30 January 2021

Perkembangan Kanak-Kanak 9 Tahun

Bismillah.
.
Kanak kanak 9 tahun, menurut pakcik Piaget, ni umur start Operasi Konkrit.
.
Pada waktu ini, perkembangan akal mudah dah dikesan. Setelah 8 tahun budak itu buat SKEMA pemahaman, ASIMILASI, AKOMODASI Dan KESEIMBANGAN (menurut teori pakcik J), tiba masanya budak pun gunakan semua proses tu hah....
.
A. Perkembangan Kognitif
Kognitif ni fokus kepada pemikiran dan cara budak ni selesaikan masalah. Dah hari-hari diorang 'up' untuk teruskan proses belajar....

.
1. Tau kegunaan benda/barang/
Budak dah tahu Bab ni. Lagi dengan adanya Telefon pintar,TV pintar Dan bermacam macam kepintaran buatan ni...erm.
.
Budak dah berhadapan dengan dunia persekolahan.
.
Tapi, yang amal homeschooling tu macamana pula?.
.
Haa?.
.
Sebab itulah, kita jangan main sebat hukum saja,cara orang nak luaskan pemikiran budak 9 tahun ni. 
Terutama mak bapa.
.
Umur begini, Ada Yang hidup Di sekolah, ada juga yang menjauhi Sekolah.
.
.
Still waters run deep. 
.
Budak umur ni sudah Ada pemahaman mana baik,mana tidak.
.
.
2. Banyak benda budak ni berminat. Cuma ada kalanya, diorang boleh berubah minat
.
Maka, umur ni memang kena jaga terutama waktu dengan screen. Boleh jadi benda yang dah bagus diminat. Tetapi tidak suka, kerana terasa Ada benda lain lebih bagus.
.
.
3. Budak umur ni dah mampu membuat penilaian
.
Ko sabajap hadap dia punya penilaian. Jujur tulus dan pedih.
.
4. Budak ni hanya tahu BENAR, SALAH. Ada 2 warna saja. Hitam atau putih. Kelabu? Kelabu cerah?. Semua tidak dinilai ok. Tiada toleransi bab ni.
.
.
5. Diorang mula ada hobi dan membuat koleksi.
Hah...sebab itu screen time memang kena berjaya jaga. Boleh merosakkan perkembangan ni. Dari hobi main Bola, main kejar kejar jadi lebih suka duduk main game. Bukanlah kata main game tu kesalahan.. tapi dia boleh buat budak ni,terlepas hobi dia yang boleh diwujudkan.
.
Contoh hobi Dan benda menarik Yang MESTI Cuba.
Kredit gambar: ESL printable.com
.
6. Dalam akademik
Boleh baca Dan fahami 12 patah perkataan.
.
Dalam matematik, boleh tambah tolak,bahagi,darab 2 nombor.. juga faham tentang pinjam Dan nilai benda. Itu sebab ajar BAHAGI Yang Ada Baki, sesuai untuk umur ini.

Kredit gambar: Scholastic com

29 January 2021

ciri-ciri tidak normal untuk kanak-kanak 4 tahun

bismillah,

setelah kita lihat 4 ciri perkembangan yang ada pada budak 4 tahun. SOSIAL EMOSI, BAHASA DAN KOMUNIKASI, KOGNITIF dan juga PERGERAKAN DAN FIZIKAL.

Kita periksa sampai atau tidak anak itu.

Jika perkembangan itu belum dikuasai. Kita perlu cakna dan terus perhatikan. Terutama jika budak tengah bermain.

Sebab, bermain ni sangat penting untuk bentuk kemahiran intera personal dan sosial kanak-kanak. Ok, Dari web KKM

  • Takut pada pergerakan tertentu contohnya terlalu pantas, perlahan, tinggi atau rendah.

  • Kurang aktif atau berminat pada aktiviti yang melibatkan duduk.

  • Masalah dalam pengendalian peralatan permainan dan kurang berminat untuk meneroka permainan.

  • Masalah tingkahlaku contoh terlalu ganas atau terlalu aktif.

  • Kurung tumpuan.

  • Kurang berminat pada permainan yang berunsurkan struktur atau bentuk susunan dan imaginasi.

  • Kurang sosial interaksi atau komunikasi.

  • Bahasa pertuturan yang terhad.

  • Kurang berminat untuk bermain dan memerhati kanak-kanak lain bermain.

  • Kurang berminat pada persekitaran ketika bermain contohnya duduk bermain di tempat yang sama atau takut untuk menerokai permainan baru.

  • Kurang minat dan memahami konsep asas seperti nombor, huruf, bentuk dan warna.

  • Kurang kemahiran atau kebolehan merancang permainan yang melibatkan pergerakan motor, kognitif dan tingkahlaku.

