31 August 2009

merdeka 'sajja'..


adiku. Baru darjah 4. Dia alert waktu tidur malam.
kawannya. Husna. Juga Darjah 4.
Tapi. Dia bukan sama. Selepas berita, dia akan menunggu di depan TV. Menunggu rancangan Kemerdekaan. Yang pastinya, matanya sangat segar dengan aksi-aksi pengacara itu. Sudah tentu juga aksi si artis jemputan.

Aku sedikit berlagak.
"kau tahu...penonton dibelakang sedang menyanyi sama??".

Dia pandang aku. Masa itu tengah iklan.

Dia sengih. Aku pandang tajam.
Dia terus sengih.

"dibelakang itu...PARA manusia MERDEKA akan mengedarkan Risalah Tazkirah...Mereka bermati-matian mengedar..ada juga yang berceramah..."

Aku pandang dia. Budak ini. Dia mendengar. Tapi masih 'menyegihkan diri'.

"dibelakang itu...manusia-manusia akan mengankat bendera negeri masing-masing.dorang bergasak...mengutuk-ngutuk geng negeri lain.". Abangku si pendekar Bugis. Dia menyambung tazkirah malam itu.

"lagi teruk dorang akan mencarut...dan bergumpal jika negeri sudah dipijak-pijak 'maruahnya'..". Pendekar itu sama berceramah. Gayanya bagai pelajar pondok yang sedang lepak.

"setakat bibir pecah..apa barang..!!". Pendekar itu sudah mengamuk. Mungkin mengenang sejarah bibir pecah.

"pernah nampakkah??".Mama yang sedang menjamu selera di dapur bertanya dari jauh.

Pendekar itu memandang.

"iya...setakat nampak..untuk dekat tidak mungkin.silap hari bulan..pendek umur..". Ish. Pendekar ini.

Husnah sudah hampir tertidur. Mendengar alunan merdu suara kami berdua.

"hah..husna...ini bukan yang layak untuk menyambut merdeka..kalau suka-suka ngamnlah..". Pendekar itu tiba-iba bersemangat.

"iya...". Aku menympuk.

Panjang tazkirah malam itu. Husna hanya memandang. Menyoal tidak. Mengangguk pun tidak.

Matanya akan membesar. Apabila melihat artis-artis melalak. Menggunakan nikmat Allah itu.

"Patutnya Padang itu dinamakan Padang 'Mak Depa'..."
Aku menutup Tazkirah malam itu. Mata sudah lesu untuk bergerak.

Pendekar tadi masih duduk sopan di situ.
"patutnya...kerajaan PAS juga buat konsert yang sama..jemputlah artis-artis yang baik-baik...macam Search..Ramli Sarip..."

Mataku 'tetiba' terkejut.

"iya...bab hiburan ini..artis tu mana mana mau tolak rezeki...". Mamaku menyampuk. Cubitan Ikan masin ditangannya digerak-gerakkan.

Ahh. Mereka ini.


..................................
Hari ini 31 OGOS. Apa agaknya pengisian orang disana?.
Sakina.Husna.Twins.





.......................
nota I;
slamat menyambung ibadah puasa.
Bersahur.Manjaga perut.Menjaga Mata,telinga,fikiran,kaki, tangan dsb.
Ini bulan banyak baik!!