11 August 2009

Alahai..

bersin dengan kerap.
Mukus berlumba-lumba keluar dari hidung.
Kepala tak pening, tapi macam sakit.
mata merah, macam baru bangkit dari lena yang singkat..
selera makan zero..kecuali dipaksa.

Fikiran melayang-layang, bagai ke langit ke tujuh.
berpeluh walau ber 'air-cond'..
rasa lembik dan lemas walau tak menyentuh air..

bila nak rukuk, bagai jatuh biji mata..

bla...bla...


Itu baru sedikit intro.
Dah jarang sangat menikmati ubatan cap PK.

Betul-betul zero.
Alahai antibodi, apasal lu lemah..?

.........................

Aku dah agak. Masuk jak PK conform dapat MC. Yes! aku boleh rehat puas, setelah beberapa hari mataku tidak dapat rehat dengan cukup.
masuk jak bilik, aku chek berapa cm habuk?..alhamdulillah.
Chek lagi. Ada ja beberapa mm habuk melekat dicelah jendela.

"lain, kali rajin-rajinlah menyapu..". Mona rakan sebilik mendengus. Dia terpaksa balik kampung.

Ek, ele. AKu punyalah rajin menyapu. Siap sapu sawang kat siling gan kipas lagi. Panjat-panjat macam nak kait rambutan lagi.

Aku senyum. Mona yang menemankan aku ke PK. Menunjukkan muka masam.

Atchum!!!!

Aku bersin dengan kuat. Berubah kedudukan sila aku.

"conform..aku nak balik kampung...". Mona pantas amik beg kain. Beberapa pasang baju dimasukkan.

Aku hanya pandang. Mask yang menutu separuh mukaku ku perbaiki kedudukannya. Aku malas nak fikir. Aku capai buku dan belajar membina laskar mimpi...huhuu..


.......................................................

2 hari berkurung dalam bilik. Aku cuba-cuba YM. Adalah sorang tu reply. Yang malasnya ceritanya pasal khabar. Aku layan jaklah. Tapi hidung aku memanas. Habis baju T-shirt cap Hard Rock Cafe aku dipenuhi mukus-mukus.Tidak ubah macam kain lap. Baju tu aku letak tepi katil. Stop YM. Ubat perlu dimakan.
Plastik ubat ku capai. Ada 4 ubat semuanya. dan semuanya memerlukan aku 'isi perut dulu'.

Air ku jerang. Mee Sedap Perisa Soto ku rendam.
Sangat 'seswai'. Dalam kepala yang pening pelik mahu tidak mahu. Perut itu diisi makanan segera yang berbahaya.
Tau, tapi buat.

Selapas memaksa lidah mengunyah mee yang disapu lilin itu. Plastik ubat dicapai.
Aku hanya tertarik 2 jenis ubat. Satu sebab, ia main telan jak. Dan hanya 2 kali sehari.

Air dalam bekas ku capai.

Ngap! sekali dua jenis tu masuk mulut.

Pahit!!! Nge..nge.


Penat menggosok hidung. Aku bersenang-senang. Buku-buku 'Lebri' yang belum khatam. Ku sambung.
Lama juga fokus pada buku tu.

Telefon cantik yang baru sembuh, tiba-tiba menyanyi. Alahai..minta diangkatlah tu.

"assalamualaikum...". Suara teman lama. Aku menunggu-nunggu ayatnya.Dia ni mudah sangat 'hot'.

"wei...Jannah!!!...ko dengar ke tak...!!!..". Conform. Teman tu dah 'hot'.

"dengar sayang....kaifa haluki...?". Jannah tersengih-sengih. Suhu dipipinya dirasa. Macam menghampiri 38' c ja. Simptom Influenzalah ni.

"I'm fine tengkiu....ko apa khabar?.. suara macam tertelan kepala burung jak....". Sedikit ketawa.

"ni suara papa rocklah...aku pinjam jak..". Dia mula meraba kepalanya. Alahai...panas juga. Kan dah makan ubat tadi.

Makan ubat. Ubat cap kimia. hukhu..


"...ko tahu..aku cukup bengang dengan Amerika ni...memang semua ni angkara doranglah...bla..bla...". Aku memasang laudspeker. Panas juga telinga mendengar syarahannya.

"...wei Jannah!!!, are still listen..?." Dia cepat-cepat menekan butang. Normal.

"Yup...tegkiu for imformation...". ah..Nak bersin. Dia cepat-cepat capai tisu.

Atchum. Tiga kali bersin, barulah dia lega.

"Bahaya ni...sepatutnya U ko tutup...nanti ada pulak jadi mangsa ke-29..". Dia membebel lagi.

"Ok Jannah..aku chow dulu...banyak-banyakan berdoa...". Tik. Talian Off.

Dia berterima kasih ada juga orang lain, ambil kisah.

'kedit aku tinggal nyawa ayam jak..'. Teman tadi memberi mesej. Jannah senyum.

Sekurang-kurangya dia ambil tahu.


...................................

Usai solat Asar. Mona menghantar mesej.

'akupun kena sama..tapi kat kampung nenek aku best...banyak air buah..boleh hapuskan atom-atom H1N1..'.

Jannah senyum. Selepas bersiap. Mask dipasangnya.

'harap-harap adalah air kelapa segar di Gerai Selera Murni...'.

Bismillah. Dia melangkah.