15 July 2021

perkembangan kanak-kanak 8 tahun- kognitif

 bismillah.


perkembangan kognitif  ini merujuk kepada cara minda atau pemikiran kanak-kanak bertindak dan berfikir.Ada yang kata ni sebagai kemahiran akademik. Tidak, akademik itu adalah sub kepada kognitf. Kognitif ini amat luas. Sebab itu, untuk menjadikan akademik sebagai sesuatu yang boleh dinilai dengan akademik. Ia adalah kerja berat.

.

lihatlah silibus, bagaimana guru mengajar atau  menyampaikan ilmu itu (pedagogi). Inilah bab kritikal perlu dinilai, sebelum kita setuju, akademik ialah kognitif.



1. Budak 8 tahun, mestilah dah boleh mengira 1 sehingga 99..

2. Budak dah kenal hari dalam seminggu. Walau mereka biasanya, belum tahu secara menyeluruh tentang haribulan secara penuh dan tahun.

ada guru yang mula memperkenalkan, dengan menulis di bahagian atas papan tulis, ada buku latihan. ini mungkin belum berjaya menjadikan budak ini tahu tentang haribulan dan bulan serta tahun.

tapi, ini antara kaedah yang menyebarkan kesedaran. Good!

kredit gambar: parenting.firstcry.com


.

3. Budak dah boleh membaca perkataan pada perenggan yang yang mudah

ya, ada juga budak yang sangat laju membaca. Mungkin mereka sudah berjinak dengan membaca lebih awal kan. 

Tapi, jangan panik, kalau anak masih membaca buku-buku atau perenggan yang pendek. Kerana, itulah tahap sepatutnya meraka kuasai.

yang utama, anak berasa gembira atau suka dengan kemahiran ini. Ada 


4. Boleh selesaikan operasi tambah tolak yang mudah, tidak lebih daripada 10

ni  sebenarnya, memupuk kemahiran menaakul. bukan semata faham tambah tolak. Tapi maksud operasi tambah dan tolak

Bolehlah gunakan jari jemari sebagai alat mengira.

kredit gambar: kodomomath.com


5. Boleh bezakan kiri dan kanan

kita yang muslim, senang sikit bab ni. Sebab kita kan makan guna tangan kanan. Cuma ada sahaja bermacam-macam kaedah untuk ajar anak ini tentang beza  kiri dan kanan. Selagi hidup kita guna pemahaman ni. Jangan segan belajar, kaedah lain lain...budak kan sejenis pintar seawal usia.


kredit gambar: http://meetthesqueebles.blogspot.com



6. Dalam pemahaman budak tentang hal-hal yang kompleks, mereka hanya ada hitam atau putih. Tiada di tengah tengah, atau pilihan lain.