bismillah.
sebelum ni dah tulis sikit perkembangan lain untuk budak 8 tahun. Bahasa dan komunikasi dan kognitif dan pemikiran.
Seterusnya, kita tengok pula perkembangan yang juga penting, iaitu kemahiran sensori dan perkembangan motor.
.
banyak perbincangan tentang motor ini. Insya Allah kita akan huraikan di ruangan lain.
.
1. Boleh pasang tali kasut dan ikat tali kasut
Antara sebab kanak-kanak digalakkan memakai kasut bertali, kerana memakai tali kasut ini memerlukan kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan.
Antara tips untuk menggalakkan budak memakai kasut bertali.
- pilih tali kasut yang berwarna warni
- video sebagai mode
- tali kasut yang berlainan warna
2. Boleh lukis bentuk permata
bentuk diamond, adalah bentuk yang menghimpunkan semua kemahiran pra-menulis budak.
3. Boleh lukis manusia dengan ciri-ciri manusia yang sempurna
kemahiran melukis ini amat penting dan harus diutamakan kepada budak 8 tahun. Dengan melukis budak menunjukkan kemahiran mereka yang pelbagaai, termasuk motor pada tangan, kemahiran berfikir dan pemahaman mereka akan bentuk -bentuk di sekeliling.
4. Memiliki peningkatan kemahiran dalam hobi, bersukan, dan aktiviti bermain.
ini antara kemahiran yang mereka perlukan untuk terus tumbuh menjadi manusia yang penuh kemanusiaan. Bayangkan kalau hanya punya hobi dan hari-hari diisi dengan menghadap skrin dan gadget?.