22 October 2013

orang kicap

Raya Haji baru ni. Aku balik kampung sebelah zauji. (cehh..aku nak nulis sebelah lahkik..tapi cam kuong enak).

Padahal ikut percaturan dan tahalufnya, raya haji tahun ini, patot balik kampong aku nun di sanaaa.

tapi disebabkan hal-hal yang sangat menghalkan. Maka aku redha (bukan pasrah yaaa).Redha ni sebab kau faham kemudian kau tidak kisah, pasrah ni sebab kau terpaksa

ok.Aku taknak cerita pasal raya yang aku curi-curi makan ketupat palas tu (orang dalam pantang mana boleh makan benda-benda santan dan kelapa ni).
Lagi aku langsung tidak keluar dari rumah. Hatta untuk mengintai pokok rambutan dan durian di belakang rumah...(tak sedihhh dan pih luuu punn).

ok.
aku mau ceritakan hal zauji aku yang omey ni. Dia adalah orang kicap.
Dan mereka gamaknya keluarga kicap. (auuuummm ).
Dan di rumah mereka mesti ada kicap.

KICAP.

Kicap yang enak, tentulah kicap cap KIPAS.

Dan kicap itu mak aiii..dah naik harga. Botol besar tu RM10. Tambah RM1 boleh beli majalah SOLUSI!.

Aku pun orang kicap. Tapi kalau makan telur goreng, sup , dan mee goreng.

Ini perbezaan yang perlu di urus dengan bijak!!.

Kalau makan nasi dengan daging masak kicap pun zauji akan cicah kicap dokat nasik!. Kalau makan pinggan masing-masing, apaku kesaaahhh. Ni makan setalam!. So letak kicap kat nasi yang you makanlah yee...

haip..

Di Sabah aku selalu nampak di rumah kicap cap AYAM. Kicap itu masin..tapi sehjak kawin, mungkin baru 2-3 kali beli kicap masin. !



nota bawah:
1.beli lah kicap Jalen. Murah dan halal.
2.haruslah faham, lain orang lain sukanya
3.tidak semua perbezaan mengundang masalah, boleh jadi ia adalah hiburan!
4.menurut kajian perubatan, kicap adalah bersumberkan soya,macam tempe..susu soya..apabila dimakan bersama nasi dan lauk pauk, ia menghalang badan menyerap zat!. (aku tak buat kajian mendalam lagi).


No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...