27 July 2021

Bilik Sewa Melaka

 Bilik Sewa  Non- Sharing Melaka

 Bilik Sewa Melaka

 Bilik Sewa Cheng Melaka

 Bilik Sewa Cheng Ria Melaka

.

Apartmen Cheng Ria, Cheng Melaka
Level 2
Room B - RM 250
Room C - RM 270
Washing machine
Freezer
Cooking
Sofa
Deposit 2 months + Utility RM 100
please inform: 0197158234















19 July 2021

Perkembangan kanak-kanak 8 tahun- Bahasa dan komunikasi

 Bismillah.

.

sebelum ni ada tulis sikit tentang kemahiran berbahasa dan komunikasi , kognitif dan pemikiran, sensori dan perkembangan motor

kali ini masih dalam perkembangan bahasa dan komunikasi. Dalam hal lain lagi...semoga bermanfaat.

.

Mari kita sambung, untuk bahasa dan komunikasi ini,  selain kena selalu borak dengan budak ni, kena juga galakkan mereka membaca buku. Kerana dalam buku ada banyak perkataan yang mungkin baru bagi anak-anak, atau selama ini mereka belum faham makna atau tujuan perkataan itu. Dengan membaca, mereka akan dibiasakanlah dengan maksud atau kegunaan sesuatu perkataan.

.

1. Budak ini fasa fokus dan menyerap bahasa ibarat span 

- antara cara untuk menjadikan budak ini fokus, bukan suruh duduk diam donga ko membebel, atau tengok video.....

- cara untuk fokus, ialah sentiasa bagi budak bijak ni berjalan setiap hari. Ini membantu kanak-kanak untuk fokus.. eh camano tu?.

- sobab bila kaki berjalan, dia tidak melibatkan kaki saja...banyak anggota badan sekali terlibat. Inilah membantu boost otak untuk berkembang kefungsian dio... Ada satu kajian yang dibuat, tunjuk pada budak yang siap brisk walk, otak mereka menjadi lebih bersambung sel-sel dio..bukan minum susu tu...tu iklan ayat minta kita percaya minum susu baik untuk otak...hemmm

- sebenarnya, otak kita perlukan oksigen lebih. Sebab darah kan...eh...camano nak terangkan ni. Kena baca kajian Hilman, Pontifex, Raine, Castelli, Hall dan Kramer (2009).

- Boleh baca kebaikan berjalan kepada kemampuan fokus dan otak. Banyak sebenarnya. Kita sendiri sebagai orang dewasa, boleh merasainya, bila buat.

 kredit gambar: https://novakdjokovicfoundation.org

2. Budak ni akan mula meningkat kemahiran dia dalam menyebut perkataan dan susunan ayat  dalam penyataan. atau perbualan.

- makanya, silakan dong diperiksa kalau dalam silbu buku bahasa mereka, ada tak pelajaran yang menggalakan budak ni menyebut perkataan??. Sefaham saya ada...tapi perkataan itu terlalu susah untuk digunakan dalam sehari-hari...hu hu. 

- Antara cara untuk meningkatkan kemahiran menyebut perkataan, selain membaca kuat (Read Aloud), Tongue Twisted pun bagus. 

kredit gambar: https://learning.covoji.com

- Pada umur ini, mereka sangat senang menyusun 4 perkataan atau lebih dalam perbualan. Makin banyak pendedahan dengan buku, video perbualan,makin mereka belajar


3. Kemahiran membaca ini budak sudah lebih canggih. 

- Lagi kalau penjaga jenis melayan anak berbual-bual, membaca, atau bersoal jawab

- Tapi, sebab mereka kan 8 tahun baru, bukan 18 tahun. Jadi secanggih mana pun perkataan mereka, mereka sebenarnya masih belum faham mendalam makna perkataan itu. Jadi, jangan marah-marah ya...kalau anak macam blurr pemahaman.

kredit gambar: https://inspiremykids.com


4. Mereka mula faham dalam perkataan itu ada makna lebih dari satu

- makanya, sebagai manusia dewasa. Elakkan la ber-sarcasm ketika anak ini melakukan kesalahan. Walau di usia ini, budak ini faham maksud kita tidak memuji atau sedang marah. Tapi kaedah sarcasm sangatlah jahat dan penuh dengan ejekan yang membunuh. Nauzubillah....moga Allah pelihara lidah kita.

kredit gambar: https://kids.frontiersin.org


5. Biasanya, bila kita selalu mendedahkan membaca sebelum-sebelum ini, diusia ini mereka akan menjadi lebih minat dan suka membaca pada usia 8 tahun ini!

- jadi, bila di usia ini tidak suka baca buku, atas alasan apapun. Jangan kasi lama, cepat bertindak.. bagaimana bantu anak ini mula suka membaca?!

