20 August 2009

Keningau itu..

"aku tinggal di bahagian Sandakan..". Jawapan itu menyebabkan wanita tua itu mengerutkan kening. Aku tidak pasti sebabnya dia begitu.

Wanita yang berkerudung kecil itu mungkin sudah berusia 80 tahun ke atas. Jadi, aku menggelarnya 'nenek'.

"oh...sa ingat kamu duduk di Tawau sana...". Keningnya kembali asal.

Kami berdua bercerita. Dia duduk di kaunter, dan aku akan menyusun barang.

Habis menyusun barang. Nenek itu ke dapur. Aku menggantikan tempatnya.

Entah apa yang dibuatnya di dapur yang kecil itu.

Dia kemudian keluar.Ditangannya ada dua mug.

'bagus juga nenek ni'.

"nah minum..sa..mau tidur pula...". Dia duduk di kerusi malas.

"terima kasih...". Aku terus hirup. Sedap.

Nenek pandang aku. Dia pandang agak lama. Aku jadi tidak senang duduk.

"sa...punya anak belum abis belajar lagi...". Aku hanya mendengar. Dia dalam kerinduan barangkali.

Dia bercerita mengenai anaknya. Aku tidak tahu bagaimana rupa anaknya itu. Ada masanya aku mengandaikan anaknya itu seperti bukan dari kalangan manusia.

"sa....dengar dia mahu balik bercuti..tapi abangnya tidak suruh.". Nenek itu pandang arah lain. Mungkin ada cerita lain disebaliknya.

Aku hanya mendengar. Ada ketika cerita nenek itu tersekat dengan kedatangan pelanggan untuk berhutang atau membeli barangan dapur.

Kalau dibilang. Pelanggan di kedai itu tidaklah memuaskan. Hanya sesekali, terutamanya hari Ahad ada gerombolan datang. Itupun bukan dengan 'cash'. Mereka adalah golongan pekerja yang duduk diceruk kampung. Keluar di setiap Ahad untuk bersembahnyang di gereja yang terletak bersebelahan kawasan itu.

Kawasan perumahan disitu, hampir semua penghuninya beragam kristian. Kawasan itu bukan taman,rumahnya banyak yang berdindingkan Papan. Pada pintu rumah akan ada lambang salib menghiasi.

Di tepi kawasan itu dipenuhi dengan dusun buah-buahan. Betul-betul bersebelahan dengan kedai ini.

Bukan sesuatu yang aneh jika diwaktu petang mereka akan berkunjung ke kedai untuk berborak dengan nenek. Sama ada dari kalangan bapa-bapa ataupun ibu-ibu. Paling menyakitkan mata apabila mereka seperti sengaja memakai rantai salib yang besar di leher. Ini pada awalnya apabila aku melihat. Lama kelamaan aku akan tidak melihat kawasan pengantungan rantai itu.

Sesekali, adakalanya aku juga dijadikan tempat berborak.

"dorang tu..kenal dengan arwah suami sa..." Kata-kata ini sering berkumandang. Terutamanya diwaktu petang.

Arwah suami nenek adalah wakil arkyat di daerah itu.

Daripada cerita nenek itu. Aku sering tertanya akan bentuk anak bongsu nenek itu kaitannya dengan tingkah laku nenek bila bercerita.


...................................

Kedai kecil nenek masih beroperasi. Pekerja nenek sudah kembali. Aku tidak lagi dapat memerhatikan dusun-dusun seperti minggu yang lalu.

Di hari terakhir aku membantu.Nenek membawaku ke pasar malam Keningau. Sungguh. Aku amat jarang merasai peluang itu.

Kami ke kedai buku. Selepas membeli beberapa jenis juadah. Walaupun puasa sudah berlalu.

"pilihlah buku yang kamu mahu...". Nenek itu membua penawaran. Aku mengeleng. Segan.

Dia khusyuk memilih majalah masakan. Aku turut membelek sama.

"hah...sa sudah dapat...". Dia bergegas ke kaunter. Mengejar masa. Sekejap lagi, kereta sewa nenek akan muncul di barisan hadapan deretan kedai.

Aku melihat majalah yang dibeli nenek. Mingguan Wanita dan majalah masakan.


................................

Sepanjang perjalanan ke rumah nenek. Aku hanya mendengar.

Dia berbual panjang dengan pemandu. Pemandu itu terlalu bersopan santun. Mungkin kerana nenek itu bergelar 'Datin'.


Aku tidak cuba untuk mengatahui jalan cerita mereka.

Sampai di rumah.

Pemandu itu sempat berkata.

"kirim salam dengan anakmu itu...lama sudah tidak pijak Malaysia..".

Aku yakin anak nenek itu sudah kembali. Tetapi tidak terus ke rumah.

Kemana dia...?


.........................................

keterangan

sa = Saya (bahasa Sabahan yang unik dibahagian Pantai Barat dan penduduk pribumi)

Keningau = 1 daerah yang 89% (kemungkinan) adalah beragama selain Islam. Salah satu alasan bencana Ribut Greg Tropika berlaku di daerah itu. Pesta keagamaan yang terlalu diluar pemikiran insan. Kejadian ini juga berlaku pada 26 Disember 1996.









.....................................
nota I;

Sesekali kita menjenguk situasi di tempat orang lain. Ada bahasa yang biasa bagi kita, sebaliknya biadab bagi orang lain.