mukaddimah
.....Delete........
...........................................................
Sejuknya pagi itu. Sehingga adikku bersin berkali-kali. Kedudukan kampung nenek yang terletak betul-betul dilereng gunung membuatkan pagi itu lebih terasa sejuk. Kabus menghalang serba sediki pandangannya ke arah sawah yang menghijau. Sawah yang berteres. Canggih juga pemikiran orang di kampung itu. Keadaan yang berbatu tidak menghalang kerja-kerja sawah. Lebih kurang Jepun juga. Mungkin sebab itu, tiada masalah kekurangan beras berlaku.
"Macam gunung kinabalu kan kak.." Adiku yang baru berumur 6 tahun turut berpeluk tubuh. Kami berdua duduk di kaki lima. Jaket tebal yang dipakainya masih tidak cukup.
"..Umarr!!!...cepat bangun...sapi tu lapar.." Makcik sebelah rumah menjeritkan anaknya. Umar baru berumur 5 tahun. Belum bersekolah. Setiap pagi dia akan membawa anak lembu itu ke padang rumput.
"Umar...sola ki lek..(kita sama-sama ya)". Adikku menjerit. Dia bersemangat. Umar yang terpisat-pisat mengangguk. Pintu kandang lembu itu dibukanya.
"Siga' ko capi....!!( cepat ko sapi...panggilan manja)". Umar memberi arahan. Agaknya lembu itu kesejukan juga.
Sakinah, adiku sudah pun berdiri disebelah Umar. Dia turut menyuruh lembu itu keluar.
"oooo indo....jo' melo te'e sapi missunan...( ibu, lembu ni tidak mahu keluar)". Umar menjarit kepada ibunya. Ibunya yang sibuk menyediakan sarapan membalas jeritan. Dia memarahi Umar.
"adakan garam tu...". Sakinah meletakkan garam ditangannya. Lembu itu akhirnya keluar. Umar terus merotan.
"keras kepala ya..'. Umar terus merotan. Lembu itu hanya diam.
"dau..bunoh ee...kadidi tok capi...akka le' capii..(jangan pukul...kesian lembu ini...kan sapi)". Sakinah menggosok-gosok belakang sapi sambil berjalan.
......................................................................
Dia ke dapur. Niatnya mahu membantu setakat yang mampu. Nenek sedang membakar ikan kering. Nenek yang berusia 90 tahun lebih itu menegurnya.
"melo...ko kumande? ( mahu makan?)". Dia mengeleng.
"jo'o nek...purapi...(taklah nek, nantilah)".
Nenek itu membuka periuk. Nasi yang baru sahaja masak itu menggoncang selera. Harum semerbak.
"wahhhh...sedapny bau...". Lisa sepupunya yang baru selesai mencuci kain muncul.
Dia duduk mencangkung. Paip besi yang digunakan untuk meniup dicapainya. Ikan kering yang kecil diletakkan di atas bara lalu ditiupnya.
Pantas sekali dia melakukan kerja.
"nanti kita ke sekolah....baik cikgunya..". Dia angguk.
........................................................
Mereka berjalan pantas. Sakinah, Umar dan Bak agak lambat. Mereka bertiga dibelakang. Macam-macam yang dibualkan 3 kanak-kanak itu.
"wei..siga'-siga' ko peya...( cepat-cepat sikit budak)". Lisa menegur.
Mereka berlari laju.
Jarak antara sekolah dengan rumah nenek tidaklah jauh. 100 meter sahaja. Dia membuat telaan. Matahari masih belum panas.
"baru pukul 9.30...budak-budak dah rehat agaknya..". Lisa membelek jam.
Teruja juga. Mahu melihat bagaimana seorang guru mengajar 2 kelas.
"cikgunya tak kisahkah..". Dia bertanya.
Lisa angguk.
"dia keluarga kita juga...".
.........................................................................
Sekolah itu bingit. Kelihatan beberapa kanak-kanak bertopi sedang bermain. Ada yang makan, makanan berbungkus. Kawasan sekitar sekkolah itu agak luas.
Dua bangunan separuh semen itu agak usang. Bangunan lama agaknya.
"nilah sekolah saya dulu...". Lisa menariknya masuk ke bilik guru.
Lucu juga melihat aksi murid-murid sekolah itu. Bagaimana agaknya guru itu mengadaptasi keadaan. Dengan bahasa tempatan yang digunakan seharian.
Dia mencari Sakinah. Sakinah sedang bermain-main ting-ting dengan murid-murid yang berskirt merun. Cepatnya kanak-kanak mengadaptasi keadaan.
"assalamuaalaikum pak....". Lisa memberi salam. Hanya ada dua orang guru dibilik itu.
Wah. Guru muda yang ganteng.
"waalaikumsalam...Lisa...". Guru itu pantas berdiri.
Keadaan bilik kecil itu sungguh daif. Logo Garuda Pancasila menghiasi dinding.
"Ni teman saya pak...dari Malaysia..". Aku tunduk memberi hormat.
"namanya ?". Aku berbisik kepada Lisa.
"...saya pak Zaith...itu Om Zali...Dia kepala sekolah..". Guru Muda itu memperkenalkan diri.
Om Zali berdiri. Pakaianya kemas berkot. Cermin matanya dibuka.
"Teman kamu...dari Malaysia...erk...dia..." Pak Zaith mengaru kepalanya.
"dia hanya mahu melawat pak..". Lisa senyum. Om Zali juga senyum.
"silakan...kami sangat mengalukan.."
Aku senyum.
"terpengaruh Laskar Pelangi barangkali..". gurau guru muda itu .
Dia menerangkan serba sedikit. Sekolah Dasar seperti sekolah rendah di Malaysia. Cumanya, Sekolah ini dibawah kerajaan negeri.
Pakaian hariannya berwarna merah putih. Seperti warna bendera negara itu. Ada waktunya mereka akan memakai pramuka (baju uniform berwarna coklat).
............................................................................
Aku hanya diam. Sungguh aneh. Sekolah ini jauh di pergunungan.
"ngapain diam sis?...". Pak Zaith menegur.
"...inilah kekuatan kami...pendidikan SD ini sangat penting...jarang penduduk di negara ini yang tidak ke sekolah SD walaupun si pesawah..".
Ayat ini mencucuk jiwa. Negara mundur ini jauh lebih terkedepan rupanya.
................................................................................
nota I:
bingung memikirkan 25 ooo murid sekolah, tidak pandai mambaca