- contoh buku siri penyiasatan, cerita kehidupan. Misalnya kehidupan seorang kakak yang  ada adik kecil dan haiwan peliharaan.



kredit gambar: Amazon.com





16 July 2021

Perkembangan kanak-kanak 8 tahun- Sensori dan perkembangan motor

bismillah.


sebelum ni dah tulis sikit perkembangan lain untuk budak 8 tahun. Bahasa dan komunikasi dan kognitif dan pemikiran.

Seterusnya, kita tengok pula perkembangan yang juga penting, iaitu kemahiran sensori dan perkembangan motor. 

.

banyak perbincangan tentang motor ini. Insya Allah kita akan huraikan di ruangan lain.

.

1. Boleh pasang tali kasut dan ikat tali kasut

kredit gambar: suorcekids.com.au

Antara sebab kanak-kanak digalakkan memakai kasut bertali, kerana memakai tali kasut ini memerlukan kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan. 

Antara tips untuk menggalakkan budak memakai kasut bertali.

- pilih tali kasut yang berwarna warni

- video sebagai mode

- tali kasut yang berlainan warna 


2. Boleh lukis bentuk permata

kredit gambar: continued.com

bentuk diamond, adalah bentuk yang menghimpunkan semua kemahiran pra-menulis budak.


3. Boleh lukis manusia dengan ciri-ciri manusia yang sempurna

kemahiran melukis ini amat penting dan harus diutamakan kepada budak 8 tahun. Dengan melukis budak menunjukkan kemahiran mereka yang pelbagaai, termasuk motor pada tangan, kemahiran berfikir dan pemahaman mereka akan bentuk -bentuk di sekeliling.


4. Memiliki  peningkatan kemahiran dalam hobi, bersukan, dan aktiviti bermain.

ini antara kemahiran yang mereka perlukan untuk terus tumbuh menjadi manusia yang penuh kemanusiaan.  Bayangkan kalau hanya punya hobi dan hari-hari diisi dengan menghadap skrin dan gadget?.

15 July 2021

perkembangan kanak-kanak 8 tahun- kognitif

 bismillah.


perkembangan kognitif  ini merujuk kepada cara minda atau pemikiran kanak-kanak bertindak dan berfikir.Ada yang kata ni sebagai kemahiran akademik. Tidak, akademik itu adalah sub kepada kognitf. Kognitif ini amat luas. Sebab itu, untuk menjadikan akademik sebagai sesuatu yang boleh dinilai dengan akademik. Ia adalah kerja berat.

.

lihatlah silibus, bagaimana guru mengajar atau  menyampaikan ilmu itu (pedagogi). Inilah bab kritikal perlu dinilai, sebelum kita setuju, akademik ialah kognitif.



1. Budak 8 tahun, mestilah dah boleh mengira 1 sehingga 99..

2. Budak dah kenal hari dalam seminggu. Walau mereka biasanya, belum tahu secara menyeluruh tentang haribulan secara penuh dan tahun.

ada guru yang mula memperkenalkan, dengan menulis di bahagian atas papan tulis, ada buku latihan. ini mungkin belum berjaya menjadikan budak ini tahu tentang haribulan dan bulan serta tahun.

tapi, ini antara kaedah yang menyebarkan kesedaran. Good!

kredit gambar: parenting.firstcry.com


.

3. Budak dah boleh membaca perkataan pada perenggan yang yang mudah

ya, ada juga budak yang sangat laju membaca. Mungkin mereka sudah berjinak dengan membaca lebih awal kan. 

Tapi, jangan panik, kalau anak masih membaca buku-buku atau perenggan yang pendek. Kerana, itulah tahap sepatutnya meraka kuasai.

yang utama, anak berasa gembira atau suka dengan kemahiran ini. Ada 


4. Boleh selesaikan operasi tambah tolak yang mudah, tidak lebih daripada 10

ni  sebenarnya, memupuk kemahiran menaakul. bukan semata faham tambah tolak. Tapi maksud operasi tambah dan tolak

Bolehlah gunakan jari jemari sebagai alat mengira.

kredit gambar: kodomomath.com


5. Boleh bezakan kiri dan kanan

kita yang muslim, senang sikit bab ni. Sebab kita kan makan guna tangan kanan. Cuma ada sahaja bermacam-macam kaedah untuk ajar anak ini tentang beza  kiri dan kanan. Selagi hidup kita guna pemahaman ni. Jangan segan belajar, kaedah lain lain...budak kan sejenis pintar seawal usia.


kredit gambar: http://meetthesqueebles.blogspot.com



6. Dalam pemahaman budak tentang hal-hal yang kompleks, mereka hanya ada hitam atau putih. Tiada di tengah tengah, atau pilihan lain.


13 July 2021

perkembangan kanak-kanak 8 tahun- bahasa dan komunikasi

 bismillah.

