bismillah.
.
setiap baby yang lahir di tanah air Malaysia ini. Klinik akan bekalkan 1 buku maklumat dan rekod untuk baby gunakan sehingga mereka habis imuniasasi.
dalam buku itu ada senarai semak yang perlu diperiksa ke atas baby sebelum mereka datang ke Klinik untuk menerima imunisasi.
.
keutamaannya untuk dinilai,apabila anak itu bermain, belajar, bercakap, bertindak dan bergerak adalah kayu ukur kita sebagai ibu bapa menilai perkembangan mereka.
.
Sosial dan Emosi
1. Mula ada perasaan malu dan gementar bila berhadapan dengan orang asing
- perasaan ini dah membiak dalam diri bayi ini sedari umur 7 bulan. Kita boleh tengok dari riak muka dan kelakuan anak ini.
kredit gambar: theconversation.com
kenapa bayi pun dah pandai malu dan gementar?. Sebab kan mereka baru mau up. Itulah bahasa mudahnya. Kita juga selalu guna atau dengar ayat 'lambat panas'.
- banyak cara mahu lalui keadaan ini. Sebagai ibu bapa, yang utama kita kenalah bagi anak itu rasa selesa walau dengan orang lain. Mahu bagi selesa itu, ada kerja diperlukan. Maka, haruslah kita bersabar. Nanti di waktu lain, kita hurai hal ini, ok.
.
2. Menangis bila ibu ayah tinggalkan.
kredit gambar: parents.com
hal ini normal ya. Kalau tidak nangis tu, hah...itu kena siasat lebih. Kita adalah orang kepercayaan kan, bila tiba-tiba tiada di depan mata, itu buat bayi risau. Keadaan ini, diorang dah belajar masa bayi diumur 4-7 bulan. Teori Piaget ada kata pasal benda yang kekal. Jadi bila mak ayah tiada di depan mata, mereka rasa mak ayah tiada. Diorang belum faham yang mak ayah hanya tinggalkan, dan akan kembali Sebab usia ni, mereka belum faham tentang masa.
ada cara untuk bantu anak hadap situasi ini. (terutama yang tinggalkan lama)..ala untuk yang buat kerja dirumah pun sama saja.
- jaga perut, kesihatan anak.
- ada waktu yang tetap. pastikan anak ditinggalkan (pusat jagaan, pengasuh) dalam keadaan diorang ok. Mungkin ketika perut dah kenyang dan anak dah bersedia mahu beraktiviti
- tinggalkan anak dalam keadaan baik dan tenang. Ada keadaan yang mak ayah yang tinggalkan dalam keadaan tergesa-gesa, siap pakej manipulasi. Misalnya tinggalkan anak masa anak tengah seronok main... atau anak tengah tidur atau leka buat benda lain. Ini tidak bagus untuk perkembangan emosi anak itu. Benda ni panjang kalau nak hurai. Yang utama kita tetap kena anggap anak ini faham dan boleh mengerti. Sebab memang mereka boleh faham, kenapa kita perlu tinggalkan.
.
3. Ada orang yang disenangi
normal keadaan, bila bayi ni ada orang 'kesukaan' dia.
kredit gambar: verywellfamily.com
ada yang dibiasakan dengan bantal. .
4. Menunjukkan ketakutan dalam situasai tertentu
-perasaan takut akan buat budak lebih berhati- hati
- normal perasaan ini
- yang buat mereka takut ni, kenalah kenal pasti, mungkin benda baru, bising, benda yang besar...atau apa-apa yang mungkin berbeza dari benda yang pernah ditengoknya selama ini. Ingat anak kecil satu orang, bila atok yang berjangkut ambil..punyalah ketakutan dia...
kredit gambar: babygaga.com
- keadaan ketakutan ini juga boleh mencetuskan tantrum anak kecil itu.... menangis macam kena pukul teruk..padahal sebenarnya sebab takut yang amat.
- ada yang mungkin tengah lapar, sebab ketakutan dengan bunyi guruh yang kuat, terkejut sangat sampai berhenti menyusu...contohnya. Dalam keadaan ini, tiada pilihan lain, kita kenalah tenangkan dulu....peluk lah dulu. Dah lega, baru sambung.
kredit gambar: babygaga.com
5. Pegang buku, dan tunjuk kepada kita ...
ni petanda, kita banyak dedahkan buku dekat anak kecil itu. sampai bayi itu pandai tahu ada apa dalam buku itu yang menarik perhatian dia.
kredit gambar: cdc.gov.com
ada masa satu-satu buku tu menjadi kesukaan bayi itu sebab ada gambar yang dia suka di dalam tu. Caranya kenalah tunjuk buku selalu. Dan secara langsung bayi itu akan menanam minat dengan buku yang disukai.
buku untuk usia ini, mestilah yang mesra dipegang, gambar besar dan jelas. Sebaiknya gambar yang realiti.
.
6. Mengulang-ulang bunyi dan kelakuan untuk menarik perhatian kita
comel saja kan budak kecil ni... kadang kita saja buat tidak dengar, maka kedengaran lah bunyi dia tu. Kalau Adli ni sampai pandai sebut "mamma...mammma" untuk menarik perhatian. Bila kita sebut mamma...dia mamma, dia boleh buat tidak tahu pula.
.
7. Dah tahu angkat tangan atau dalam keadaan bersedia, jika kita mahu pakaikan baju
salah satu kemahiran berkenaan dengan motor halus, boleh dinilai dengan kemampuan ini. Jadi, jika anak-anak seperti bersedia untuk dibukakan baju, itu tanda mereka sedang belajar melembutkan anggota badan. Selepas itu mereka perlahan akan belajar memakai kasut, stokin dan lain lain. Untuk Adli, baru jelas untuk bahagian kasut. Bila kita kata jom pakai kasut, baby ini akan nampak kaki dia..tanda bayi ini sedar yang perlu bersedia memakai kasut ialah kakinya.
.
.
8. Dah pandai main "peak-aa-boo".
kredit gambar: thesuccesfulparents.com
ramai galakkan kita kerap main permainan ni. Ini kerana antara kebaikan permainan ini, akan membiasakan anak kecil dengan konsep parents itu ada, walau hilang sekejap. Dalam teori psikologi Erikson, budak kecil umur 1 tahun ni belajar tentang asal kepercayaan, ada kepercayaan yang terbina dalam aktiviti ni.