Bismillah.
Sejak Fath lahir. Rajin betul kami kena pi poliklinik dan jumpa doktor. (DR).
sampai DR pun kenal kami.
(semua pun dikenal kalau selalu datang).
mula-mula.Sebab jaundice (kuning). Start umur beberapa hari kena datang, amik darah di tumit Fath yang kecil tu.
Dalam 4 kali (4 kali lah ulang-alik ke klinik) atau lebih gitu.Fath kena amik darah untuk semak bacaan darah dia.
dan bila bacaan dalam 110 gitu. Saya malas dah bawa. Kira dah oklah tu. (bajet sendiri).
senang jak pun. Aturan masa ni. Sampai, tunjuk buku di kaunter terus nurse suruh gi makmal. Letak buku Fath depan meja makmal.Tunggu kena panggil untuk ambil darah. lepas kena ambil darah.Tunggu lagi untuk tengok bacaan. Lepas tu tunjuk kat nurse di kaunter. kalau bacaan teruk. tunggu lah lagi jumpa DR.DR tengok bacaan, chek kuning tahap mana? (muka, dada, badan, kaki).kalau di badan, kira ada harapan oklah. Kalau tiga kali amik darah, masih di muka, boleh masuk wad. (tengok bacaan juga).
jaundice bahaya kepada otak.!
sampai umur 1 bulan gitu. Fath kena datang lagi, sebab nak suntik atau vaksin. Huh.
saya paling malas ke klinik.Bukan sebab kena tunggu lama.
tapi malas, sebab Fath kena bagi bogel untuk ditimbang. Kalau time tuu dia terkencing, terberak. aduhhh. Sebab tu rasa malasnya.
aturcaranya mudah *nampak jak mudah*
(untuk bayi yang dah umur 1 bulan ke atas).
i. sampai, pi letak buku baby kat kaunter (buku Fath warna biru, sebab dia lelaki)..*buku ni dah menghilang, entah kemana*
ii. Tunggu nurse panggil untuk chek berat, tinggi. Masa ni harap sangat Fath jangan berak dulu. Kalau dah berak, kena lap (saya guna tisu basah) cepat-cepat.
iii. Nurse panggil dan saya pun buka baju, buka pampers dan dalam hati doa kuat-kuat.."Fath jangan berak dulu yaaa".
iv. pakai semula. Tunggu lagi nurse panggil untuk periksa perkembangan.Nurse akan komen 2 minit. Tulis 3-4 minit. Biasa nurse cakap dan tanya dulu, baru tulis.Jadi kadang semasa nurse menulis, masa tu saya saja kacau, tanya benda-benda.
v. Kalau cam bermasalah. Kena tunggu lagi DR panggil.
vi. DR panggil dan tengoklah bayi.Kuning lagi ka..atau apa. (masa umur Fath dah sebulan, DR lelaki cina dah ceramah kitaorang pasal 'kawalan hamil'.
yang nilah saya mau tulis. Cara mengelak kehamilan. Melalui DR tu cakap.
Sebelum DR tu terang dia tanya, nak rancang keluarga kah? ada bincang tak?.
saya geleng.Belum lagi. Zauji pun tambah-tambah ayat juga.
hari tu, DR tu tunjuk dekat kami, tiga alat untuk mengelakkan kehamilan.
masa tu saya dengar sambil tengok-tengok 'benda' yang DR tu letak atas meja, tepi kanan saya.
1. Melalui 'benda' yang diletak pada rahim wanita.
-saya tanya benda tu siapa pasang?. Terus DR tu tinggi suara. Benda ni DR yang pasang. Bukan senang nak pasang ni. ERk.
-DR tu gitau, benda tu boleh halang sampai 5 tahun.
2. Ubat (pil)
-pil ni kena makan tiap bulan
-kesannya, period akan jadi lain (masa pendek)..mungkin badan pun akan naik
3. Kondom
- alatan ni DR tu kata boleh dapatkan di klinik atau di farmasi.
untuk bacaan lebih ilmiah, boleh ke laman ni dan sini.
DR tu tambah lagi. Melalui kitaran period isteri juga boleh digunakan. Dalam kitaran period tu ada waktu subur, ada tidak. Jadi pandai-pandailah atur.
bagi kami, saranan DR itu memang perlu difikirkan:
1. kondisi kewangan
2. kesedian kami
3. mahu atau tidak