi lemak yang baik hati

al kisahnya,dah terjaga awal.Tetapi Fath berpaut.memang payah mau bangun.
tertidur.Lastly,bangun lewat.
terkejar-kejar bersiap.Kelas pukul 8,pukul 7 masih di rumah.Barang Fath belum disiapkan sepenuhnya.Semalam balik lewat.Letih otak dan tenaga.


Semalam lapar.Alhamdulillah sempat singgah membeli roti dan makan.balik rumah tidak larat mau bermasak-masak.

masa saya tahun 1 dulu,roti ni 50 sen jak.
Kerana laparnya.Dah lewatnya.Zauji gigih singgah di kedai makan depan Klinik.Beli nasi lemak.Beli kuih seri muka.Kuih tu abis.Fath pun yang masih lalok seronok makan.

nasi lemak tu lauk ikan bilis,telur goreng seciput dan sambal (sedap..dap..dap)

kesian Fath masih ngantuk dah dimandikan.Itu idea abi ya Fath.Ummi tolong laksanakn jeer.

Dalam rushing,apa yang boleh dibuat ialah istighfar.Mana tau dapat lecturer yang macam abi.Lewat tak dapat masuk kelas :).

Sampai blok.Terus tekan lif naik.Sampai ke kelas.Hingar bingar.Semua mesra.Saya jak yang jakun dan takut-takut.Kebetulan dapat meja betul-betul depan pintu.Sambil berkenal-kenalan dengan orang sebelah,hati saya berdetik gembira.Kira lecturer yang lambat la..
dan..hampir sejam tunggu.Perut tidak sempat pun jamah nasik lemak tadi.

Pukul 9 rasanya,lecturer sampai.
tup-tup, dia kata tidak dapat buat,kalau kelas hari Sabtu.
rasa macam nak tumbuk muka je.Dia mesti tau,yang datang belajar ni kebanyakan adalah pekerja isnin-jumaat.
lepas tu.saya tenang balik.dia kan ada kuasa.
akhirnya dia tukar ke hari jumaat petang kul 4.

betul-betul buat saya tidak senang.Macam ni saya kena beralah.Zauji bekerja jumaat.Siapa mau jaga Fath.Rasa nak nangis pun ada.Saya ada 2 sem sahaja untuk kelas.Sem depan belum pasti subjek tu ada.
Sekarang ni tengah berfikir.Saya kena ikut zauji ke ke tempat kerja.Lepas tu naik kereta api ke Tanjung Malim.Fath simpan gan abi.Nanti abi abis keja baru gi sama.
ataupun sem ni saya amik subjek lain.Supaya jumaat petang free.
hish.

pasal kisah nasi lemak tu.Tepat kul 12 malam ni saya amik dari bakul.Konon nak makan.Tapi sudah basi.Lalu saya berfikir.Nasi ini mesti dimakan juga.InsyaAllah oleh kucing.Besok saya akan ke luar pagar dan simpan elok-elok di atas tanah.(rezeki kucing namanya).Selama ni kucing tu asyik minta.Saya buat tidak ada perasaan.Amik hang!

Esok zauji pulak akan rushing.Selamat bergembira bersama SV ya sayam.(^__^).

pengajaran;
1.bangun.jangan sambung tidur,walau anak menangis merengek
2.sebelum tidur setelkan semua urusan rumah.Walau badan rasa mau tercabut
3.Berdoa selalu.sentiasa.dimana pun
4.jangan marah.senyum dan menyanyi oh lala.Supaya tiada timbul rasa benci kepada orang lain.
5.makanlah makanan yang zauji beli.walau apapun berlaku
6.jangan sombong dengan haiwan bernama kucing
7.semester ni mesti rajin baca jurnal.
8.buat hubungan bai dengan sesiapa.walau mereka kurang mesra dengan kita
9.makanlah pil yang boleh menambah tenaga.Sebagai perempuan,isteri,ibu banyak kerja perlu dibuat.
10.Jangan bermain alasan.kalau memang salah diri sendiri.makan.telan.jangan segan-segan.