31 July 2012

zauji saya

Saya tau rasa demam bagaimana.
Tapi..saya tidaklah tau bagaimana dia merasainya.
Tapi..dia masih gigih membaca buku tebal-tebal.

Saya mahu dia menjadi hamba yang soleh.Itu doa tetap saya.
Kadang dia penat pulang kerja.Saya tetap mengharap dia keluar rumah dan ke masjid.

Dia manusia biasa.Saya pun.
kami sama-sama biasa.
Tetapi dia bagi saya tetap istimewa tiada tara.
Dialah yang akan menegur saya kalau ketawa tidak ingat dunia.
atau..ketika saya malas bagai nak sepak jeew

Aha.
2 orang hero saya yang demam
"ya Allah jadikanlah kami suami isteri yang saling melengkapi..kurniakanlah kami anak yang soleh/solehah..bahagiakan kami dunia akhirat..panjangkan jodoh kami hingaa ke SyurgaMu.aminnnn ya rabb"

30 July 2012

Ramadhan kami

bukan sekali dua,saya tidur selepas jam 2 a.m.
berkali-kali-kali.

bukan kerana tidak mengantuk awal.
tetapi..ohh.semua gara-gara hero kami yang suka bermain tidak kira masa.
ini kali,dia demam sejak balik Koyan jumaat lepas.Itupun dikesan oleh doktor ummi semasa mau keluar dari Masjid di Raub.(huh).Ummi memang masih belum lulus rupanya.


dalam keta:Fath buat macam dalam Playground

Ubat
Semua di dalam peti ais.
Sampai rumah mak koyan.Mak suruh petik daun bunga raya dan ramas.masukkan dalam air dan buat sapu pala 

maka.malam itu berkali-kali lah bangun dan sapu pala dan badan Fath.Supaya kurangkan tahap panas.panas sikit jee pung.
Abi?..
Dia penat memandu,dukung Fath dan perlu rehat.




Tarbiyyah
Yup.Inilah prosesnya untuk kami sebagai ummi dan abi.Proses baitulmuslim tidak pandai berhenti,malainkan Allah mengambil nyawaNya yang kita pinjam.

Kalau orang tanya.Apa ilmu baru saya sebagai ummi.Jawapan saya ialah.Saya sudah boleh mengebalkan telinga dengar suara Fath merintih dan sedih.
Fath nangis sebab badan tidak selesa

Pengisian Pertama Saya
Sebab ahad pagi ada pengisian.
kami bergegas balik dari Koyan lepas iftar Jama'e dan solat Jamak Takhir.
Kak Ipar saya semua ada di rumah.Depa masak sedap.
Tapi saya makan kurang sedap,sebab Fath rewet.
(macam tulah parents kita dulu wahai saya).
Depa semua kurang setuju kamu balik malam dengan Fath yang nangis kuat.Zauji saya kata
"saya ni kepunyaan semua".
Kak Ipar saya sambung.
"hang tu kepunyaan mak".
heee.
hiasang: gi nengok himpunan Oreng
Last sekali.Kami balik.Dan anak-anak sedara dapat duit raya awal.sebab kami tidak pasti sebelum balik Sabah nanti akan jumpa lagi atau tidak.huhu.

kesempatan memberi pengisian Dhuha di masjid kampung itu memaksa kami..ehe..zauji saya memandu balik rumah.Dan saya opps..tersengguk-sengguk tidur kekenyangan.

Dan serius.Saya kurang suka menjadi penceramaaaaaaaaaah!.
Tetapi..berkat kesudian dan sokongan padu zauji saya yang baik hati.Saya bisik-bisik "ala anggap jak macik-macik tu semua adalah manusia yang selalu aku jumpaaaaaaa".
Bersama Fath yang belum mandi.Zauji hantar dan tunggu.

Dan saya berjaya memberi pengisian tentang aurat siang tadi!!.
walaupun dalam tu ada juga ustazahh yang lebih arif..hissh
(saya suka,saya suka).


