Semalam.
Aku, dia dan cinta.
Kami seiring. Berjalan tanpa henti.
Dia dan cinta..saling bahagia.
Namun, akulah sebaliknya.
"apa maknanya ini semua dalam hidupmu..anak muda..".
seorang lelaki tua.
Bertanya penuh sinis dan curiga.
Dia membalas.
"...inilah hidup yang harus ada pada anak muda...".
Cinta tersenyum.
Lelaki tua juga tersenyum.
"..apa pernah kau merasa hidup seperti aku..yang jauh lagi muda dari mu..?"
Dia dan cinta kaget.
Aku hanya memerhati.
Membiarkan aroma ikan bakar menyusuk ke dalam hidung.
Akhirnya, dia dan cinta menjauhkan diri.
Pergi ke arah selatan.
Meninggalkan aku yang tegak bagaikan patung.
Aku ingin mengejarnya,
namun,
"..biarkan dia...andai dia datang lagi..seperti hari ini...".
Lelaki tua itu bercekak pinggang. Memandangku seribu maksud.
"..kau juga harus pergi...pergi ke mana-mana ruangan untuk membersihkan setiap gerakan mu..".
Lelaki tua itu terus pergi.
Aku hanya mematungkan diri.
Membiarkan semua berlaku. Tanpa sempat menghalang.
Untuk apa aku menghalang..?
04 January 2010
Jepun 2
bismillah sampai sahaja, semua pun teruja dengan katil 2 tingkat. rumah diorang memang maksimum ruang ya. begitu, ada 2 bilik mandi, 1 tand...
-
Assalamualaikum... Apa khabar adikku?? Lama bangat nggak mendengar berita tentangmu.. Ku harap dirimu sihat sejahtera. Bagaimana khabarnya ...
-
salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...
-
bismillah. . banyak kajian sahih kata usia bawah 6 tahun ialah EMAS. . kali ini, saya nak berkisah tentang umur 4 tahun. Biasa usia begini,...