21 January 2013

20 Januari

bismillah.

aku rasa aku dah macam tua sangatlah sudah.
sebab tu banyak benda aku rasa perlu aku buat dengan pantas.
kalau boleh semua benda aku kena buat!.

aku bukan lupa, yang aku ada zauji hensem berjanggut yang dunia dia lain rupa dari dunia aku.
aku ada anak yang punya perangai sekejap dua kejap boleh bikin otak menangis.

ceh.Mukaddimah aku memang enak.

aku mau cerita pasal semalam aku ke Pesta Jualan barangan ibu dan anak di PWTC.
dengan aku hanya siap siaga RM50 untuk beli.Dan aku harap boleh beli macam-macam dengan duit yang besar gila nilainya.

aku tau,zauji aku kurang sihat.Tau..tau
tapi aku juga heret dia balas mesej kawan baik dia di UTM.Yang dia setuju main futsal sama-sama petang tu.
aku memang sudah gila.Bertindak tanpa memikirkan kehendak dan keperluan orang lain!.

aku fikir juga.cuma fikir pendek gila.

lastly.aku merembat dua pasang baju untuk Fath dan 1pelastik sapu tangan untuk aku 1 (warna pink) dan zauji aku 3 di PWTC. Memang pesta tu sesuai untuk orang-orang yang suka beli belah. Tapi sangat kontra dengan aku yang suka beli belah, tapi poket ada duit syiling saja.

aku ingat.kalau hidup aku pendek.Ada makna tak dengan nilai kependekan itu? atau langsung tiada makna?.
sebab tulah aku rasa macam nak sepak-sepak diri sendiri kalau:
1.lambat solat. (Bilal masjid dah penat buat suara indah masa azan pulak tu)

2. buat donow, lepas bagi peluang anak explore rumah. Gila punya semak samun, lepas Fath keluarkan semua barang-barang

3.Malas menulis dan membaca, sedangkan internet hujung mata saja.

4. Berfikiran negatif. Sedangkan Allah bagi nikmat sampai tidak dapat mengiranya.

5. lupa dan sengaja lupa baca Al-Mathurat sedangkan nak pendinding.


apapun aku rasa macam ada bunga-bunga tumbuh dalam kepala, bila zauji aku kata:
"lepas makan ubat pagi tadi..dan main futsal..badan sihat dan cergas".

hah.Tengok.Dah berminggu rasa badan lain dan kurang sihat.Masa balik dari Seremban tu, dia kata ayat yang positif dan bagus.

Alhamdulillah.

No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...