Bismillah.
.
Alhamdulillah, selepas 30 Hari puasa. dapatlah Raya secara keluarga kecil..kecil lah kan bila bandingkan dengan 9 tahun kebelakang..😌
.
Malam last terawih, sempat gitau dengan kawan sejemaah. Kita jumpa tahun depan..jadi kebiasaan sudah, terawih saja ramai ke surau...😌😣.
.
Hero kecil ni, hujung terawih dia punya ligat....huh. 11 Bulan dah terer menapak...walau terkedek-kedek...lahai.
.
Last day terawih, Kita pakai jubah abam Fath. Nilah jubah Raya abam 2013 kot...
.
Jubah ni semua pernah pakai...kecuali Madia, sebab budak tu....membesar waktu PKP...jaranglah kita ke surau.
.
Malam berapa tu...yang bapa Dafi umum PKP...kena balik awal surau. Terus SS pun stop order moreh.. terus rasa berkurus jugalah... Makan Malam ni,memang senang betul naik berat😌
.
SS dapat tempah batang lemang.
Jadi malam 30 Ramadan, sempat lah makan lemang, walau tiada moreh...
.
Siangnya tu, hari akhir puasa..SS pi shopping raya.
Rancangan beliau awal Ramadan..Kita iftar kat hotel saja malam Raya tu. Beliau saja pilih malam raya,sebab tiada terawih😌.
.
Aku dah cadang hari lain...bila dia guna alasan terawih...malaslah bangkang. Aku dah set, tu cuma menanam tebu di tepi bibir....bila last last baru full PKP.... betul...niat iftar itu tidaklah kesampaian. Down juga.
.
Lagi down.. sebab konon nak bakar 2-3 biji lemang la sebagai ubat kecewa.eh...kecewa kah?. Kan dah kata menanam tebu.
.
Tak dan bakar lemang. Sibuk nak habiskan juz..target nak khatam.
.
Buka puasa 30 Ramadan.
Masuk maghrib 1 Syawal...
Semua benda tak masak pun.
SS take over dapur...👏👏
.
Dia bakar kambing dan panaskan 2 batang lemang baki moreh hari itu.
Ada pula kawan budiman,hantar menu Raya ok..bagus sungguh mereka ini. Tahun lepas pun jiran bagi menu tu... Istiqamah mereka ni. Jangan buat alasan,kalau mahu..memang jadi kan. Saya ni memang tak fikir pun pasal menu raya.huhu.
Ada 2 batang, 1 SS Minta anak bagi kat Jiran yang memang nak bagi.
.
SS kata zaman dia kecil dulu.
Siapa tak puasa duduk bawah.
.
famili saya, time makan semua kena makan. Supaya hanya satu tempat yang perlu dibersihkan. Eh..tak. famili saya puasa atau tidak, makan Sama Sama. Bagi saya memori puasa masa Kanak-kanak saya terlalu indah. Tiada pula perasaan ingin berbuka, walau lapar... Terima kasih mamak bapak,bagi Kami ingat memori berbuka puasa sebagai sweet memories.
.
Adli tu dia makan beberapa gigit...Lepas tu buang...sabar jaklah tukang sapu..
Cita cita saya nak tunjuk dekat anak, cara anyam ketupat, tapi tak pernah buat...kah. ni ketupat jiran bagi, dia masak delay air santan rasanya. Sebab berlemak ok..
.
Meja memang sesak dengan segala makanan dan minuman...ah...kena sediakan troli kah camana ni... supaya ada penjarakan sosial disitu....
.
Tu kuih raya, dapat makan setengah sahaja..berabis ya abam pi makan
.
Malam tu, mereka pi solat Di surau..Ada solat tasbih rasanya.
.
Saya konon nak cari baju Raya. Tunggu mereka balik...huhu.
.
Sekali
Kedai kain tu tutup.
Saya ni tak suka pakai baju baru...tapi, kalau tengah semangat...na....memang sesunggunya...
.
.
Bila kedai tutup, Waafa Tanya berulang, kenapa abi tak belikan umy baju?.
