23 October 2013

Pengurus Rumah Tangga

Jurulatih MU dulu nama dia Sir Forguson (aku belasah eja) kan. Macam Dato' lah kan.

Pengurus MU aku taktau menau.

Tapi bukan Sir tulah..kan

gila jadi jurulatih jadi pengurus..silap hari bulan, boleh mental

tapi aku sebagai mak yang baik telah rasmi menjadi jurulatih dan pengurus rumah tangga yooo!

pengurus yang bercita-cita nak kurus..konon, entah pernah atau tidak aku ni mengurus. Menggemuk pernahlah..huaahuaa.

Sebagai pengurus rumah tangga yang konon sedang bajet mau menjadi orang yang berilmu. Waktu tidurku adalah diantar waktu anak sedang tidur. Walaupun ada pepatah baru mengatakan:

"masa anak jaga, ibu jaga,
 masa anak tidur, ibu jaga".

Ya. Ini selalu berlakuuu..

dan sebab itulah aku rasa, aku tidak perlu risau bab gemuk. Kerana faktor gemuk yang kuat untuk orang macam aku ialah 'tidurrr', selain makan tidak ingat dunia.

Pengurus rumah tangga juga, mempunyai banyak risiko:
1. cepat marah, melenting
 yang ni aku dah rasa, masa bujangan dulu..aku marah apabila orang marah aku..aku melenting apabila kena lenting..(iyolaaa)

2. Kurang bijak berkomunikasi
Berlaku semasa emosi tengah hangat, aku rasa aku sedang meluahkan amarah..bukan menjadi jurulatih terhebat kepada otak anak.
Jadi apabila aku bengang dengan tingkah laku Fath yang macho tu..aku abaikan dia dengan cara biarkan menangis..membongkar..menghambur. Dan aku layan feeling sendiri.

3. Asyik rasa nak makan sedap-sedap kat luar
Entah apa penyakit, akan terbayang makanan yang sedap-sedap diluar sana..macam kue-kue, kek-kek dan paling mental makan di UKM..apadaaa

ini boleh mengurangkan nilai duit gaji encik abi


bab kebaikan itu, biarlah dulu..mana ada benda yang baik-baik hanya mengundang risiko. Sudah pasti Allah janjikan banyak hikmah dan nilai baik. Asal kita usaha buat benda baik dan sentiasa yakin Allah bersama kita.