Bismillah.
.
sebelum ni ada tulis sikit tentang kemahiran berbahasa dan komunikasi , kognitif dan pemikiran, sensori dan perkembangan motor
kali ini masih dalam perkembangan bahasa dan komunikasi. Dalam hal lain lagi...semoga bermanfaat.
.
Mari kita sambung, untuk bahasa dan komunikasi ini, selain kena selalu borak dengan budak ni, kena juga galakkan mereka membaca buku. Kerana dalam buku ada banyak perkataan yang mungkin baru bagi anak-anak, atau selama ini mereka belum faham makna atau tujuan perkataan itu. Dengan membaca, mereka akan dibiasakanlah dengan maksud atau kegunaan sesuatu perkataan.
.
1. Budak ini fasa fokus dan menyerap bahasa ibarat span
- antara cara untuk menjadikan budak ini fokus, bukan suruh duduk diam donga ko membebel, atau tengok video.....
- cara untuk fokus, ialah sentiasa bagi budak bijak ni berjalan setiap hari. Ini membantu kanak-kanak untuk fokus.. eh camano tu?.
- sobab bila kaki berjalan, dia tidak melibatkan kaki saja...banyak anggota badan sekali terlibat. Inilah membantu boost otak untuk berkembang kefungsian dio... Ada satu kajian yang dibuat, tunjuk pada budak yang siap brisk walk, otak mereka menjadi lebih bersambung sel-sel dio..bukan minum susu tu...tu iklan ayat minta kita percaya minum susu baik untuk otak...hemmm
- sebenarnya, otak kita perlukan oksigen lebih. Sebab darah kan...eh...camano nak terangkan ni. Kena baca kajian Hilman, Pontifex, Raine, Castelli, Hall dan Kramer (2009).
- Boleh baca kebaikan berjalan kepada kemampuan fokus dan otak. Banyak sebenarnya. Kita sendiri sebagai orang dewasa, boleh merasainya, bila buat.
2. Budak ni akan mula meningkat kemahiran dia dalam menyebut perkataan dan susunan ayat dalam penyataan. atau perbualan.
- makanya, silakan dong diperiksa kalau dalam silbu buku bahasa mereka, ada tak pelajaran yang menggalakan budak ni menyebut perkataan??. Sefaham saya ada...tapi perkataan itu terlalu susah untuk digunakan dalam sehari-hari...hu hu.
- Antara cara untuk meningkatkan kemahiran menyebut perkataan, selain membaca kuat (Read Aloud), Tongue Twisted pun bagus.
- Pada umur ini, mereka sangat senang menyusun 4 perkataan atau lebih dalam perbualan. Makin banyak pendedahan dengan buku, video perbualan,makin mereka belajar
3. Kemahiran membaca ini budak sudah lebih canggih.
- Lagi kalau penjaga jenis melayan anak berbual-bual, membaca, atau bersoal jawab
- Tapi, sebab mereka kan 8 tahun baru, bukan 18 tahun. Jadi secanggih mana pun perkataan mereka, mereka sebenarnya masih belum faham mendalam makna perkataan itu. Jadi, jangan marah-marah ya...kalau anak macam blurr pemahaman.
4. Mereka mula faham dalam perkataan itu ada makna lebih dari satu
- makanya, sebagai manusia dewasa. Elakkan la ber-sarcasm ketika anak ini melakukan kesalahan. Walau di usia ini, budak ini faham maksud kita tidak memuji atau sedang marah. Tapi kaedah sarcasm sangatlah jahat dan penuh dengan ejekan yang membunuh. Nauzubillah....moga Allah pelihara lidah kita.