22 February 2010

"nah..makan cepattt..". Eid menyuakan nasi panas+ikan masin goreng. Hasil penat dan lelahnya.

Ted terus menyambut. Seharian dia menahan perutnya. Sehingga langsung tidak larat untuk berdiri.

"semalam tidur sini sorang-sorangkah?". Suara Eid sudah mengendur. Dia hanya memandang Ted yang seperti pelarian itu.

Ted angguk. Sungguh berselera. Sesekali dia meniup nasi yang kelihatan berwap itu.

"petang ni, ikut saya, kita gi memancing kat kebun, sana banyak ikan...ada mak, ada ayah, ada adik, taperlu duduk sini sorang-sorang.."

Ted angguk.

"nanti baju sekolah bawa sekali..buku-buku..kita gi sekolah dari sana...biar jauh asal ada orang nampak ..". Eid sudah berdiri. Buku-buku Ted yang bersepah dikemas. Dimasukkan ke dalam beg Ted.

Ted senyum. Dia rindu masakan mak. Rindu bergurau senda dengan adik-adiknya. Seharian dia menunggu kepulangan mereka. Rupanya mereka berkampung di kebun baru itu.

Semalam dia tidur dalam ketakutan. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Menahan rasa takut dan lapar yang ditahan sejak dari sekolah lagi.
Mujur Eid datang. Kalau tidak mungkin dia akan pengsan.


suatu masa dulu,
semangat itu menyala,
mendidik diri lebih berani,
lebih berjiwa

No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...