"Terima kasih ustazah,bagi saya ilmu".OOoh saya rasa malu.dan malu.
disaat saya tidak suka.rupanya saya dihargai!
saya sudah cakap.Saya bukan ustazah.Tapi..aminnnn jeww kannnn.

Fath dapat mainan baru.Abi beli dari pasar dekat bazar
dan..saya mesti selalu praktis cakap pelan-pelan,kuat,biar jelas dan tidak terlalu berbunga dan semak-samun,teratur,tidak sesedap rasa masuk simpang.
ya..ini saya perlu buat.sebab saya akan jadi pengajar.


Style Fath tidur bilademam on-off


25 July 2012

Dalam bidang ini,kita perlukan pakar untuk dijadikan rujukan.Untuk menjadi pengimbang dalam pengatahuan.

Dan saya, bercita-cinta tinggi ingin menjadi pakar dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.Mungkin dalam satu subtajuk pendidikan mereka.
Aminn.Saya perlukan tempoh untuk merialisasikannya.Doakan saya kawan-kawan.

Saya juga mahu penjadi kaunselor laktasi.Mungkin sesuai setelah saya bergelar ibu kepada 3 anak.aminnn ya rabb.

Bantulah kami.Kasihanilah kami ya Allah.

24 July 2012

positf! (misi Ramadhan )

Misi Ramadhan kami mencari masjid yang child-friendly.
Selapas seorang jemaah masjid minta saya solat di rumah,sebab dengar Fath menangis masa solat.
(hari itu kebetulan,Fath menangis kuat,tetapi sekejap).

Mula dicakap begitu.Rasa nak duduk sambil menangis.Mau cakap sama orang tu dia tu tidak pernah kecil,ataupun masa dia kecil dia tidak menangis untuk mengekspresi perasaan?.
Malah ramai saja budak-budak yang borak di belakang.Berlari-lari di masjid.

Namun..setelah difikir situasi dan kondisi orang lain.Kami positif.
Dia tidak mengerti.
Dia mahu solat lebih khusyuk.(tapi,sedih sekali,bila katanya,akibat tangisan Fath itu dia tiada pahala solat.Kalau katanya terganggu.Pasti saya angguk setuju.)

Ya.Disini bukan kawasan orang yang memahami Islam dengan penuh.Masih banyak lompang yang perlu diberi pencerahan.
Saya pun dulu begitu juga,tidak senang kalau tengah solat ada budak nangis.
Tapi,tidak sampai membenci ibu-bapa yang bawa anak ke masjid.Walaupun anak mereka buat masjid macam taman permainan,tempat berkaraoke.Mungkin kerana saya ada pengatahuan tentang itu.

Allah.Maafkan saya.Ampunkan dia.

InsyaAllah this year,the best Ramadhan! (^__^)




23 July 2012

salam.
jika hidup penuh dengan cas positif.Yang buruk-buruk berlaku akan membuahkan senyuman.
yang manis menjadi jaga-jaga.

22 July 2012

practice..practice.

Salam.
Today 2 Ramadhan.
Alhamdulillah,Allah give chance to live until this.

Today,I'm cooking ayam goreng Ramly and fried egg.
ha-ha.My 3 siblings eaten with sleepy.
mylob nothing to say.He always OK.Alhamdulillah.
Dah rezeki tu yang ada.Redha.

Minggu ni,masjid Nurul Iman.Masjid kampung ini akan buat pengisian seharian.
Dari jam 9 pagi,waktu Dhuha sampai ke Asar.
Terbaikkk.
Ajk masjid yang dipilih melalui pilihanraya masjid,adalah manusia yang memang mahu mensyariatkan masjid.
Dhuha.Waktu kuliah untuk muslimat.Akan disampaikan oleh ustazah Fazdlina.Merangkap ustazah di sekolah Sk Jaya Setia.Merangkap jiran kami.

Saya berminat mau ikut serta dan mahu mendengar pengisian beliau.Kakak yang punya 3 anak.Dan orang yang pertama datang ziarah kami,masa baru pindah rumah.