25 January 2021

Perkembangan kanak kanak 4 tahun- Fizikal Dan Pergerakan

Bismillah.
.
Boleh tengok sini,untuk semak perkembangan Sosial Dan EmosiBahasa Dan komunikasi Dan Kognitif
.
paling senang nampak dari segi perkembangan fizikal ini.
.
D. Perkembangan fizikal Dan Pergerakan.
.
1. Mampu berdiri dengan menggunakan 1 kaki sahaja
Kredit gambar: learnplayingimagine.com
.
Kredit gambar: cdc.gov.com

kalau Kita pi tadika anak, Dan nampak budak Tu main apa benda ni,lompat lompat. Tu tanda sekolah tu prihatin. Nampak senang, sebab benda ni walau boleh buat dirumah. Boleh juga kan sambil sambil jalan kaki masuk sekolah, minta budak tu lompat.
.
.
2. Mampu menangkap Bola Yang dibaling ke arahnya
Kredit gambar: DrPrem.com


Kita baling, budak ni boleh tangkap. Baling perlahan la sebaiknya. 



.
3. Mampu menuang, memotong dan meleyekkan benda yang berkaitan
.
Kredit gambar: blog gateduca.com
.
Perbuatan ni memang budak sudah mula amal sejak diorang umur 1 tahun. Masa tu kita pun boleh nampak budak ni suka tuang air. Masukkan air dalam cawan,mangkuk.
.
Masa 4 tahun ni, sepatutnya budak ni dah boleh tuang dengan baik. 
.
Tapi, jika usia sebelum tu kita tidak galakkan perbuatan tuang menuang ni. Ada kemungkinan,pada usia ni...tidak dapat nampak budak itu mampu tuang menuang ini.
.
Begitulah juga aktiviti memotong, menggaul makanan dia.

23 January 2021

Perkembangan Kanak-kanak 4 tahun - kognitif

Bismillah.
.
Sebelum ini, Saya Ada tulis perkembangan secara umum untuk perkembangan Sosial Dan Emosi Dan Bahasa Dan komunikasi.
.
Mari kita periksa dari segi perkembangan kognitif.

C. Perkembangan Kognitif. 
Perkembangan yang selalu menjadi fokus ramai orang. Malah Pendidikan yang dipilih kebanyakan bangsa ibu bapa akan lebih kepada memilih kesan kepada perkembangan kognitif inilah. Bahasa biasa dengar perkembangan otak...
 
.
Ia berkaitan dengan pembelajaran, pemikiran dan penyelesaian masalah.
.
1. Boleh namakan Dan faham tentang warna, tentang nombor.
Contoh Dalam video ini  Tentang Warna . Boleh juga Tanyakan warna Yang Ada pada benda wujud depan mata budak, seperti langit, laut, pokok,kereta....itu lebih dekat dan selalu ada.๐Ÿ˜Š
.
Bila cakap tentang pokok, baru teringat Yang Ada pusat pembelajaran ni...siap ada modul untuk budak ni belajar tentang pokok. Tak main kenal warna saja...terus belajar tentang pokok yop... Begitulah kan Cara nak belajar mengembangkan kemahiran Kognitif ni. Ada peluang Kita share pasal modul ni. Massachusetts Ada buat modul pasal ni.. 
.
bila tau pasal warna, sekaligus budak umur ni tau serba sedikit pasal nombor. Selama ni mungkin main sebut sahaja kan. Bila dah masuk umur ni budak dah faham nombor dah. Diorang dah boleh didedahkan konsep nombor tu juga...sebab Tu bila umur ni orang push pasal nombor memang menjadilah.
.
Namun, ini hanya contoh umum.
.
Banyak 'ahlinya', iaitu mereka Yang selalu mengkaji dan menyiasat kehidupan seorang budak.. setuju bahawa
Pasal Bab ni sepatutnya budak itu tahu makna di sebalik nombor...
Ada yang tahu tulisan nombor 1, sebelum tahu 1 itu apa..
.
Ada pula tahu 1, itu adalah seketul benda.
tapi, tidak tahu kaitan seketul Tu dengan tulisan nombor 1.
.
.
sebenarnya banyak cara Kita nak pastikan budak ni faham...bukan hanya kenal bentuk tulisan nombor itu. Ni akan kita huraikan dalam tulisan seterusnya. 
.
.
2. Faham idea tentang pengiraan nombor.
Macam huraian atas tadi. Budak dah kenal nombor...dan pada umur ni budak dah faham idea nombor. Yang ni sikit...yang ni banyak.
.
.
3. Faham tentang masa
Masa ni merujuk kepada 'waktu'. Misalan "bila boleh main kat luar??".oh selepas solat Asar...Kita boleh main kat luar.
.
Cuti nanti Kita boleh balik kampung.
.
Ada peristiwa yang menjadikan 'waktu' itu ada makna.
.
4. Boleh ingat tentang bahagian cerita.
Bila budak dah boleh faham tentang waktu...mereka pun boleh faham akan cerita. Misalnya Kita bercerita semula tentang kejadian jatuh di Taman permainan. Kejadian itu budak dah umur ni dah boleh ceritakan.
.
Atau semasa balik kampung beraya. Diorang ada bahagian yang diorang dah melekat faham.
Kerana ITU adalah sesuatu yang menggembirakan, ia akan membawa makna kepada kehidupan mereka seterusnya. Maka, itu sebab kena berhati hati lah Kita semua Dalam memaknakan hidup anak-anak๐Ÿ˜”.
.
Kalau boleh biar Yang gembira untuk mereka..Dan semestinya benda itu betul dan tidak menyakitkan orang lain.
.
5. Boleh faham tentang benda "Sama" Dan "berbeza".
Biasa kalau Dalam buku, diorang akan belajar benda ni... misalnya benda yang Sama bentuk. Bentuk ikan...Sama dengan bentuk ikan. Bentuk ikan tak Sama dengan bentuk katak.
.
Ni biasa Kita jumpa Dalam buku budak budak tadika.. 
.
Dalam kehidupan, budak dah boleh lihat kesamaan mungkin Dari segi rambut, warna baju.. 
.

