02 January 2010

VS akustatik

"kau pergiiiii...jauh..jauhhhhh...".
Aku tergamam lagi. Ini bukan amaran yang pertama. Malah berkali-kali telinga ini ditusuk dengan ayat itu.

"kau apa tahu....???...kau pernah rasa sakit ini...pernah?????...".
Ya. Ayat itu terlalu berdesing untuk jiwa seperti aku. Yang lemah dan..hampir sahaja air mata ini menitis.

Aku mendiamkan diri. Berlagak seperti tunggul yang kebal dengan caciannya.

Dia menjelingku. Sebelum sempat aku melangkah menghampirinya.

"...pleaseeee....biar aku sorang...please?..blah...lu blah...blahhhhhhhh".
Semakin tinggi nadanya.
Peliknya kaki ini masih statik. Masih teguh. Malah jiwa ini masih kebal.


...................................................

"eh...lu pekak..atau lu tuli...lu blah...blah...reti tak....retiiiiiiiiiiiiiiiii???".

Perlahan-lahan kaki ini berpusing. Membelakangi dia. Membohongi rasa sakit hati dihalau sebegitu.

Satu. Dua. Tiga.
Aku tidak boleh!
Berpusing kembali. Mendekatkan diri. Kemudian memeluknya.

Ayat-ayat Qursi ku bisikkan pada ubun-ubunnya dan telinganya. Moga ada hasilnya.

Dia memelukku semakin erat. Dan...dia menangis.

Ku biarkan dia. Berkali-kali ayat Qursi ku ulangi di dalam hati.

Dia menangis. Membasahi bahuku.




....................................................

"...wa ada satu lagu untuk lu...lu mahu dengar...?".

Dia menggeleng. Tangisannya hampir reda.

"..tapi wa nak nyayi untuk lu...lu diam-diam ya...". Dia mengagguk. Membetulkan juntaian rambut hadapannya yang sedikit serabut. Bibirnya yang pucat seperti hampir menguntum senyuman.

Keadaan sepi seketika.

"lu pernah dengar kisah bulu mata tak....??". Aku sengaja menyoalnya. Sedangkan dikepala berfikir lagu yang ingin dinyanyikan. Sesuai dengan jiwanya yang sedang memberontak kala ini.

Dia mengeleng. Kami duduk serentak di tembok itu. Menghadap ke bawah gunung. Berhampiran dengan kebun koko milik Sang Ratu.

"...begini....ketika...seorang hamba Allah hampir dimasukkan ke dalam neraka...kerana jawapan-jawapan seluruh anggota tubuhnya...kerana mulutnya sudah dibisukan Allah...".

"...tiba-tiba si bulu mata memberikan kesaksian akan tuannya....".
Aku memandangnya menggunakan anak mata. Ingin melihat reaksinya. Wajahnya yang putih mulus seperti menyedari. Dia memandang ke hujung kakinya. Seketul batu digolek-golekan ke kiri dan ke kanan.


Aku tahu , dia mendengar. Semoga dia juga memahami.

"...tuanku ini...sering membasahi diriku dengan air matanya kerana takutkan Mu yang Allah...ku pohon berikan syurgaMu untuknya ya Allah..".

Dia lantas memandangku.

Aku memberikan seikhlas senyuman kepadaNya sebelum mengakhiri cerita itu.

"...dan dengan kuasa dan kasihnya Allah...akhirnya syurga untuknya...".

Dia akhirnya senyum. Dia mengangguk.





...............................................................................................................

sekadar gambar hiasan, created by:June (model gitar tidak berbayar)

Gitar ditepinya digenggam.

"..lu mahu bergitar sekali...?". Perlahan aku bertanya.

Dia memandangku. Kemudian membelek gitar tua miliknya. Sediki aneh. Akhirnya mengambil dan bersedia untuk memetik gitarnya.

"...lu nak nyanyi lagu apa...yang basic..aku boleh mainlah...". Suaranya sedikit tenggelam dek angin gunung yang meniup di sekitar kami.
Aku menguis-nguis dagu.

"..lagu ni..petik jari pun boleh..lu sedia jak...wokey...". Aku bersedia mengumandangkan suara dan sedikit gaya seorang penyanyi tua. Ranting mati, sebesar ibu jari ku jadikan mic.


Doa
by: Ramli Sarip ( Papa Rock)

Kasihku dalam hidupku
Tak kulupa kewujudanmu
Sebagai hamba yang hina
Kaulah segalanya


Tanpamu aku hilang
Hidup di dalam awang-awangan

Tuhanku dalam doa kudus
Ku sering mengaku
Kesalahan dan dosa
Yang aku lakukan


Pencipta kaulah berkuasa
Atur wajah perjalananku
Biar duka dan hidup merana
Aku hanya berserah


Tanpamu aku hilang
Hidup di dalam awang-awangan
Tuhanku dalam doa
Kusering pohon padamu

Ketenangan dan kemenangan
Dunia dan akhirat

Dunia dan akhirat