Minggu depan,turn saya pula.Oleh kerana saya gagap.Lagi penakut.Kekurangan ilmu.Saya perlu mencari bahan pengisian dan berlatih dari sekarang.Manusia yang tidak pernah-pernah jadi penceramah,tiba-tiba diberi kesempatan besar begitu.Bukan saja hampir tersekat nafas.Tersekat otak sekejap.
Punya ramai guru-guru di kampung dan taman-taman berdekatan.Saya juga yang dipilih oleh orang masjid.Saya tahu,ini mesti kerja kawan zauji saya yang memang aktif dan thabat dalam kerja-kerja menyebarkan Islam dan kerja-kerja YB.
Nama saya pun sudah naik di papan kenyataan masjid.
owh.Saya sangat bangga dan malu.Bangga sebab nama saya di eja MASJIDAH.Hebat mereka memberi gelaran.Sampai ada perkataan 'masjid'.Malu sebab,saya memang mana pernah berceramah.Mendengar selalu lah.
Tapi..itukan pengisian.Jadi,saya mesti positif.Dan positif dan practice..practice..practice.Inilaha ayat yang selalu disindir oleh zauji saya.
Bagus kan.Dia pun begitu juga.Dan dia mengongsikan idea Steve Jobs ini untuk mengelak kegagalan kami dalam penyampaian.
Terima kasih mylob!. <3,

Adik saya 3 orang itu perlu mendaftar masuk UniKL pagi ini.Dan mereka perlu practice..practice untuk bijak berdikari.Jadi,tidak perlu lah call minta ambil,minta hantar.Sebab saya memang free,tapi kenderaan tiada.Jadi apa-apa hal,mereka perlu berusaha sendiri.

Allah.Saya pun perlu practice..practice untuk rajin memasak.Supaya apa jua yang dimasak sedap dan berkhasiat.Tidak kira lah sama ada bahan masakan terhad.Ataupun mata saya tengah berat untuk bangun.

Love our life,
Life our Live.

19 July 2012

saat menjadi ibu.Saya tidak buat kerja ikut suka.Tetapi ikut anak.
orang mungkin kata "anak baru sorang sudah haruu".
saya akan jawab "a'ah..haru biru kuning merah..korangkan dulu masa anak 1, mana pernah haru cam saya".
oh.

anak saya sudah tidur.Penat dia menangis dan mahu meniarap sehingga muntah.Walaupun matanya merah,tanda mengantuk.dan tangannya asyik menggosok kepala.Itulah tanda dia conform mengantuk.

Hobi saya dulu ialah,saya mesti akan baca buku sebelum tidur.Hobi ini telah ditinggalkan atas sebab-sebab yang boleh dielakkan.Oleh itu saya berharap saya akan melakukan lagi hobi-hobi ini disepanjang hayat saya.
Selain dapat memudahkan mata mengantuk.Dapat juga menambah bahan bacaan saya.

nota: ada orang tidak makan nasi malam.

say TIDAK

selalunya manusia tidak berani mengatakan TIDAK untuk perkara yang tidak disukai.Tidak dapat dilakukan.Bermasalah untuk dilakukan.Tidak sanggup.

Hakikatnya,itu perlu.Jika kita berdiet.Dan manusia bernama kawan mengajak nasi kambing atau nasi ayam.Ahaah.Beranikah cakap "Tidak dapat.Aku diet".Hah.


18 July 2012

belajar untuk duit.Tidak salah.
Duit yang digunakan bukan untuk akhirat itu yang salah.
moga setiap aliran duit itu mengajar kita hidup lebih bertuhan.
Lebih menghargai.

12 July 2012

cita-cita

saya sedang mendengar lagu-lagu Ramadhan sambil menaip.
Seronok menghayati lagu,walaupun rentaknya sangatlah mau buat berjoget.
terutamanya,lagu solehah ini.
hayya.
Fath pula dengan aksi beliau,meniarap,berpusing,ke sana situ.Malas nak teruskan suap.Kang luak jadinya.
segala benda depan dia jadi 'makanan'nya.Fath masih panas badanya.Semalam bacaan suhu 36++ jadi,tidaklah risau sangat.Mungkin sebab dia mengalami peralihan,dari meniarap ke merangkak.Umur sudah mau ke 6 bulan kan.

