16 January 2010

pembinaan Baitul Dakwah

cuti semester bermula lagi.
menghabiskan cuti sebulan, adalah saat yang ditunggu-tunggunya.
rindu benar di dalam hatinya.
ingin kembali ke kampung halaman.
dirinya yang baru sahaja 4 bulan terpisah, namun, kerinduaannya terlalu menebal.

'bagaimana agaknya..rasa rindu Rasululullah..10 tahun meninggalkan Makkah..?'
'alangkah gembiranya...setelah lama menyimpan rindu...Allah turunkan surahnya untuk mengizikan kaum Muhajirin ini kembali ke kampung halaman?".


.....................................................................................................................




"ayah..saya sudah mendaftar.". Umar membelek kuku ayahnya.

"..mendaftar apa..?". Lazim. Inilah cara ayahnya melayannya. Di lihat mata ayahnya masih setia di kaca TV. Langsung seperti tidak memperdulikan kehadirannya.

Dia membiarkan persoalan ayahnya.
Jari-jarinya pantas mengeluarkan kacip kuku dari saku baju melayunya.

"..ayah..mari Umar potong kuku ayah..". Umar memulakan dengan jari kelingking kiri ayahnya. Hitam. Dipenuhi bekas-bekas luka, juga kasar. Dia tersentuh melihat keadaan telapak tangan ayahnya.

Ayahnya hanya melihat. Angguk pun tidak.

Umar memulakan setelah membilas tangan ayahnya di dalam bekas.

"..supaya kuku lembut..senanglah Umar nak potong..".

Ayahnya hanya melihat satu-satu jarinya yang jarang dibeleknya, kerana masanya yang selalu suntuk.

.............................................

"...senanglah ayah bila tangan ni..Allah soal siasat..". Umar memulakan 'operasinya'.

"..apa yang senang..?". Ayahnya mula berminat.

Umar sengaja membiarkan persoalan ayahnya lagi.

Dia memotong dengan tekun. Setelah dipotongnya habis. Dia mengambil bekas lain. Kemudian membasuh tangan ayahnya. Ayahnya hanya diam diperlakukan begitu.


....................................................


"..ayah..Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang berkerja...". Umar memerhatikan ayahnya. Ayahnya yang sasa. Mempunyai riak wajah yang tenang.

"..ayah berkerja..untuk kami..untuk kita sekeluarga...". Ayahnya masih seperti tadi. Tunduk dan membisu.

"...hasilnya, kami ini dapat hidup dengan baik...tidaklah sampai meminta-minta...belajar dengan senang hati..".

"..dengan hasil jerit payah ayahlah...Umar dan adik-adik dapat buat apa yang orang lain buat...".
Dia memerhatikan ayahnya dari ekor mata. Usia ayahnya yang melebihi 50 tahun, dapat dilihat melalui kedutan pada dahinya. Uban pada rambut.

"...bila Allah menyoal seluruh anggota tubuh ayah nanti...insyaAllah dengan rahmatnya..setiap anggota ayah akan dapat menjawab dengan baik...insyaAllah..". Umar diam. Dia berasa sayu. Berkata hal-hal seperti ini, bukan suatu yang biasa baginya. Selama ini jarang sekali dia berbicara soal-soal begitu.


"..insyaAllah..". Suara ayahnya kedengaran perlahan.



...........................................................................................

Perbualannya terhenti.
Suara ibu 'berceramah' di dapur sangat membingitkan.

Mungkin ibu sedang menggoreng sesuatu untuk santapan petang itu.

Umar memerhatikan wajah ayahnya. Ayahnya sangat 'benci' situasi itu.

"dahlah..ayah nak ke turun jap..". Ayahnya bangun.

Umar hanya memandang. Kuku kaki ayahnya belum habis dipotong.

"..ayah..nanti sambung kuku kaki pulak..". Umar juga bangun. Terus menuju ke dapur.



...............................................

Dia melalui bilik adiknya. Fatimah dan Masyitah.

Mereka sedang membaca buku sambil baring-baring. Jelas kelihatan pada pintu bilik yang terbuka luas.

"amboii..baca buku atau buku baca kamu ?". Dia pantang sekali melihat situsi itu. Patutlah ibunya asyik berceramah sejak tadi.


"...alah..seboklah..orang nak exam besok ni...". Pintu ditutup kuat.

Ah!. Geramnya. Itulah Fatimah, adik perempuannya,selepas Adlina. Sangat keras perwatakannya.
Sekarang berada di tingkatan 6 atas.

Umar melangkah pantas ke dapur.
Dilihatnya ibunya sedang menggoreng pisang goreng.

