02 February 2010

Terminal 1

Terminal 1~ tempat mulanya langkah bertapak

Seperti biasa. Hari Sabtu. Jika tidak Outing.
Saya harus memastikan rekod solat Subuh semua penghuni asrama bertanda J.
Jikalau ada yang diragui, akan bertanda S. Solat Sendiri. Jarang sekali yang bertanda X.
Inilah rekod yang harus dipertahankan.

Setiap pagi Sabtu dan Ahad. Selepas Subuh surau itu senyap. Hanya beberapa pelajar yang duduk bertadarus dan ada juga yang berbincang-bincang.
Tidak seperti hari-hari persekolahan. Selepas Subuh, sebelum bersiap ke sekolah. Saya akan duduk di Surau itu. Memerhatikan adik-adik Tingkatan 1& 2. Masing-masing memegang Quran. Ada juga yang masih merangkak memegang Iqra.

Beberapa pelajar, terutamanya yang sangat liat memegang kitab Allah itu, akan menunjukkan gaya bersungguh-sungguh. Ada juga yang perlahan suaranya. Mungkin takut kalau sebutannya silap.

"..yang tidak tahu..cari kawan yang tahu..bukan duduk jauh-jauh". Saya pun sebenarnya, kurang faham dalam penguasaan ilmu berkenaanya.
Keadaan itu, walaupun nada saya biasa, namun Alhamdulillah yang tadinya kalut dan takut-takut mengesek punggung mencari kawan yang tahu mengaji.

Kesian.
Mereka ini kebanyakan orang kampung. Yang di rumah memang bukan sahaja tidak solat. Tetapi juga jarang menyentuh 'The Letter From Allah'.


"..bagaimana mahu menjadi orang berjaya, kalau solat buat sebab terpaksa, Quran tidak dibaca..". Ada masanya saya HARUS menjadi motivator. Mendorong rakan-rakan lain untuk sama-sama menunaikan rukun fardhu itu.

"..saya berhak mendenda disini, bukan sebab saya benci kamu..bukan sebab saya suka mendenda, tapi..saya tidak mahu ada persoalan dari Allah kelak disana".
Terkulat-kulat wajah-wajah yang takut didenda.
Denda 'ikut suka aku' adalah berat untuk mereka yang sengaja tidak solat.
1 tag nama yang besar akan digunakan semasa ke dewan untuk makan.
'Saya tidak solat Subuh hari ini'.

Baru sekarang saya tahu akan tahap malu mereka yang memakainya.
Ini selalunya berlaku pada pelajar tingkatan 1.
Yang memang merasakan berat untuk menunaikan solat.

Biasanya, sebelum didenda. Mereka akan disuruh Qadha solat yang ditinggalkan. Ada AJK yang memerhati.

Selepas hari pertama. Saya akan menemui adik itu secara personal.
"esok..mahu lagi guna tag itu( kad manila)?". "tidak...saya malu.." "malu?..sebab Aspura nampak?" Yang jujur. Akan mengangguk. "dengan Allah juga harus lebih malu dari itu..". Inilah aya yang selalunya akan membuat mereka berkerut. Tanda kurang faham.

"takpa..nanti jumpa kak bla..bla..tanya maksud ayat itu". Pendekatan ini secara tidak langsung, saya cuba membiarkan kakak senior terliba sama dalam pembentrasan gejala tidak solat dan peluang untuk mereka memberikan motivasi kepada adik-adik yang mungkin mengalami kejutan budaya.

Saya dilabel terlalu TEGAS. Tiada Kompromi. Mendatori.
Pelbagai label.

Ketika itu saya seperti bendul.
Membiarkan mulut-mulut orang yang tidak pernah puas hati dengan kaedah saya.
Biasanya mereka ini kaki umpat. Hanya berani dibelakang. Bila berhadapan semuanya mati kutu.

"..kamu terlalu tegas..sabtu ahad..sesekali solat sendiri, apa salahnya..". Seorang Ketua Pelajar menegur.

Kewajipan berjemaah untuk solat Subuh, Maghrib dan Isyak setiap hari. Bukan sahaja tidak disenangi oleh adik-adik, tetapi beberapa senior. Termasuk ketua pelajar sendiri.

"kak..ini ayat kakak atau ayat untuk orang lain..?". Saya bertanya, ketika sama-sama bersarapan di hari Sabtu.

"ayat saya dik..." Dia tersengih-sengih.

"adakah sebab akak tidak terkecuali dari denda,?". Saya bertanya. Betul-betul ingin tahu.

"ya dik..sepatutnya akak terkecuali...akak bukan sengaja...tertidur..". Dia masih senyum.

Saya membalas senyumannya. Bukan tiada orang yang mengajutkan. Cuma 'dia' yang menyambung semula tidurnya. Akibatnya, Subuhnya berseorangan.

"..lain kali, saya akan cuba pastikan tukang kejut akan kejutkan kakak..dan..kakak akan jadi imam Subuh Sabtu dan Ahad..".

Dia mengangguk.

Tentu dia malu. Dia sebagai ketua Pelajar terpaksa bersama-sama pelajar-pelajar lain, yang kebanyakannya adalah adik-adik tingkatan 1 yang sememangnya TIDAK SOLAT di rumah. Menyediakan hukuman itu adalah suatu yang berat.
Namun, untuk memastikan penghuni asrama semuanya menunaikan tanggungjawab Fardhu. Saya memaksa diri untuk bertegas.
Bukan mudah memaksa manusia. Namun, itu adalah tanggungjawab setiap individu muslim. Soal dirumah adalah soal mereka. Tapi, disini adalah tugas saya. Saya harus menjadi diktator. Jika tidak.
Saya pun tidak pasti. Berapa banyak insan-insan yang berjaya dalam pelajaran, tetapi musnah dalam tanggungjawab fardhu itu.

"kak...kalau tidak solat langsung pun bukan masalah bagi saya...".

Sebenarnya, itu adalah tarbiyyah. Jika ada peraturan begitu ( sabtu ahad bebas). Saya jamin. Akan ada buku rekod solat bertanda X.

Nadanya, saya selalu merasakan tekanan. Saya bukan hanya perlu menjadi role model. Tetapi senior-senior lain juga harus begitu. Terutamanya yang terkenal dengan kehebatan dalam akdemik.

Di Terminl ini. Ilmu dipupuk. Moga tiada dendam yang tersemat.