25 October 2013

Jangan gila belajar



kalau belajar di peringkat orang-orang 'senior'..ini selalu bikin gila untuk dibayangkan.

lagi kalau suami isteri belajaq

memang mencabar sebab ada anak kecil.

yoo..

anak kurang 4 tahun. Apa yang boleh kita jangkakan?.
tiada.

dia tolong amik barang yang kita suruh sudah satu pencapaian menarik.
dia tolong tidur time dia ngantuk.sudah sangat bagus.

tapi..
itu namanya, hang yang nak..hang pandailah urus!.

ya. di usia muda ni.otak masih bergeliga (ya..bergeliga la sangat kan).

masa abis digree,aku ni fikir nak sambung, bila dah ada duit jak. Tak fikir pun pasal anak ni. Maklumla..otak sempit sikit masa tu..
zauji tu dia memang sambung masa Fath dalam rahim lagi. Dengan perut muncit ni lah kita teman abi ke UTM tiap bulan.

iyalah..dalam fikir pasal diri,fikir juga pasal ummat. Perlu belajar..perlu selagi nyawa dikandung badan..

Kisah Fath tu,
sampai pokcik mokcik hotel tu kenal kita. Tiap bulan mai bawa beg macam orang homeless.
dari dua orang ke tiga orang.
dari budak tenit ke budak lasak.

hai..sebab tu kita amik nama Abdulloh Muhaymen. Hamba Allah yang menguasai. Sebab memang banyak benda kena kuasai ni..

Bila turn Wafa, lagilah..
hehe. Bawa ke UPSI dan UTM. masa dalam rahimlah.
kejap singgah tepi jalan.nak muntah.
kejap tak perlu singgah. Tahan muntah dengan paksa mata tidur.

ada anak baru dua ni dah kecoh. Sebab tu kita main beg bagasi besar tu terus. hah nak kemana sumbat dalam tu. (ek ele..Baru sekali jak pun cuba, masa balik raya haji tu)


meememem.
Sebenarnya nak tulis pasal laptop yang mati segan,hidup macam tak mau tu.
Tak pasal-pasal tunggu zauji selesai guna laptop baru boleh meleptop.
ehh..

sebenarnya, masa Wafa tidur. baru boleh ..err masa Fath tido sekali. Kalau tidak minta dukung.Lepas tu tekan keybord macam rancak menaip. Mana nak umy dia menaip.
(macamlah umy taip benda-benda penting pun kannn).

ehe.
anak ni kadang memang menganggu. Tapi kalau rasa begitu kita mesti ajak otak positif..ya positif.

misalnya,
Ada waktu tu, masa aku exam, masa pregnen Wafa. zauji rancak dengan laptop..buat lukis-lukis. Aku sibuk baca note. (Sebab memang aku ni bukan jenis pandai..baca sekali. 2 minit kemudian boleh tidak ingat.)
lepas tu Fath buat hal nak kacau abi..
abi pula,kalau dah buat kerja, suara anak boleh tahan (kadang jak boleh tahan). Tapi kalau sampai bab tekan-tekan keybord sekali..

tak pasal-pasal.. umy abi main mata main cakap.
lagi..kalau abi tengah nak hantar report atau apa-apa yang sangat penting.
memang boleh gila yaa.

hee

Apapun
1.Jangan takut mengejar peluang
2.Amanah dan tugas-tugas adalah halangan,jika kita menganggapnya halangan
3.ya.Semua orang punya pelbagai cabaran.Kena pasak dalam diri..Allah akan membantu kita sentiasa, asal selalu meminta denganNya.
4.Ilmu boleh dicari oleh semua. Tapi bagaimana dengan hasilnya... (kena belajar bagaimana mengongsikan ilmu)