.
6. Melukis orang dengan bentuk badan manusia.
Istilah dia tadpole.

Credit gambar: Twins Early Development Study/King's College in London

.
7. Boleh dah guna gunting
masa ni hah...hati barulah dengan gunting, selain budak ni boleh gunting benda benda yang bagi dia releven.. tentulah kita risau akan benda tajam Tu.
.
Sekarang Kita boleh carikan gunting yang sesuai untuk mereka. Biar diorang terus menerus guna Dan makin memahirkan diri.
Credit gambar : growinghandonskids.com


 

22 January 2021

perkembangan kanak-kanak 4 tahun

 bismillah.

.

untuk perkembangan dari segi sosial dan emosi, boleh baca SINI

.

B. perkembangan bahasa dan komunikasi

1.  Tahu asas kemahiran tatabahasa yang betul. Kalau dalam bahasa harian kita, kita boleh tengok dari percakapan dekat gelaran orang yang digunakan, ada atok ,nenek, kawan,...

.

2. Boleh menyanyi, tiru apa-apa perbualan yang ada nada. Zaman nu banyak lagu yang semakin viral kan...budak umur ni, boleh nyanyi semula lagu tu. Yang hafaz Quran pun boleh hafaz, bila selalu didedahkan. Tu tanda bahasa budak itu telah sampai ke tahap usianya.

.

3. Boleh menyampaikan cerita. Contoh dalam VIDEO ni. Ni semua hasil daripada 'peniruan'. Ada tok guru budak pernah bercerita seperti ini. Siap boleh buat mimik muka, suara ketawa, malah boleh tiru suara amarah. 

- banyak aktiviti boleh menghasikan kemahiran ini, antaranya bacakan buku kepada budak itu. Kegiatan ni tak perlu masa panjang pun, sekitar 10 minit setiap hari, dia punya kesan, bukan sahaja dari segi komunikasi dan bahasa..

kredit gambar : creativechildrencare.com.au

kesan lain, tentulah daripada segi bonding kehidupan diorang. Kemahiran mendengar, kadang kita tak sempat fokus nak didik kemahiran mendengar ni, sebab sibuk nak budak tu dengar cakap kita daaaa...

.

ada anak 4 tahun. Ada money, makanya chek kurikulum sekolah yang nak dihantar tu, bagaimana jadual ni...ada yang buat reading aloud sebagai wajib sehari-hari.

.

4. Boleh cakap nama sendiri, nama adik beradik,nama orang lain yang budak selalu jumpa dalam seharian.

19 January 2021

perkembangan kanak-kanak 4 tahun- SOSIAL EMOSI

 bismillah.

.

banyak kajian sahih kata usia bawah 6 tahun ialah EMAS.

.

kali ini, saya nak berkisah tentang umur 4 tahun. Biasa usia begini, kita sudah mencari-cari prasekolah, tadika, pusat asuhan  yang terbaik. Yuran ala-ala degree kita sudah mula faham. Malah kita rasa , itu sesuatu yang normal.

.

alhamdulillah, jika ada kesedaran begitu. Tetapi ingat, ini baru permulaan, ada banyak lagi perbelanjaan yang sentiasa menanti dihadapan, tidak kira berapa usia anak-anak itu.

.

