26 October 2013

Kelantan lenyek ATM

malam ni kan Kelantan VS ATM.

ooh.isu ini keluar, ketika aku sedang enak menghirup sup tulang. Pedas ya..(bagus sekali untuk ibu yang berpantang).

aku ask zauji "eh Kelantan lawan ATM balik, bila?".

Terus mata zauji kembang setaman.

"malam ni". (dari riak muka nampak sangat tetiba ingat)

Niat aku tanya sebab tadi ternampak di berita TV7 tu katanya kecoh di kaunter tiket. Tapi nampak sikit jakpun yang membeli tiket tu.

tapi..

habis makan terus zauji pasanglah kan TV 1 yang siaran bukan saja hitam putih,tapi kabur lagi.

padahal dia kan ada meeting.Itu fokusnya.Sekali sebut pasal bola..terus terganggu ya..

Fath pulak berlumuran yogurt dengan nasi, sebab minta isi nasi dalam bekas yogurt tu.Bijak betul Fath memikirkan bagaimana bermain dengan nasi, tanpa dihalang umy..

bila nampak anak gitu, zauji terhegeh-hegeh mau mandikan. Tengah di bilik air,tanya gol tak..

Lepas tu..bercinta depan TV tu..bila aku panggil nak air ke tak..memang tiada respon..padahal aku rasa mental jak tengok tv kecik tu.

bila meeting, sms,miskol tanya berapa dah skor. Aku mana tengok pun..bukan sebab tak suka.Sebab kurang minat. Baik tengok cerita orang cina jalan-jalan cari makan tu..eiii bebas mereka cerita pasal makanan mereka.Ini memang kelemahan TV7 tu kadang rancangan dia terlalu open..

bila zauji sms..cepat tukar cenel.
tengok..sampai akupun tak nampak skor yang tulis di bahagian atas tu. Rumah aku ni TV1,TV9,TV 3 memang becintalah kalau mau tengok.

tu lan kan, zauji tu sejak Pahang masuk separuh akhir Piala Malaysia ni..semangat betul, tetiba kePahangan sungguh. Doa supaya Kelantan kalah malam ni, sebab Kelantan kuat..nanti Pahang susah mau lawan..

"itu namanya takut persaingan". aku komen saja.

aku tau walaupun banyak otai dalam ATM tu,tapi mereka kurang hebat berbanding Kelantan..lagi Kelantan punya peminat berlambak.

apapun,
1.dah kita hidup dengan peminat bola, dulu aktif berbola..
2.lepas ni haraplah boleh aktif balik berbola,supaya badan sihat.Kurus kalau tak aktif kurang macho

akhirnya, keajaiban juga. Seri 2-2. haih.


............................................
masa aku berolahraga dulu, ada janji jurulatih dapat emas akan dapat duit RM50 kot..kalau Perak,Gangsa sikit..tapi kalau bola, semua kena dapat lah kan..bukan yang skor saja..