24 August 2009

ikut suka

"weiii...samsengnya ko...!!!!". Ayat-ayat yang "mesra' dilontar,

"aku peduli apa...". Aku terus berjalan.

'Pedulilah dia'. Kejap-kejap minta tunggu. Setakat buang sampah guna kuasa jari. Siapa pun boleh buat.
Cuma hari ini, aku terlebih champion. Tin F&N ku kemekkan, dan digantung bersebelahan tong sampah.

'Pasti sekejap lagi,pemungut tin akan muncul'.


"Tunggu..Tunggu..Tunggu!!!". Suara mek ayu kelayuan terus memanggil. Aku sengaja menyegihkan diri sambil melambai-lambai ala Miss World yang cantik tapi...hehe


.....................................................................................

2 tiket. Aku belek. RM1 tiap satu.

"Wokey....sekang ni nak gi mana?". Nurun yang termengah-mengah terduduk di kerusi bus stop. Penat berdua-duan dengan buku di lebri tadi.

Aku angkat bahu.

"wei...cakap betul-betul...kejap lagi kita berbuka makan angin jak ni..". Dia dah mula memanas.

Aku pun sama bingung. Tekak pun sama haus. Terbayang-bayang tomyam seafood, sate...air sirap, cendol...












....................................................

Akhirnya, kami sepakat.

"wei...ko tak tahu mana yang lebih Aulawiyat...?". Aku tunduk. Angguk perlahan. Mek ni memang pakar bab-bab kehidupan berjemaah.

"ko tak dapat ikut kawan balik kampung...posa kat sana....sedangkan selepas ni peluang n takda lagi...". Dia berhenti.
"...alasan mu...nak join kem ni....". Dia telan liur. Mungkin tekaknya kontang.

Aku mendengar sambil menujal-nujal air liur yang mengangu pernafasan.

"....kemudian...baru nak gi kem...ko dapat berita emergncy...kawan ko masuk sepital...". Nurun. Dia masih bercakap. Mungkin dia tahu aku tak akan membantah.

"..ko nak gi lawat..tak tahu jalan...so skang ni...ko nak gi mana...?". Akhirnya muncul juga pertanyaan kedua ini.

Aku tengok Nurun. Mataku ku besarkan semaksimum mungkin.

Nurun membengkokkan kening.

"aku nak balik...nak tidur...!!!". Aku sengih. Nurun takkan tahu permasalahan sebenarnya. Aku pokai. Takkan dapat kemana-mana cuti 3 hari ini


"memang ko tak past...bab Aulawiyat..". Dia terus menghukum. Pandangannya dijauhkan. Aku diam. Mengajak lidah untuk berzikir. Melembutkan hatiku dan Nurun. Bulan Ramadhan bulan mulia.



........................................
nota I;

Semoga 'pejuang' BG yang berada di Hospital Teluk Intan cepat sembuh.