A. SOSIAL DAN EMOSI.

1. Gembira dan seronok belajar perkara-perkara yang baru

-budak baru nak up kan...itu yang ada mak ayah rasa, hantar ke sekolah di usia ini sangat sesuai....NANTI dulu. Bab ni nanti kita bongkarkan di lain tajuk.

- oleh kerana usia ini budak akan rasa seronok belajar benda baru. Maka, sangatlah banyak modul-modul dibangunkan untuk membina semangat ini dan membiarkan budak itu terus gembira dan seronok.

- modul-modul ini,terlalu banyak sehingga kita tidak perlu fikirkan sangat dah. Cuma, sebaiknya MODUL dan kurikulum itu menepati keperluan budak yang baru mau up diri ni.

.


contoh VIDEO di Youtube ni, kelakuan budak yang gembira amat bila belajar di sekolah...harap dirumah bersambung kegembiraan itu.

.

2. Bermain watak 'ibu' dan 'ayah'.

budak 4 tahun dah tahu apa kerja kerja ibu dan ayah. Diorang boleh copy paste kelakuan itu. Contoh, ibu yang sedang memasak, tukarkan pempes anak kecil

kredit gambar: cdc.gov/Milestone

3. Lebih aktif dengan bermain 'make-believe-play'

tiru gaya, watak, pekerjaan dan segala kelakuan ikut kepekaan budak yang menjiwai itu. Masa ni lah budak akan tiru watak tv, superhero, malah sebutan dan perkataan yang keluar. Ini secara tidak langsung mengembangkan kemahiran berbahasa, perkataan perkataan baru dan pelbagai.

ini buat diorang merasai menjadi  orang  lain..dan ini buat perasaan EMPATI juga ya.

kredit gambar:  scholastic.com

kredit gambar : theconversation.com


4. Lebih memilih  bermain dengan orang lain, berbanding bermain sendiri

namun, harus sedari yang budak ni lain-lain perangai dan cara dia main. Tapi yang pasti budak suka berada bersama kawan-kawan semasa 'sedang bermain'.

kredit gambar: verywellfamily.com

5. Ini juga penting dan memang kena-mengena dengan kemahuan dan keadaan semasa bermain dengan orang lain.

boleh berkerjasama dengan budak lain semasa bermain. Ini ada huraian, kenapa dia nak main bersama dan sanggup berkerjasama. Yang utama dia BOLEH BERKERJASAMA.

 

kredit gambar : cdc.gov.com


6. Budak umur ni masih tidak boleh bezakan mana betul mana palsu

nak bergurau pun, memang budak nampak semua itu betul.

.

7. Seronok berkongsi perkara yang disukai dan yang menarik perhatian

ni sembang memang sangat penatlah nak berhenti. Lagi kalau dapat orang yang bijak bawa berbual.


18 January 2021

Bertindaklah awal jika bayi 18 bulan

 bismillah.

.

setelah periksa, semua kategori budak, itu dari kemampuan sosial dan emosi, bahasa dan komunikasi dan pergerakan dan perkembangan fizikal

Jangan lupa buat tindakan segera dengan memaklumkan kepada doktor kepada anak kita, boleh dibuat semasa chekup dibuat diklinik. atau kita sendiri buat temujanji di klinik yang kita pi..

.

1. Tidak berminat menunjukkan sesuatu benda kepada orang lain, terutama kepada penjaganya. (kita sebagai ibu bapa, atau pengasuh budak).

ni, kitalah yang kena prihatin tanyakan kepada penjaga jika semasa dalam jagaan diaorang, budak tu ada perangai ni. Manalah tahu kan, dengan kita budak tunjuk,tetapi dengan orang lain , budak jadi penakut atau apan kan...keutamaan, kita CAKNA, AMBIL TAHU akan kelakuan budak itu walau mungkin kita hanya ada bersamanya dalam jam yang terhad.

.

2. Dah 18 bulan, tapi tidak boleh berjalan. 

kena maklumkan dengan doktor yang merawat dan periksa. Biar doktor buat sesuatu tindakan, biasanya doktor memang prihatin tentang ni. Doktor akan buat surat refer kepada doktor kanak-kanak di hospital misalnya. 

Lagi untung dan baiknya, kalau kita ada panel ada kad medical. Gunakanlah, terus bawa anak jumpa pakar yang sewajarnya.

itu mungkin bukan petanda anak itu ada kekurangan (atau kecacatan), tapi tidak mustahil. Kelebihan dia, bila maklum awal, tindakan awal pun dapat dibuat. TERLALU BANYAK KEBAIKAN bila intevensi (campur tangan pihak membantu) dibuat awal. Sekarang terlalu ramai  pakar-pakar yang sediakn program untuk bantu budak yang ada masalah awal ni.

bahasanya orang sebut EIP,

kredit gambar SINI

ada yang jenis berbayar, ada yang kos tidak tinggi pun ada, yang kita boleh buat sendiri pun ada. Pokok pangkalnya banyak benda boleh buat untuk bantu budak itu.