.

untuk kali ini, kita beralih ambil tahu perkembangan budak bijak solehah yang umur 8 tahun ini.

usia ini walau dah lepas 'golden time'. Jangan tidak rasa ia emas, ia tetap emas. Selagi budak berada dalam keadaan rebung..bak pepatah Melayu kita itu. InsyaAllah, masih boleh dilentur.

.

sebenarnya, anak-anak ini diorang berkembang mengikut jalan dan acuan yang mereka lalui. Kitalah yang termasuk yang membuat acuan itu.

.

untuk anak -anak ini. Kita boleh guna pakai perkembangan usia 9 tahun juga. Tapi,kita usaha fokus perkembangan untuk umur 8 tahun jugalah.


kita mulakan dengan perkembangan dari segi bahasa dan komunikasi.

1. Untuk umur ini, budak ni dah mengembangkan pemahaman, untuk kesukaran kemahiran berbahasa.

- budak umur ini dia punya fokus dan kefahaman makin berkembang, kalau sebelum ni mereka asyik tertanya-tanya, macam sukar mau hadam, diusia ini mereka dah mula dapat faham. Kalau mereka selalu membaca, atau mendengar cerita dari buku atau orang bercerita, mereka akan bertambah-tambah kemahiran berbahasa. Ini boleh buat diorang, boleh membuat cerita...dengan menulis cerita juga!. Menarik kan....

kredit gambar: https://www.stanfordchildrens.org

- dapat faham ayat atau arahan yang diberikan oleh orang lain

- maka, sebaiknya di usia ini mereka perlu selalu membaca buku-buku..read aloud



2. Mereka boleh diajak berborak dan bercerita.

memang sesuai kalau kembangkan kemahiran yang ada pada mereka di usia ini. Banyakkan berborak dan berbincang

sentiasa lapangkan diri untuk mendengar mereka bercerita. 

.


3. Tanda-tanda amaran 

- bila budak usia ini susah untuk bercakap dengan ayat yang penuh. Sama ada tidak dapat bercakap dengan penuh, atau takutkan sesuatu.

- susah faham arahan mudah. "lepas makan, basuh pinggan...lepas basuh pinggan  pi tukar baju...".

- budak ni, tidak pakai lagi bahasa bahasa yang selalu dipakai. Sebab ada kesukaran kan...ini perlu cakna. 

12 July 2021

Perkembangan Kanak-kanak 1 tahun- Fizikal dan Pergerakan

 Bismillah


Bab fizikal dan pergerakan ini, adalah perkara yang paling mudah untuk dilihat. Jadi, ini adalah mesti lah kita cepat-cepat ambil tahu..terutamanya yang bergelar mak dan ayah.

.

sebagai mak ayah, kitalah orang paling besar tanggungjawab, akan anak sendiri ini.

Ok sebelum itu. Untuk perkembangan sosial dan emosi, bahasa dan komunikasi, pemikiran, cara menyelesaikan masalah.

.

kali ini, kita lihat dia punya perkembangan fizikal dan pergerakan pula:


1. Anak kecil ini dah pandai duduk dengan betul, tanpa bantuan orang lain

Ya. Ini harus dong, kita serius ambil tahu. Ada saja yang dah pandai berjalan pun di usia ini.

Ok yang tu, tahniah dan alhamdulillah.. Thumbs up.


.

Serius. Yang utama tahu duduk sendiri

Kredit gambar: parentlane.com


Sama ada budak comel itu duduk sambil berpaut, sambil pegang apapun cara untuk duduk, yang utama dapat duduk dengan usaha sendiri.

Mungkin duduk tak lama. Budak tu pi merangkak pula.


Apa petanda bila boleh duduk sendiri??

- petanda leher dia dah boleh imbangkan kepala dan badan dia tu

- kaki dah boleh seimbangkan badan dia

- bottom dia dah stabil dan kuat untuk menampung keseimbangan

Semua ini budak comel ni belajar daripada gerakan gerakan sebelum ini, macam meniarap

keseimbangan badan


2. Boleh, menarik benda benda yang berhampiran sebagai 'bantuan' untuk berdiri dan bertatih 

.

Kredit gambar: Bellasorganic.com.au

Yang ni part bahaya jugalah

Terutama tempat yang ditarik itu,macam perabot, alas meja. Sebab budak ni tarik. Bukan untuk main. Dia tarik untuk bantuan. Budak kecil pun tiada pun, belum terdedah dan faham akan bahaya.

.

Maka...elakkan benda itu. 

Mainan atau toys yang boleh membantu, bagus untuk budak, ada saja. Macam meja yang stabil, sofa.

.


 
Kredit gambar: firstcryparenting.com



3.  Sudah boleh bertatih berjalan, secara sendirian

Kredit gambar: parentlane.com


Ini fasa bahaya juga, sebab belum stabil kan...kalau masih belum kuat untuk imbangkan badan sambil berjalan, naaa, boleh sahaja tiba-tiba tumbang si kawan kecil kita ini.


