Alhamdulillah.
Pukul 8.20++pm. Zauji balik dari sattle kan masalah laptop dia.
Senyum panjang.
dan rasanya kalaulah manusia boleh jalan sambil melompat-lompat,
dialah manusia yang paling tinggi lompatannya. ^^.
Balik saja, saya tahu dia letih tahap gabannnnn.
Tapi tengok mulut dia pok-pek..pok-pek. Layan sambil ambil pengatahuan.
Bangga sangat dia dapat juga install beberapa software yang hilang tu
Kawan dia yang baru habis master UTM tolong.
Serius cakap. Sangatlah gembira tidak terkata.
Sampai amaran pengurus JPRU,macam tidak terasa sangat.
Esok pagi, sambung pula perjalanan untuk mengurus sebijik laptop!.
Haruslah kan..Selasa ni kena bentang.
Gila-gila lah nanti kena fire! *kesian.
Sebelum malam, haruslah bertolak ke Melaka pula,
untuk menziarahi keluarga abang ipaq. Lama sudah tidak ketemu dengan anak-anak emas mereka tu.
Semua dah naik darjah. Dah besar sikit. (^__^).
Melaka adalah transit sebelum terus ke JB.
Rutin bulanan kami sekeluarga sejak 2011. Dah lebih setahun yo!
Beliau belajar di sanaaaaa. Yang menurut beliau, disana pakar untuk bab-bab teknikal dan teknologi. Dah nama Teknologi Malaysia..:D.
Saya pula, belum start kelas, bolehlah otak ringan sikit.
erk. Pusing jugalah. Saya berfikir apa tajuk penyelidikan nanti. Yang boleh buat, dan berbaloi-baloi untuk dibuat. Saya target boleh daftar tajuk dah untuk bulan Febuari ni. Aminnn. So kira kena start buat bab1-3 gitu..ehe.Best gila. Otak kena keluar dari selesa, baru tau tinggi luas lautan dunia ni. (-__-).
Ehe. Kononnya mau menjadi pakar dalam bidang membaca awal kanak-kanak.
pakar mestilah rajin cik puan oii
oklah. Fath dah makin ligat berjalan dan terjatuh terduduk..tapi masih senyummmmm kencang. Itulah prinsip hidup. Bak kata lagu Laskar Pelangi:
menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah mimpiiii..
bersyukurlah pada yang kuasa......
hikmah:
1.Kena faham, banyak keutamaan dalam hidup.Jadik,jangan pengsan dengan kegagalan
2. Hidup bukan untuk dibangga-bangga, tetapi berbanggalah kerana masih peluang untuk hidup.