.

3. Budak tidak tahu kegunaan benda yang biasa digunakan seharian

contoh sudu, benda ni biasa budak tahu saja guna dia, kita bagi budak akan ambil dan buat 'makan'.

tetapi ada budak yang tidak tahu. Ini pun banyak sebab budak tidak tahu, mungkin terlalu selalu dibagi gadjet, makan semua tidak pernah sendiri. Paling orang takut, budak itu sebenarnya ada ciri-ciri autisme. Tapi, semua ini hanya boleh disahkan oleh ahlinya. Yang utama, mak ayah atau penjaga kena tahu jangan BUAT TIDAK TAHU . Yang rugi, BUDAK itu kalau dapat mak ayah begini.

.

4. Budak tidak meniru perbuatan atau kelakuan orang lain


5. Tidak tahu bercakap. Perkataan tidak ada keluar dari mulut


6. Tidak tahu sebut perkataan, sekurang-kurangnya 6 perkataan

contoh perkataan mudah: mata, kaki, makan, dahaga, jom, nak


7. Tidak peduli atau bertindak balas bila penjaga pergi atau datang 


8. Kemahiran budak yang ada, berkurangan atau menghilang.

.

ini kerana, kesedaran dunia tentang autisme semakin membaik. Boleh rujuk poster ini untuk lebih kesedaran tentang autisme dalam kehidupan kita. Banyak ciri-ciri autisme ni. Ini kena belajar lebih lagi. Apapun keutamaan mesti tahu 8 perkara di atas. Jika ada, terus bertindak. Jangan biarkan .

zoom untuk lebih tumbuhsaran. Kredit gambar: Adam-Mila.com

.


                   

17 January 2021

perkembangan baby 18 bulan (1 tahun 6bulan)- Pergerakan dan Perkembangan Fizikal

Bismillah.
.
untuk perkembangan bahagian pergerakan.
mari kita tengok dari :
1. Boleh sudah bergerak atau berdiri, berjalan berseorangan tidak perlu bantuan alat atau orang lain.

kredit  gambar SINI


- BERJALAN SENDIRI TANPA BANTUAN ORANG LAIN ini, adalah fasa setelah budak ni dah melalui fasa yang lainnya, macam dalam gambar poster ni.. kalau fasa-fasa ni tak lengkap, tiba-tiba baby boleh berdiri sendiri...itu bukan kebiasaan ya, makanya kenalah chek, dan eloklah kita prihatin luar kebiasaan itu.


apapun,dalam fasa bab nak berdiri dan berjalan sendiri ni, jika ada bantuan..benda ni boleh dikuasai dengan baik dan cukup. Banyak bantuan boleh diberikan untuk budak ni berani untuk berdiri dan berjalan. Bagi saya, paling utama dalam ni, biar budak tu crawling lama sikit..
.
ni perangai orang luar sana..siap buat pertandingan lagi..

2. Kemungkinan boleh berjalan dan berlari daaa...aktif lah, atau dah dapat kaki , istilah orang kita.
.
boleh tengok VIDEO ini.  rumah  yang ada tangga memang banyak kelebihan lah. Budak pasti akan nak naik dan turun, memang banyak kerja fasa ni. Ada yang pasang penghadang nak elak budak naik tangga, takut jatuh kan.. tapi boleh saja bagi budak itu naik turun DENGAN SYARAT kita kawal dia. Biar budak itu rasa,  tangga itu tidaklah sesuatu yang menyeronokkan, kerana buda itu boleh saja naik turun pun sesuka hatinya.
.
sumber gambar SINI

fasa ni, memang boleh kurus buku lali la, DENGAN SYARAT kita follow dan terus bagi kebebasan bersyarat kepada budak ini. Budak pula, asal nampak ada ruang luas, dia akan terus lari. Tengah dapat tahu, yang dia akan kemahiran berlari kan....mesti budak teruja habis-habisan.
.
sayang kalau fasa ni kita kawal dan tidak bagi peluang untuk budak itu berlari. Apatah lagi bila berlari dan berjalan tanpa kasut.. (biasa kita buat dirumah kan, kita kan jenis buka kasut bila dalam rumah)
.
siap ada kajian lagi dibuat, untuk kesan kebaikan budak berlari dan berjalan dengan kaki ayam..
ada peluang , kita bongkar kebaikan dedahkan kaki budak dengan lantai tanpa kasut ini.

kredit gambar SINI
.

