13 January 2013

solatan

bismillah.

wah. Hari ini Harakah,FB dipenuhi gambar HKR. Sangatlah. Tapi kalau yang tidak suka. Mesti naik nyampah sangaat.

Tidak mengapalah. Semoga mereka akan tersentak hati juga. Aminn.

Kali ini saya ingin ulaskan pasal solat jemaah dan solat merata-rata.
saya cuba tidak kaitkan dengan HKR dulu.

saya ingin mengingat memori lama. ceeh.
semasa di habis STPM. Saya ke Tawau huntuk bekerja sebagai hamba kepada satu butik atau kedai jahit. Disana gajinya sangat 'berbaloi' dengan kerjanya. Setiap hari saya perlu round bandar Tawau dan itulah antara sebab saya terkena fenyakit gastrik. ish.

apa kaitan?.
semasa disana. Apabila sedang meround kawasan untuk mencari benang, kain, gunting dan semua peralatan menjahit. Dan azan telah pun berkumandang. Amatlah leceh, kerana..saya perlu mencari masjid yang agak jauh dan memerlukan komitmen untuk ke sana. Alangkah best.kalau boleh solat dimana-mana. Lepas solat sambung kerja cari barang.

satu lagi, (ini berkali-kali terkena)
semasa berada di bandar Sandakan meronda-ronda dan bersuping membeli barangan rumah. Setelah penat, azan pun berkumandanggggggggg. Kalau solat lewat, konfom naik kereta nanti terus pengsan. Makanya... terpaksa membelah jalan menuju ke masjid. Dah sampai di pagar masjid. Ohhh. haruslah pula mendaki beberapa tingkat tangga.
kerana
masjid terletak di atas bukittttttt.

Beberapa kali juga aku rasa, baiknya aku solat saja di kedai kain tu. Mesti dorang bagi. Mimpi. Hari tu aku tanya, solat disini ada?. Ditunjuknya masjidddddd yang atas bukit tu.

Lalu selepas ini aku rasa baguslah aku solat dimana tempat yang bagus dan tidaklah membuat aku menyumpah seranah. ehe.

Itu belum masuk surau kecil yang kena kongsi.
Macam di Terminal Bas Inanam. Sudahlah kena berwuduk di luar. Terminal bas, bukan 1 dua orang ada..
cess..
siapa;ah arkitek yang jahat itu!.Dikutuk negeri miskin mengamuk pula..

Ada lagi tu di Pekan Kinabatangan..orang sana panggil SEDCO..itu nama syarikat yang membangunkan kawasan tu. Sana mau solat, pigilah mendaki bukit. Kalau ada kereta untunglah juga.

Di pasar tamu sana pun. Surau kena kongsi pacai. Bikin panas.

Tapi... itulah realiti. Ramai orang muslim sana yang tidak solat, jadi buat apalah buat surau. Mungkin di benak si arkitek penulis pelan.
jadi..terimalah seadanya.

Lepas ni. Jangan malu..solatlah dimana-mana. Biarlah orang bilang minta puji, trep alim, mengada, betabiat segala..

Dan inilah yang pernah aku buat.
Masa aku pigi demonstrasi jalanan.
aku nampak jam sudah mau pukul berapa entah. Tapi kira lambatlah.
kiri kanan mana da air. Dalam beg, air untuk tekak. Sikit pula.

Kami terokai itu hospital. Terjumpa bilik tempat cadar-cadar . Ada pula singki disitu. Manis gila.
Sebelum wudhu. Minum dulu...erk.halalkan..halalkan.
*lepas ni, kena kembali ke sana, buat derma.

lepas solat. terus sambung kerja.

ya:
1. kena solat awal waktu. Jangan berat-berat. Kalau rasa berat cari kawasan yang boleh kasi ringan..macam waktu solat terus pasang sejadah. Baca buku di atas sejadah. Manatau hati jadi maluuuu (ada kaitan?)

2. Solat solat solat. Betulkan bacaan.

3. Solat dan ajak kawan solat sama-sama. Biarlah kita jadi imam. Walaupun kita ni macam apa.