06 February 2010

"adikkk...ini keropok...!!". Pakcik Itam menjerit.

Adik yang sedang khusyuk menconteng buku-buku sekolah terus bangkit.

Suara itu yang ditunggu-tunggu.

....................................

Adik melompat keriangan.
Hadiah keropok pemberian Pakcik Itam sangat mengembirakan.
Hampir 10 bungkus keropok terisi di dalam plastik pemberian Pakcik Itam.


"adikk...nak sikit..". Awang menadah tangan.

Adik menunjukkan muka 'kedekut'. Dia memilih keropok yang paling kecil bungkusannya.

"nah..". Adik menyerahkan kepada Awang.

Awang tersenyum. Dia mengimpikan keropok perisa Udang yang dipegang Adik.

" nak yang tu...". Awang menunjukkan ke arah keropok bungkusan besar di tangan Adik.

Adik geleng kuat-kuat. Keropok itu disukainya. Setiap hujung minggu Pakcik Itam akan membawakan untuknya.


Gedebuk!.
Adik jatuh terduduk. Plastik yang berisi pelbagai bungkus keropok juga terjatuh.

Awang terus berlari dengan laju.
Keropok itu dipeluknya erat.


"wawaawa...".Adik meraung kuat. Seluruh pokok padi yang mengelilingi pondok kecil itu seperti mengerti. Pokok-pokok padi melambai-lambai. Seperti ingin menghalang larian Awang.

"ayahhhhhhh...!!!". Adik menjerit kuat. Bagai halilintar.

Pakcik Itam lantas menoleh. Ayah masih tekun dengan kerja-kerjanya.

"lihat anakmu...seolah-olah aku mendengar suaranya..". Ayah terhenti. Dia ternampak Adik seperti kawad kaki di pondok kecil itu. Pondok yang didirikan untuk menjadi tempat berehat. Suara Adik sangat menjengkelkan.

"..kenapa adik?". Ayah bertanya. Padi yang dipegangnya dilepaskan. Ayah bercekak pinggang.

"Awanggg...!!". Suara adik tenggelam dengan dengan tangisannya.


Awang yang sibuk membantu disebelahnya, hanya tersenyum-senyum.

"ini kenapa..? bahagia tengok Adik nangis?..". Ayah memarahi Awang. Awang masih tersenyum. Padi yang dipegangnya terus dihempas di kayu. Untuk memisahkan padi dan pokok padi.

Suara Adik sudah senyap.

Ayah, Pakcik Itam dan Awang sibuk berkerja menghempas padi dengan sepenuh kudrat.

"ayahhhh". Suara Adik dalam sendu. Air matanya sudah mengering.

Ayah memandangnya.

"tadi abang rampas keropok adik...". Jarinya telunjuknya yang comel menunjuk ke arah Awang. Awang yang berdiri disebelah ayah, seperti tidak mendengar report Adik.

Ayah berhenti untuk minum.

"ayah...tadi abang rampas keropok....". Adik mendekati ayah. Bau peluh ayah sangat menganggu hidungya.

"..ehh..banyaknya keropok adikk..". Awang mengenyitkan mata. Dia juga berhenti rehat. Tanganya pantas mengambil gelas yang telah digunakan ayah.

"ahhhh!!!!!". Adik membentak. Tangisannya bersambung lagi.

......................................................................

"aku dengar suara anakmu...". Pakcik Itam mengadu.

Mereka bertiga memandangnya.

"kenapa anakmu menangis..?". Pak Itam menyoal.

Awang pantas melarikan diri ke arah rumah. Matahari hampir tegak. Masa untuk berehat. Tentu ada masakan yang enak akan dijamu nanti.

Adik mengejarnya.

Meninggalkan ayah yang kebingungan.

"aku tidak nampak anakmu...aku hanya mendengar suaranya..". Pakcik Itam sudah duduk disebelah. Dia atas jerami padi yang mula membukit.

Ayah menggeletar. Pakcik Itam bukan buta.

'sudah dekat ajalnya'. Ayah hampir menitiskan air mata.

"Itam...jom kita balik..dah nak Zuhur ni..". Ayah mencuit bahu Pakcik Itam.

Pakcik Itam bangkit.

"aku tidak nampak langit dah..matahari pun..semuanya berbalam-balam". Pakcik Itam mengeluh.

Ayah mengetap bibir.

Ya. Ajalnya sudah menghampiri.

"tulah Itam...sudah masanya kita harus berehat...kita akan meninggalkan dunia ini...".
Air mata ayah tumpah.

Seingatnya, jarang benar Pakcik Itam menunaikan rukun Iman yang kedua itu.

"anak-anakmu sihat Itam?". Ayah berjalan seirigan dengannya.

"a'ah..semuanya sibuk berkerja...tinggal si bongsu itu saja, dialah peneman ibunya..". Pak Itam berjalan agak lambat.

"Itam...". Ayah kehabisan idea.

........................................................................................

"abang..mana Pak Itam?..kenapa tidak datang lagi..hari ini kan hari Minggu..?". Adik bertanya. Awang yang sibuk memilih cacing mendongak ke langit. Mungkin dalam pukul 9 pagi.
Waktu beginilah Pakcik Itam akan datang ke sawah itu. Untuk membantu ayah.
Tapi, padi sudah habis di tuai.
Mungkin Pakcik Itam juga ingin berehat bersama keluarganya.

Mata kailnya pantas diletakkan cacing.

"Pakcik Itam rehat kot..". Awang mencampakkan mata kailnya ke dalam sungai.

"tapi..semalam saya mimpi..Pakcik Itam kata nak pergi jauh..". Adik duduk mencangkung. Setiap hujung minggu Awang akan membawanya ke situ. Mengail bermacam-macam jenis ikan.

"mungkin Pakcik Itam nak meninggalkan kan abang..". Adik berkata seperti diluar sedar.

"apa adik kata..?". Awang baru tersedar.

Adik memandang Awang.

"kata apa pulak?".


.........................................

"ikan tu simpan letak garam banyak sikit..balik nanti ibu goreng..". Awang terpinga-pinga. Ibunya sudah bersiap-siap. Ayah juga bersiap sama.

"ibu nak ke mana..nak ikut..?". Adik cepat-cepat memeluk kaki ibu.

"ibu nak ke hospital...Pakcik Itam dah nazak..Awang jaga adik, jangan main api..kalau lapar..ada nasi dalam bekas tu..".

Adik melepaskan pelukannya.

"kirim salam kat Pakcik Itam ya bu..".


............................................

peluang hidup yang banyak dibiarkan.