3.Boleh tolak mainan sambil berjalan. Haa...dulu dulu orang buat kereta mainan dengan alat boleh tolak, ni sekarang dah kormesil daaa....sangatlah sesuai untuk umur budak ni.
kredit gambar: manhassan.blogspot.com

 dulu-dulu kita tidak mampu nak beli kedai, siap tayar guna selipar terbuang. Kalau ada ayah ayah atau bapa saudara jenis bijak bertukang, buat guna kayu. Walau zaman itu, kita tidaklah bagi mainan itu kat budak 18 bulan ini, namun, disebalik falsafah mainan itu, ada banyak, dan ia kita buat tanpa sedar tentu nak bawa mainan itu main bersama bersama. Padahal, benda ini buat kemahiran kognitif berkembang. kita


 

kredit gambar : gpsbestari



4. Kita kasi pakai pakaian, budak dah pandai buka semua. Hatta pempes dia dah pandai buka sendiri...kira dai test buka, lama-lama dia tahu dia dah terror buka sendiri. Kadang buka seluar sendiri

kredit gambar : PHOTOALTO/VEER

5. minum guna cawan, selama ni kita dah dedahkan...di umur ni, dia pandai dah buat sendiri

kredit gambar::https://www.usa.philips.com/

Kemahiran ini, akan nampak hasil bila kita selalu dedahkan dengan cawan. jangan sia-siakan fasa ini. Lepas dah pandai pegang cawan sendiri,kita tidak akan nampak lagi kemahiran satu ni...tau-tau dah pandaituang air sendiri.

6. makan guna sudu, ni tengok kita juga, kalau kita selalu bagi makan guna sudu...dia pun dah belajar. dan akhirnya boleh da h buat sendiri.
fasa ni masa untuk sediakan makanan boleh dipegang,  finger food
kredit gambar : happyfamilyorganic.com

16 January 2021

perkembangan bayi 18 bulan -- Perkembangan baby 1tahun 6 bulan (KOGNITIF- PEMBELAJARAN, PEMIKIRAN, PENYELESAIAN-MASALAH)

 bismillah.

.

kita masih, bincang pasal budak 18 bulan. Perkembangan yang lain yang perlu kita sebagai ibu bapa, penjaga seperti sosial emosi dan bahasa dan komunikasi  perlu ambil tahu. 

disclaimair:  apapun yang ditulis dalam ni secara umum sahaja ya.. nak huraian lebih, kenalah jumpa pakar budak,atau baca benda yang berkaitan biar jelas, biar jelas lagi benderang.

.

C. KOGNITIF- PEMBELAJARAN, PEMIKIRAN, PENYELESAIAN-MASALAH

1. Tahu kegunaan atau tujuan benda yang biasa budak nampak

- seperti telefon pintar (pintar ka?), berus gigi, sudu, 

- benda lain, seperti kasut, selipar, baju. Budak akan buat, pakai semua ni sebagaimana dia nampak dan faham. kalau nampak dia pakai tunggang terbalik, kasi biar. Budak baru nak faham kan...



kadang nampak ahli keluarga dia suka berikir pegang tasbih...pun budak akan buat. Nampak sejadah tiru solat. Ni semua dalam kategori inilah....

kredit gambar: Babycenter.com

walau nampak benda ni tidaklah hebat, tapi fasa inilah budak belajar bercakap, belajar memahami respon mak ayah dia, penjaga dia. Paling utama, budak sedang belajar untuk memahamkan orang lain, kesian kan...mereka sedang struggle, jika fasa ni banyak menangis...itu antara petanda mereka sedang kecewa..ya boleh jadi ya. Menangis bukan semata mengada-ngada, lapar, atau manja.

.

2. Buat sesuatu untuk minta perhatian dan mahu tunjukkan sesuatu yang menarik perhatian budak itu.

tentang ini, macam-macam kaedah budak itu. Ada jenis tarik tangan. Ada jenis pukul-pukul tangan kita supaya kita layan pandangan budak itu.


ada juga cara sakit, kita tengah khusyuk buat kerja, budak itu datang guna kaedah dia. Lastly dia tampar saja muka hang, biar hang stop buat kerja dan layan dia punya pemerhatian. Bab inilah, baru kita kenal...budak ni tak layan..dia main kasaq ya. Ni salah memang ada kat budak, salah kat kita la puncanya. Maka kita perlu bijak bertindak...supaya budak ni tidak buat begitu lagi...

.

'takpa, dia budak lagi'

hah... tentang hal ini tak boleh guna term ni. Tamparan kena dekat kita, kita boleh guna alasan itu..anak kita, Kena dekat orang lain, mendidih member..

kerana budak lagi, kita kena buat sesuatu supaya kelakuan itu tidak tumbuh berakar.

.

