02 August 2009
.....seorang Perawan....(bukan kontroversi..)
seorang peniaga ikan yang berumur belasan tahun. Berbaju tanpa lengan. Menjerit-jerit mahu jualan ikannya petang itu habis.
"2 ringgit sekilo....mari...mari....segar lagi..".
Tanganku pantas menunjukkan ikan tadi.
"2 kilo dik...". Dia pantas memasukkan 2 kilo ikan tadi ke dalam plastik.
"RM4 kak...". Aku ajukan RM5.
"arogato kak....lain kali datang lagi...". Bakinya dihulur.
Cepat-cepat kakiku melangkah. Bingit telinga mendengar suara-suara promosi peniaga ikan.
"kak...". Budak tadi menghulurkan plastik besar berwarna hitam.
Aku mengeleng. Aku bukan kedekut. Tapi malas. Duit 20 sen nanti akan digunakan oleh budak itu bermain 'judi' dengan kawannya.
Itu..aku pasti.
Keluar sahaja dari Pasar Ikan Tawau. Aku memasuki Pasar Besar Tawau. Aku mahu mencari-cari kelibatan Siti. Seorang anak gadis yang taat.
"kak..."Dia menjarit padaku.
Aku menoleh. Betul dia.
Aku merapati.
"kak...dia memelukku..". Bau belacan bercampur dengan ikan masin menujah tudungku. Aku membiarkan dia.
"berita TV...surat khabar...semuanya mengutuk Demontrasi semalam...". Aku masih diam.
"....kak....salahkah kita menjejaki cara Yahudi itu...". Aku masih menahan air mata.
"....kakak tahu...sejak semalam..adik tak boleh tidur..adik sakit kak...".
Kali ini air mata yang ditahan sejak tadi tumpah juga.
Aku memeluknya.
"aku benci Polis...aku benci polis....!!!!".
....................................................................................
Petang itu, aku ke pasar Besar lagi.
Aku mendekati perlahan-lahan gerai milik gadis tabah itu.
"wei....kau polis bajingan...kau dah tahu aku miskin..kau berembussss!!!."
Sauaranya yang lantang menyebabkan beberapa makcik mendekatinya. Menyuruhnya bersabar.
".....kau!!!...jahannnam!!...kau selalu menganggu ibuku...kau biadabbb!!!.."
Dia masih menjerit.
"...kau manusia tiada perikemanusiaan...!!!!!.".
Aku memerhatikan dua lelaki yang masih berdiri di situ.
beberapa makcik cuba menyuruh lelaki itu menjauhkan diri.
Lelaki itu akur.
Aku cepat-cepat mendekatinya. Aku memeluknya dengan kuat.
'sabarlah wahai adikku'. Aku berdoa perlahan. Sungguh tinggi ketabahan yan perlu dibayar untuk keluarganya.
....................................................................
"inilah rumah saya kak...."
Aku mengangguk.
"..Dulu rumah kami disana..tapi sejak bapa tiada...". Dia tunduk. Ayatnya tidak dapat dihabiskan.
Rumah papan beratap merah meruntun kalbu sesiapa yang memandang. Mana mungkin rumah sebesar itu diduduki 7 beranak.
"kak naiklah..."
Aku cepat-cepat membuka selipar. Tangga usang itu ku pijak.
Semangatku membara.
...............................................................................................
"kalau nanti saya tidak mampu menghukum 'mereka-mereka' semua....biarlah Allah yang hukum..."
"...kakak tidak tahu pahitnya hidup saya....saya tidak lagi bersekolah....ibu pula sering diganggu...mereka jahannam!!!!.."
"...ini Ehsan...sejak lahir lagi dia tidak dapat melihat bapa....".
Aku memendang Ehsan yang sedang bermain polis sentri.
"...saya selalu bermimpikan melihat bapa...".
..........................................................................................
Kubur yang masih merah itu ku tatap lagi.
Siti si pejuang kecil. Hidupnya yang dipenuhi dengan kisah tragis.
Buku latihan coklat miliknya ku genggam.
"tolong ya kak...itulah catatan ku yang paling bermakna...."
"tolonglah buka mata-mata manusia yang lain di luar...akta itu zalim...tidak adil..".
"....mungkin bapaku akan membacanya suatu hari nanti....".
Aku tunduk.
Kalaulah 'mereka' faham.
......................................................................................................................
nota I.
Aku tidak turut dalam demontrasi 1 Ogos di Kota Metropolitan.
Aku tidak pernah setuju dengan demontrasi...demokrasi.
Itu amalan YAHUDI.
Itu ku pasti.
Tapi...
Aku masih mencari jawapan kenapa semua itu TERPAKSA dilakukan.
yang Zalim...harus dihukum. Bukan dibiarkan.
Kepada 'Siti'.
InsyaAllah bapamu akan pulang.
tunggu sahaja di Lapangan Terbang Sandakan.
Islam akan menumbangkan kezaliman. Itu pasti.