bismillah.
seterusnya, kita tengok pula perkembangan anak kecil ini dari segi bahasa dan komunikasi.
perlu ingat, yang ini hanya perkembangan asas seorang anak kecil. Jika kita rasa, boleh lagi ditambahkan kemahiran ini..teruskan.
.
1. Bertindak balas dengan permintaan mudah
contoh keadaan, kita nampak anak kecil itu sedang memegang sesuatu barang. Misalnya buku atau mainan. Kita MINTA...dan baby itu berikan kepada kita.
.
.
2. boleh dah membuat gerakan, geleng kepala, tepuk tangan
3 Tahu buat nada bila 'bercakap'
usia ini, budak kecil ni dah boleh belajar bernada bila 'bercakap'. Sebab budak ini sedang meniru bagaimana manusia disekelilinganya apabila bercakap.
.
4. Boleh bercakap 'baba'...'mamma'...'ohhh...' ...'ahhha'.
huruf B,M, P ni antara yang mudah disebut..kerana nak sebut huruf ni..dengan gerakan dua bibir sahaja. Ini kan pergerakan awal mulu untuk bercakap..
.
keadaan ini, membuat ramai pakar bahasa dan komunikasi buat galakan kepada orang tua anak, atau penjaga supaya
i. Selalu bercakap-cakap dengan anak kecil ini
ii. Semasa bercakap tu...berhenti sekejap...supaya bayi ini boleh hadam dan 'respon' dengan apa yang kita cakapkan itu
iii. Bercakap dengan nada yang pelbagai supaya bayi ini mudah untuk mendengar dan meniru bunyi bahasa yang baru
iv. cuba respon benda yang bayi cakap...misalan, bayi cakap ''mamma...nunu...''. Kita faham dia cakap tu merujuk kepada benda yang kita pegang atau dia nampak...kita pun cakap ''ohhh kereta itu bergerak ya....''
.
5. Bercakap semula perkara yang kita sebut
kita sebut ayam, baby pun sebut dalam bahasa dia... baby pegang mainan lori, kita pun sebut ini lori...
ada yang suka-suka borak dan tunggu respon anak kecil ini. Ini pun contoh yang baik kita bonding dengan baby sambil buat anak kecil ini tiru.