4. Boleh berdiri sendiri

Daripada duduk, budak comel busuk masam ni pandai pula berdiri sendiri. Wah...mantap Pak Abu!

Kredit gambar: Alamy.com




.

10 July 2021

PERKEMBANGAN BAYI 1 TAHUN- KOGNITIF, PEMIKIRAN DAN MENYELESAIKAN MASALAH

 bismillah.

Boleh tengok sini untuk perkembangan kanak-kanak 1 tahun dari aspek sosial dan emosi dan untuk perkembangan bahasa dan komunikasi

.

kita teruskan untuk melihat perkembangan dari aspek kognitif, pemikiran dan dan menyelesaikan masalah pula

.

1. Meneroka perkara atau benda dengan cara berbeza, seperti mengoyang-goyangkan benda,, bunyi bunyi dan membuang barangan yang dipegang.

Keadaan ini kerana pada masa ini, budak comel ni tengah buat eksperiman yang mendalam dan terperinci tentang benda yang dia termukan. Jadi budak comel ni pun jatuhkan nasi, jatuhka apa-apa benda yang dibagi. Dia pi gulung-gulung, goncang-goncang, lempar, tenggelamkan dan lambaikan objek itu.

Benda ni nampak macam "eh biasalah budak main...".Tapi, itulah tahap tertinggi budak ini, ia penting dan menunjukkan mereka telah capai apa yang sepatutnya budak umur 1 tahun buat. Budak buang buang nasi, tunggang dan keluarkan semua kain dan buka buka dan keluarkan isi laci.

kredit gambar: 123RF.com

2. Mudah menjumpai benda yang disembunyikan
kredit gambar:  parenting.firstcry.com

Fasa sebelum ni, budak comel ni belajar tentang objek kekal dan tidak. Jadi di fasa ini, budak ini mula faham akan makna kekal. Benda itu sentiasa ada disitu, selagi tidak bergerak, itu pemahaman budak kecil ni. 
.
Namun, ada kekurangan dia juga. Benda tu akan ditemui untuk tempat yang biasa kita sembunyikan.
misalnya kita suka bersembunyi di balik pintu, budak akan temui kita disitu bila kita bersembunyi. Tetapi, bila kita ubah kebiasaan ini, budak ini akan gagal jumpai kita.


3. Boleh 'pandang'  benda atau gambar bila kita sebut

ada sesetengah ibu ayah atau penjaga, akan selalu bagi buku yang sama. Buku tu biasa yang ada gambar-gambar yang besar dan jelas. (tidak semua buku sesuai untuk budak ini). Buku yang gambar betul dan jelas adalah yang terbaik.
.
contoh buku ni. Gambar dia sebesar buku tu.

kredit gambar: pinterest Who Arted

contoh gambar buku jenis kain, boleh dicuci, boleh cari di Lazada



4. Boleh tiru pergerakan badan

kredit gambar: mamaneutral.com

bila boleh tiru, ini tanda motor halus anak dah meningkat, mata dan telinga dah boleh guna dengan baik.



5. Mula menggunakan  tingkah yang betul. Contoh nak minum guna cawa, sikat untuk sikat rambut

kredit gambar: https://parenting.firstcry.com

ada yang sejak awal hanya gunakan straw atau botol. Ini mungkin ada kesukaran sikit.Ia tidak sama dengan anak kecik yang awal-awal didedahkan gunakan cawan untuk minum.

untuk budak sikat rambut, biasa sebab mak ayah atau penjaga sikatkan rambut. Atau selalu nampak orang disekeliling sikat rambut guna sikat rambut itu.


kredit gambar: AliExpress.com




6. Boleh 'ketuk' dua benda untuk hasilkan bunyi

kredit gambar: parenting.com

ini adalah kemahiran baru mereka. Budak merasa terhibur dengan bunyi yang dihasilkan dari usaha sendiri. Kita sebagai orang penting, haruslah turut bangga dengan pencapaian mereka. Maka kita harus dong, senyum panjang lebar kepadanya...sebagai tanda sokongan yang padu.


7. Boleh masukkan benda dalam bekas dan keluarkan benda dari bekas

kredit gambar: loveevery.com

ada saja mainan jenis ni dijual. Tapi jangan risau, banyak sahaja alatan dirumah sendiri boleh digunakan 


8. Boleh lakukan benda dan tindakan tertentu tanpa bantuan

selain boleh berdiri, boleh naik tangga. Kelakuan semasa  beraktiviti juga, budak ini dah mula belajar tanpa bantuan orang lain


kredit gambar: https://raisingchildren.net.au


9.  boleh  menunjukkan benda dengan jari telunjuk

10. Faham dah arahan, "tolong kutip mainan".