30 August 2009

Ini bukan cerita massa

Perkara ini bukan pasal Massa.
Jika berminat. Teruskan.

Isunya mahu kepada semua yang ambil kisah.

Semalam dalam TV kisah budak 11 tahun yang kemalangan. Di Tanjung Malim. Dilanggar oleh seorang perempuan. Cina.
Aku. Manusia yang lambat. Baru tahu.
Aku berkelana di rumah 'Tarbiyyah'. Mendengar jerit pekik. Meraung.
Rupanya si pemandu itu.
Dia terlantar. Kulit Mukanya robek. Mungkin 8 jahitan.Kakiya menerima kehadiran besi untuk menguatkan tulang.

Sebelum itu. Seorang jururawat. juga melanggar seorang bangla. Kisahnya selepas subuh.
Kulit kakinya terkopak. Nampak tulang jari kakinya.
Akibatnya. Besi dimasukkan.Entah berapa jahitan. Dia merintih. Mujur suaranya perlahan.

Seorang gadis India. Meraung. Merintih. Jarinya hampir putus. Katanya tinggal kulit.
Air matanya sudah kering meleleh.
Semua orang mendekati.
"sakitnya...". Orang-orang itu macam rasa sama.
Kening berkerut. Reaksi orang mendahului sakit gadis itu.


Maafkan aku. Aku menjadi gila sekejap. Ada waktunya aku benci pada manusia yang memberis SMS. Bertanya kondisi Icha. Awalnya ku sangka dia perempit tegar.
Ada waktunya aku memberikan mesej sms kepada orang lain. Bercerita untuk menunggu. Mengurangkan debaran.
Maafkan semua yang menerima ayat-ayat gila itu. Mungkin aku perlu banyak menulis lagi. Membetulakan susunan ayat-ayat.

Ini ku tujukan untuk 'SANDAKIAN' yang ada bertanya.
Aku rasa kamu sudah membaca tulisan ADRIYANI.
Cuma tambahannya.
'Icha memerlukan tangan GHAIB untuk membantu'.
Melawan sakit. Kulitnya berkawan dengan besi.
Mungkin DOA IBU itu yang paling mujarab. Juga Doa Icha sendiri.
Kita ini. Kurangkan bertanya. Berikan dia cabaran.
Aku pening orang yang bertanya khabar kepada Icha. Anda tidak pernah merasa sakit?

Tolong ya. Banyak bertanya, ada waktunya menjadikan melambangkan tidak prihatin. Kenapa tidak bercerita yang ceria-ceria belaka?

maaf. kita sama berdoa. Mendoakan untuk semua. Saudara kita di Palestin dipatahkan tangan oleh tentera Yahudi. Dikoyakkan isi kulitnya. Saudara kita di Selatan Thai ditembak curi. Di Somalia, kurus kering kekurangan gisi.

Sudah aku katakan. Ini bukan cerita massa.

~Tanganku 'terpening' sekali menerima karenah blog ini.~



..................................
nota I:
kalau tidak faham tulisan ini. Maaf.