10 February 2010

bait janji

"apa janji kita?". Ara menunjukkan jari kelingkingya. Berkuku hitam. Yang menjadi kuman bertapak.

"kita janji..kita tidak akan gaduh lagi..kita tidak kutuk-kutuk lagi..". Asma melekatkan jari kelingkingnya yang berdebu ke tangan Ara.

"aku tak kutuk kau, kau yang mula dulu..." Ara menarik tangannya.

Ada rasa tidak puas hati.

"kau kutuk aku ni pengotor..kau kata aku tak pernah mandi..". Ara membetulkan rambutnya yang ditiup angin. Rambutnya yang keras mudah sahaja dibetulkan. Ada bintik-bintik kecil pada rambutnya.

Asma diam.

"kau kutuk aku...kau kutuk mak aku...kau pulau aku..kau..kau...". Ara sudah hampir menangis. Dia duduk mencangkung.

"ok...aku tidak akan buat lagi..". Asma menunjukkan jari kelingkingya. Ara menyambut dengan jari kelingkinya yang berdebu sama seperti jari Asma.

Ara diam. Air matanya yang tadi hampir mengalir. Ditahannya.

"ini janji kita...". Asma memegang bahu Ara. Ara hanya senyum.

Bukan kali pertama Asma berjanji begitu. Tapi sudah berkali-kali. Sehingga Ara merasakan Asma adalah bukan manusia biasa. Tetapi manusia yang dipenuhi hasad dengki dan tidak mungkin akan menjadi temannya sampai bila-bila. Cukup bukan menjadi musuh. Titik. Ara berjanji. Bait-bait janji yang tertanam manis di mulut Asma hanya sebentar.


Dia membiarkan jari kelingkingya bertaut.

No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...