bismillah.
Boleh tengok sini untuk perkembangan kanak-kanak 1 tahun dari aspek sosial dan emosi dan untuk perkembangan bahasa dan komunikasi.
.
kita teruskan untuk melihat perkembangan dari aspek kognitif, pemikiran dan dan menyelesaikan masalah pula
.
1. Meneroka perkara atau benda dengan cara berbeza, seperti mengoyang-goyangkan benda,, bunyi bunyi dan membuang barangan yang dipegang.
Keadaan ini kerana pada masa ini, budak comel ni tengah buat eksperiman yang mendalam dan terperinci tentang benda yang dia termukan. Jadi budak comel ni pun jatuhkan nasi, jatuhka apa-apa benda yang dibagi. Dia pi gulung-gulung, goncang-goncang, lempar, tenggelamkan dan lambaikan objek itu.
Benda ni nampak macam "eh biasalah budak main...".Tapi, itulah tahap tertinggi budak ini, ia penting dan menunjukkan mereka telah capai apa yang sepatutnya budak umur 1 tahun buat. Budak buang buang nasi, tunggang dan keluarkan semua kain dan buka buka dan keluarkan isi laci.
kredit gambar: 123RF.com
2. Mudah menjumpai benda yang disembunyikan
kredit gambar: parenting.firstcry.com
Fasa sebelum ni, budak comel ni belajar tentang objek kekal dan tidak. Jadi di fasa ini, budak ini mula faham akan makna kekal. Benda itu sentiasa ada disitu, selagi tidak bergerak, itu pemahaman budak kecil ni.
.
Namun, ada kekurangan dia juga. Benda tu akan ditemui untuk tempat yang biasa kita sembunyikan.
misalnya kita suka bersembunyi di balik pintu, budak akan temui kita disitu bila kita bersembunyi. Tetapi, bila kita ubah kebiasaan ini, budak ini akan gagal jumpai kita.
3. Boleh 'pandang' benda atau gambar bila kita sebut
ada sesetengah ibu ayah atau penjaga, akan selalu bagi buku yang sama. Buku tu biasa yang ada gambar-gambar yang besar dan jelas. (tidak semua buku sesuai untuk budak ini). Buku yang gambar betul dan jelas adalah yang terbaik.
.
contoh buku ni. Gambar dia sebesar buku tu.
kredit gambar: pinterest Who Arted
contoh gambar buku jenis kain, boleh dicuci, boleh cari di
Lazada
4. Boleh tiru pergerakan badan
kredit gambar: mamaneutral.com
bila boleh tiru, ini tanda motor halus anak dah meningkat, mata dan telinga dah boleh guna dengan baik.
5. Mula menggunakan tingkah yang betul. Contoh nak minum guna cawa, sikat untuk sikat rambut
kredit gambar: https://parenting.firstcry.com
ada yang sejak awal hanya gunakan straw atau botol. Ini mungkin ada kesukaran sikit.Ia tidak sama dengan anak kecik yang awal-awal didedahkan gunakan cawan untuk minum.
untuk budak sikat rambut, biasa sebab mak ayah atau penjaga sikatkan rambut. Atau selalu nampak orang disekeliling sikat rambut guna sikat rambut itu.
kredit gambar: AliExpress.com
6. Boleh 'ketuk' dua benda untuk hasilkan bunyi
kredit gambar: parenting.com
ini adalah kemahiran baru mereka. Budak merasa terhibur dengan bunyi yang dihasilkan dari usaha sendiri. Kita sebagai orang penting, haruslah turut bangga dengan pencapaian mereka. Maka kita harus dong, senyum panjang lebar kepadanya...sebagai tanda sokongan yang padu.
7. Boleh masukkan benda dalam bekas dan keluarkan benda dari bekas
kredit gambar: loveevery.com
ada saja mainan jenis ni dijual. Tapi jangan risau, banyak sahaja alatan dirumah sendiri boleh digunakan
8. Boleh lakukan benda dan tindakan tertentu tanpa bantuan
selain boleh berdiri, boleh naik tangga. Kelakuan semasa beraktiviti juga, budak ini dah mula belajar tanpa bantuan orang lain
kredit gambar: https://raisingchildren.net.au
9. boleh menunjukkan benda dengan jari telunjuk
10. Faham dah arahan, "tolong kutip mainan".