Tapi untuk kali ini, bahasa Melayu ku hampeh.
Ayat ini.Tidak menurut format. Mugkin terlalu melankolik barangkali.
Aku pilih kos kejuruteraan awam.
Yes. Aku dapat. Aku sudah terbayang banyak benda bila ambil aliran itu. Cumanya...tentu mahal.Jauh.
Aku takut meminta pendapat orang lain. Apatah lagi duit. Sangat berat mulut. Sangat tidak sanggup.
Aku ada membuat lakaran. Bagaimana hendak ke negara matahari terbit. Laluannya mudah. Amik aliran kejuruteraan. Skor tinggi. Dan insyaAllah..
lalu..
Aku terpilih amik subjek Multimedia. Jadi aku bertahan. Kos pun tidaklah mahal. Mungkin aku ada masa depan lain dari lakaranku.
Impianku ke Jepun. Punah..Hancur.
Aku hanya diam. Kenapa aku mengorbankan lakarannku yang ku harap?
hanya kerana mahu menjaga hati orang lain?
Aku duduk. Membaca tawaran itu berkali-kali. Sehingga menjadi bingung.
Usahaku selama ini...tidak mencapai lakaranku.
Selepas itu. Sesiapapun yang bertanya. Jawapanku mudah. Aku mahu jadi psikologist. Mahu menjadi pemikir. Mahu menjadi pensyarah. Paling tidak masuk akal, mahu menjadi geng angkasawan. Hahahahah. Semuanya auta. Itu bukan yang ku lakar. Itu palsu.
Aku menjadi tiada cita-cita.
Dan menjadi orang lain selepas itu. Inilah keadaan yang paling tragis.
Hukhuh.
pokoknya aku akan mati. Dan mati dalam berjuang yang ku mahu.Ini doaku.
Kalaulah aku ringan mulut dahulu...?
...................................
nota I;
terlalu PATAH HATI.