3. Tertarik dengan mainan dan haiwan, dan buat kelakuan'sedang' memberi makanan. 

kredit gambar SINI

3. Tertarik dengan mainan dan haiwan, dan buat kelakuan'sedang' memberi makanan. 




kredit gambar SINI

Tentang suap-menyuap ni,nanti kita cuba detailkan kenapa?, apa kebaikan? dan apa kaitan kemampuan menyuap ini kepada kognitif budak. Jangan main-main, hah...semua ini ada falsafah disebalikny.
Sebab itu, ramai kata bawa 6 tahun adalah usia EMAS. bukan semata 60 tahun keatas...


4. Boleh mengenal pasti dengan anggota tubuh badan

kredit gambar SINI


5. Boleh  dengar arahan, walau dengan bercakap. Dengan syarat arahan itu ringkas. Ini disebabkan budak dah selalu dengar arahan ini. contoh, "duduk", "bangun". 

boleh tengok video ni.


14 January 2021

perkembangan bayi 18 bulan -- Perkembangan baby 1tahun 6 bulan (BAHASA DAN KOMUNIKASI)

 bismillah.

.

untuk perkembangan bayi 18 bulan, bagi SOSIAL DAN EMOSI, saya ada tulis  secara asas di SINI.

mari kita periksa untuk perkembangan bahagian komunikasi dan berbahasa. Ini pun perkara yang kita mesti ambil tahu dalam melihat sejauh mana perkembangan budak itu.

.

B. BAHASA DAN KOMUNIKASI

ini contoh bahasa dalam English, dalam bahasa kita pun lebih kurang, berpandukan benda yang selalu budak ini nampak dan pegang, mungkin.


1. Budak dah mampu sebut beberapa perkataan. Perkataan itu seketul-ketul. Misalnya dalam video INI  Budah comel Albita ni dah pandai sebut benda-benda yang dia selalu nampak dan pegang...misalnya remote TV, kucing, bola, dan nama -nama orang lain yang mungkin dia selalu hadap seharian.

kredit gambar SINI

ok, untuk mengasah kemahiran berbahasa yang mudah. Boleh kita tanya, anggota badan budak. Kaki, tangan, mulut, kepala, rambut. Ada juga yang rajin dah mula bagi alat mainan dan sebut setiap masa nama alat itu. SYARAT utama, tentulah kita sendiri menyebut perkataan itu dengan bahasa yang BETUL dan tepat.

.

apa yang utama, budak faham.

.

ada yang sudah galakkan gunakan sign language sebagai teknik berkomunikasi. Ini cantik sebenarnya, mereka akan serap kemahiran berbahasa dan menggerakkan tangan sebagai tanda berkomunikasi.


paling utama, budak tidak kecewa bila bahasanya dapat difahami.
- bagi kekuatan hubungan antara  mak ayah dan budak
- bagi peluang budak itu belajar 'bercakap' sebelum bercakap dengan betul dan orang boleh faham.
- boleh memperbanyakkan perkataan yang bermakna

.

2. Boleh angguk dan menggeleng, sebagai tanya 'ya' dan 'tidak'.

boleh tengok video INI.

- untuk perihal kepada boleh angguk-angguk dan geleng-geleng ni, ada juga petanda lain yang menunjukkan budak 'berkomunikasi',yang bukan semata 'ya' 'tidak'. Nanti, kita bincang perihal angguk-angguk dan geleng kepala ni.

.

3. Boleh tunjukkan barang yang dimahu, kepada orang lain.




.


13 January 2021

perkembangan bayi 18 bulan -- Perkembangan baby 1tahun 6 bulan (SOSIAL DAN EMOSI)

 bismillah.

.

.

Oleh kerana ada kajian dibuat, yang kata usia 18bulan, autisme boleh dikesan. Cara untuk mengesan, langah awalnya, kerana ada budak yang pada usia ini, mereka tidak dapat capai tahap itu. Bukan vf  semata-mata fikir BMI anak. Hal yang harus kita cakna ialah ciri-ciri yang sepatutnya budak itu kuasai dari beberapa aspek. 

ok, aspek ini hanya berbentuk umum ya..untuk lebih faham, tentulah mereka yang hari-hari jumpa benda ni. Mereka yang terpaksa telan kenapa perlu dipelajari yang benda yang perlu dipelajari, dan benda yang tidak perlu. Berbeza dengan orang awam, kita hanya mahu belajar benda yang kita rasa kita 'mahu', dan sangatlah jarang mahu belajar benda yang 'perlu' dipelajari.

.

ok, next. Perkembangan budak di usia ini ada beberapa bahagian.

.