.
Tanya abi.
.
"Dah Tanya. Abi kata,abi orang miskin...abi tu jawab berguraulah umy..."
.
.
Sebab kecewa.. balik Tu Rasa takda semangat. Semangat yang sama macam Raya tahun 2020, dengan menunggu hari lahirkan Adli...semangat ok tahun lepas tu.
.
.
Rasa tak mau buat apa apa. Sedih amat.
.
.
Baju baru anak lepas subuh baru nak basuh...perangai.
.
.
Nasiblah ada juga SS Beli kue Raya...
.
.
.
1 Syawal
Lepas subuh..tak buat apapun. Lauk Dan makanan berbuka semalam Ada lagi.
.
Eh sempat masak ayam masak tomato. Masak sikit. Anak anak ni, segar Dari dapur baru semangat makan.
.
Anak anak, bangun macam blur juga . Saya cakap pi mandi sunat Raya...
..
.
Siap masak. Pagi tu, Ramai jiran bagi menu Raya...rendanglah ya. Nasi impit ketupat. Mee Utara pun Ada.
.
Aihhhhh...kena masak juga Kita ni..nak bagi menu wajib kita. Coto...kih kih.
.
.
Daging dah Ada. Order 1kilo saja...batang pinang dan isi. Itupun order awal. Nasiblah Ada.
.
Niat mau buat rendang daginglah.
.
Tapi,kalau buat rendang..mana cukup ni.
.
Maka semua buat coto saja.
.
SS suruh campur dengan kambing. Dia mula mula suruh masak kari..'bang, I ni masak nak bagi orang berfikir sikit. Kalau bagi dia, I confident la.'
.
Ala masalah macamana...kambing kot, orang akan makan juga... Senang betul jawapan beliau ya.
.
.
Lastly masak coto sajalah.
.
.
Aktiviti 1 Syawal
SS sejak subuh dah start mengemas. Mesti beliau stress, dah kemas...macam tak kemas kemas juga ni🤭.
.
.
Sebelum Tu, solat raya dulu...
Niat umy nak bawa pagi tadi pi jalan jalan tengok orang solat Raya...tapi tiada support dari member.mana tau Ada ruang, boleh solat...surau Taman lain Ada buat solat Raya kot...
.
Kita buat saja dirumah.
Bila Minta SS baca khutbah,macam macam alasan. Eh.... Benda boleh Google pun...
.
Nak ambil gambar pun struggle kita.
.
Siap baca doa...depa sambung main. Kereta Madia kan baru lagi...semua berminat ya....
Kita ajak bersalaman.
Depa blurr...
Anak bagi duit Raya, baru datang.
Abam ni penyegan... kita mana biasa buat aktiviti salam begini di pagi raya...hai...kena amalkan lah... Hehe.
.
Makan makan...masak masak...
Lepas Asar Kita hantar makanan
Dan pi bergambar.
Tips bergambar ni...jangan stress... Buat jak banyak Kali.
Kalau anak anak tak bagi kerjasama...buat perjanjian..bagi duit Raya lebih ka...makan aiskrim ka.
Sebab Kami tak buat begitu...Tu yg memenatkan mental...kah kah.
.
SS Pula nak 1-1 ambil gambar...dia ni lupa agaknya Kita ni harap timer saja...bukan jurugambar...dengan anak Yang start crunchy sebab panas.
.
.
Balik rumah , tengok Madia 1st baju Raya dia...Rasa alahai anakku..jom bergambar, Adli lagi.... depa ni Masih taat Dan Tiada bantahan. Madia Dari pagi ke petang pakai, walau dah mandi Masih pakai...memang untung belikan dia ni...harga baju depa ni,Sama saja dengan baju dewasa.
.
Adli pun...eiii geram ni...jalan terkedek-kedek.
.
.
Banyak gambar kita snap.
Ni jugalah paling semua ada dan muka ok. Semoga kita diberi kebaikan selalu dan dapat sambut Raya penuh syukur tahun hadapan. Aminn ya rabb.