"...wah sedapnya bau...". Dia mendekati ibunya.

Ibunya memandangya dengan senyuman. Inilah ibunya. Sungguh manis. 'ceramahnya' tadi terus terhenti.

"..ayah kamu mana?..". Ibunya masih menggoreng.

"...ke bawah..biasalah petang-petang begini..". Umar memerhatikan ibunya. Tentu ada yang membuatkan ibunya tidak senang denga ayahnya.

"...huh..bapa kamu tu...saya sudah gitau pagi tadi..petang ni..enjin tu kena pasang.. kang besok pejabat tutup pulak..". Entah apa yang ibunya marahkan. Umar hanya mendengar. Sesekali ibunya menjelingya.

"..lah..ibu ni...tu kerja Umar...nanti Umar gi pasang ya..". Umar menjawab sambil tersengih-sengih. Entah apa yang dimaksudkan ibunya. Dia pandai-pandai menjawab.

"...kamu??..apa yang kamu tahu..?...pasang enjin untuk siram benih pokok tu tahu kah..?". Suara ibunya mula mengendur. Mungkin dia terlupa anaknya seorang ini juga ada kemahiran itu.

"...lorr...kalau Umar tak tahu..tu Ibrahim...makenik terhebat di rumah ni..". Umar mengambil beberapa ketul pisang goreng.

Ibrahim. Adiknya. Juga adik kepada Fatimah dan Masyitah. Baru sahaja selesai menduduki PMR. Adiknya memang mahir dalam bidang-bidang sebegitu.

"...mana Ibrahim bu?...". Baru Umar sedar. Adiknya tidak dilihatnya sepanjang hari tu.

"tidur agaknya..". Ibunya sudah selesai menggoreng. Pisang itu diangkat dan diletakkan di atas di hadapannya. Asap Pisang goreng yang berkepul-kepul itu sangat menarik. Umar senyum.

"..ni senyum-senyum kenapa..?".

"...tengok asap pisang tu..".


..............................................................................................

Sejak adiknya asyik berkurung. Kerja-kerja dapur banyak dilakukan oleh ibunya. Ibunya yang setia menjadi pembantu ayahnya selalu sahaja merungut.

Fatimah yang sememangnya rajin sudah jarang memijak dapur. Apatah lagi Masyitah. Yang terkenal dengan malasnya. Dua-duanya beralasan sedang menghadapi 'perang'. STPM dan SPM.

"...ek ele...masa dia exam dulu..baju..kasut..makan..semua orang yang buatkan...". Sungguh berani Fatimah membalas. Apabila dia menegur sikap mereka.

"...ala..Alang...bukan selalu pun Alang duk dapur tu..habis exam...kami masuklah balik..". Masyitah yang memegang buku Biologi tersengeh-sengeh. Amboi. siap guna 'kami' pula tu. Umar faham sangat tahap rajin adiknya seorang iu. Masyitah memang mahir dalam bab-bab kompromi.

Mahu atau tidak dia harus menjadi suri rumah sementara adiknya sedang bertarung di 'medan perang'.

"...Alang kira baik..just masak lauk jak...basuh kain..sapu rumah..buang sampah..kitaorang still buat...". Ah. Lagi-lagi Fatimah.

Mujur juga Umar mempunyai kemahiran- kemahiran menguruskan rumah. Kalau tidak kasihanlah ibunya berseorangan bertukus lumus.

"Abangggg...nasik hangitttt!". Sakinah. Adiknya yang baru berumur 9 tahun menjerit kuat. Umar bergegas ke dapur. Inilah adik bongsu yang selalu menjaga dapur. Semenjak Umar membawa pulang bermacam-macam buku-buku. Sejak itulah adiknya itu 'bermastautin' di dapur membacanya.

"..kenapa tak baca dalam bilik...?". Ada sesekali dia bertanya.

"..malaslah..tu akak berdua tu..asyik suruh ni..suruh tu..suruh picit kepala..suruh urut kaki..". Panjang lebar adiknya memberikan komen.

"...Alang tau tak...dorang tu..asyik tekan-tekan handset jak...".

Aik. Kan dorang tengah berperang..?

"...dorang sms sapa?". Umar yang sudah mahir memasak. bercerita sambil memotong terung. Niatnya ingin memasak spesial untuk hari itu.

"..aik..dorang tu..kadang sms..kadang telefon...dah pandai couple-couple..".
Terkejut Umar mendengar cerita adikya. Tangan kecil adiknya sedang sibuk mewarna pada kertas lukisan.

Adiknya dah pandai benda-benda tu...

Umar mengeluh perlahan.