A. SOSIAL DAN EMOSI

1. Suka bagi barang dan ambil barang kepada kita atau orang lain, sebagai tanda dia sedang bermain dengan kita.



kredit gambar : Solis Images

perbuatan ini nampak remeh, namun ia adalah kayu ukur untuk tahu budak tahu otak budak sedang digunakan. Budak ini sedang membuat satu petanda atau skema, sebagaimana menurut Piaget (1952).

Skema apa tu. sejenis pengetahuan tentang 'sesuatu'.

i. Skema, tentang sensimotor budak sedang membangun

-sensimotor merujuk kepada motor kasar dan motor halus.

.

2. Kemungkinan ada sifat pemarah dan buat perangai

- budak kan sedang mengenal dunia, mereka cuba 'deal' perasaan yang mereka mula dapat rasakan. Misalnya, bila 'frust' sebab keinginan untuk main sesuatu tidak tercapai, bagaimana budak urus perasaan itu. Sudah pasti ada deal dengan cara 'marah' atau hempas barang dan menangis sambil memukul, atau tidak mahu disentuh. Pokok pangkal, buat perangai yang biasa kita nampak. Ala selalu kita nampak. Malah, mungkin perangai ni boleh nampak jugalah pada orang dewasa ni. Bukan main kalau orang dewasa, bila dia kena hon sikit, sebab memandu slow sambil bawa fon...dia punya amukan...kalau bukan tunjuk jari tengah, dia kejar orang yang hon tu...ehhhh , melalut dah ke dunia orang dewasa.

.

3. Kemungkinan ada perasaan takut atau tidak selesa dengan orang asing.

biasa budak yang 24 jam duduk dengan mak misalnya. Senang boleh nampak perangai ni. Orang nak pegang, dia tidak senang.

.

4. Mudah menunjukkan kasih sayang kepada orang orang yang budak tu biasa

misalnya, mak ayah dia atau penjaga dia. Ini mungkin juga kerana budak rasa selamat dan selesa

.

thank CDC
.

untuk penerangan hal 2,3 dan 4 ..kita boleh tengok di sini.. video ni pendek, dan berbaloi kalau kita tengok, 2minit yang berfaedah,  gitu...



.
5. Bermain dengan meniru perbuatan atau bunyian.
.
boleh tengok sini
budak boleh meniru kita. Misalnya seorang ibu yang menyusukan bayi.



kredit gambar:pinterest  :  
Patricia Tรถrngren
.
6. Budak itu akan lebih manja kepada penjaga dia dalam situasi yang baru untuk budak  itu.


kredit gambar SINI


7. Suka menunjuk sesuatu yang baru kepada kita
.

fasa ni banyak benda yang kita kena prihatin apa yang ditunjuk. Benda tu biasa bagi kita, tapi untuk budak ni, dia rasa itu adalah sesuatu yang menarik dan baru dia tahu kewujudannya.

8. Suka explore berseorangan, tapi ibu ayah mesti rapat dengan budak pula...


nampak gaya kenalah mendekat dengan budak, jika nak bagi banyak explore...kena teman dia, biar budak rasa selamat untuk terus mencuba sesuatu yang baru bagi mereka.

09 January 2021

Autistik Dan Autisme

 Autistik ni yang orang bayangkan, bila kita sebut Autistik.

.

Autistik ni sebenarnya ciri ciri yang Autisme.

.

Sebenarnya, Autistik ni adalah budak yang ada masalah dengan interaksi sosial dengan orang lain. Orang yang ada ciri ciri ni biasanya ada masalah dengan kehidupan seharian meraka, mereka tidak boleh bermain dengan baik, jadi walau diorang ada keinginan nak main,

.

Tapi, BUKAN TANDA diorang tidak boleh main.

BOLEH !

cuma nak main dengan orang lain itu diorang bermasalah. Berbanding kawan kawan di umur yang sama. ada kan budak jenis jumpa kawan, 2-3 hari dah boleh main. ada juga 2-3 minggu kenal dah boleh main sama. Tapi budak Autistik ni, tidak. Diorang memang tidak dapat.

KECUALI ada intervensi awal dibuat.

misalnya, sejak umur 6 bulan kita dedahkan dengan ramai orang, bawa ke tempat ramai orang, bagi peluang dia berkawan dan bagi peluang. Semua ni akan buat budak ni perlahan akan berubah. Tapi tidaklah sehari, seminggu, sebulan. Mungkin ambil tahun jugalah.

Ramai saja ada ciri-ciri autistik ni kita boleh jumpa di universiti. itu tanda mereka ada POTENSI lain. Walau diorang ada problem dengan interaksi dengan orang lain. Sebab benda ni boleh dibantu. 

bayi 18 bulan, kita dah boleh kesan tau.

.

lagi awal lagi bagus, banyak bantuan boleh diberikan.

.





.