09 January 2013

fail

bismillah.

Sejak dahulu, saya sangat risaukan perkataan GAGAL.
seriusnya.. Ia itu sangat menakutkan.
dan sangat memalukan.
Juga menjatuhkan kekebalan diri sendiri!.

Namun, sejak saya membenci subjek Matematik. Saya sudah 'tegal biasa' dengan Pen merah.
Ya..Saya bencikan subjek itu dan..saya tidak yakin untuk LULUS. asbab itu tidak kisah dengannya.
kecuali dalam PEPERIKSAAN.
Allah.
Belajar untuk LULUS periksa!

digree pun sama.
saya rasa. Mustahilnya untuk skorr A.
Walaupun subjek itu tidaklah susah macam buat Nasi Tomato.
Atau saya menyampah dengan pengajaran pensyarah. Semua pensyarah saya baik ok.

Mula memasuki kelas yang membawa mata saya lena. Itulah petanda saya memang Fail untuk Lulus dan cemerlang.
Saya bencikan subjek-subjek yang saya fikir saya tidak tertarik.
Misalnya subjek Kraftangan, Georafi Manusia dan Fizikal, Kaedah Penyelidikan Bestari. (Ni semua bukan nama sebenar Subjek )

ya. Kalau kita bertingkah laku Fail. Dan kita tidak cemerlang.
itu adalah "andre bajekmu" dalam bahasa Bugis.
atau..padan muka!

Tapi..
kalau sudah pulun sampai separuh sihat.
Lastly di medan sebenar. Fail!..
Adakah ini juga balasan Tuhan?.

ohh. Kerja Tuhan,jangan persoal banyak.
Tapi kerja kita, perlu 

cerita zauji saya,
dia bukan takat dari main futsal, ke main Badminton,
malah dari baca buku satu dua.. ke satu rak buku.
itu belum masuk jurnal, berkampung di lab..discus sampai perut berbunyi.
semua jalan dia lalu dan buat,pendek kata lah

Lastly,
di depan pakar.
dia tersadung dan terjatuh.
Seharian dia berfikir dan berfikir akan 'hukuman' itu.
Hukuman Fail setelah berusaha sehabis tenaga!

oh. Silap. Silap.
Sungguh silap.
Bukan silap usahanya.
bukan.
silap dari aspek faham.

Lain yang dimahu.Lain yang dibentang!. Itu saja,
Dan zauji saya bentang setelah discuss dan memperlihatkan dulu dengan SV.
Tu jak pung.

Dan sepajang hari ini. Kami banyak belajar;
1. Jangan jemu berusaha- walaupun tidak pandai-pandai sedap masakannya (saya lah tu).
2. Bersangka baik dengan takdir. Semua yang berlaku diluar kuasa kita. Pasti banyak hikmahnya. Walaupun salah sebenar bukan dari kita.
3. Fokus. Fokus apa yang kita ingin buat. Misalnya, mau menulis novel, kena fokus dan bertindak tanpa alasan.
4. Senyum. Kologen semulajadi untuk usia yang bertambah.

sebelum Syuruk. OTW  ke Selatan atas Lebuhraya Utara Selatan




No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...