Hari ini,masak pulut,goreng ikan masin.Makanan yang di dok sebut zauji saya sebelum ini.
Nasi ayam,ayam masak kicap belasah+tempe+terung.Buat bekal.Dah lama tidak buat masakan untuk beliau bawa bekal.
Tidak done mau memasaknya.Lagi-lagi kalau mata mengantuk,atau Fath bersorak diwaktu pagi mulia.

Inilah rutin saya sebagai super zaujahummi.Walaupun rasanya tidak super.Mulutkan doa.Jadi sebut-sebutlah selalu.

Hari ini juga resume saya akan dibelek kencang oleh orang atasan.Allah,moga engkau pilihkan hambaMu ini tempat kerja yang dekat dengan Fath.Dekat dengan rumah,jauh dari Jamm.Aminnn.

Saya tidak kecewa meninggalkan bidang cikgu kerajaan.Memilih untuk bersama suami dan anak.Meninggalkan kelebihan-kelebihan yang disediakan untuk kakitangan kerajaan,pinjaman rumah 1%,itu.
Bak kata zauji saya,"seronok tengok si Fath dari mengiring,kemudian bertiarap".Alangkah rugi membiarkan momen indah sebegitu pada seorang abi.

Allah.Saya memasakkan sasaran tahun 2012 akan;
1.Terbit 1 buku
2.Lesen
3.Kenderaan.
4.Sedang belajar dalam bidang Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Aminnn.Allah,padaMu jua perserahan segala kemampuan dan kelemahan ini.


06 July 2012

ntahapa apantah

Salam.
Fath dah 5 bulan 2 minggu. s
Pagi tadi ke klinik untuk chek-up.(sampai ni saja saya tulis,yang line bawah kerja abi Fath)
tetapi sebelum pergi ke klinik saya membelasah roti canai sebanyak 2 keping..
ni pun kira sikit tu...biasanya saya akan makan roti sebanyak 3 keping, tapi biasala depan orang ramai saya control ayu, makan dua sajalah walaupun pada hakikatnya saya memang meluap-luap mahu makan 3 keping...tiba-tiba zauj saya pergi ke unisel dengan segara...saya pun terpingan-pinga...sapa akan hantar saya pulang nanti??adakah saya perlu berjalan kaki??nanti lemak roti canai saya hilang... oh tidak!!abang balik la ke sini....abang...sambil meronta-ronta dia atas jalan raya sambil diperhatikan oleh fath yang mengerut-mengerut dahinya yang selalu berfikir....
selepas fath dicucuk...umi pun berpura-pura ke kedai baju konon-konon hendak membeli baju dari kedai makcik endon sambil memerhati kenderaan yang dinaiki oleh makcik endon...dalam hati, mintak-mintak la evo ka grandlavina ke...tapi malangnya moto je...lalu umi pun kecewa lalu berjalan dengan laju untuk mengelak daripada dikejar oleh makcik endon dan motornya...dari jauh ummi terdengar motor makcik endon makin laju la ummi berlari...makcik endon yang ternampak ummi memecut dengan lajunya untuk mengejar ummi...fath pula pura-pura pengsan bagi mengelak terlibat dalam konflik ini...akhirnya makcik endon berjaya mendapatkan aku??nak tumpang makcik...sambil menutup muka ummi menaiki mota..dalam hatinya...ceh!!klu evo mau juga dirasa....lalu di rumah haji arif, tebal la muka ummi...lawa moto, perli isteri haji arif.....

04 July 2012

kebun beliau saya

beliau saya ada sebidang tanah yang dahulu adalah hutan rimba tempat tinggal payau,ayam hutan,babi hutan, dan bermacam-macam lagi flora dan fauna.
semasa tanah itu dibuka.Saya masih kecil.ingatan masih kabur-kabur.Itu bermakna umur saya masih di bawah 7 tahun.

saya masih ingat betapa banyak pokok-pokok rebah yang boleh dijadikan tempat baring-baring sambil merenung langit..haa..hee.

Kemudian,beliau saya pun memanupulasi tenaga beliau untuk membuka sebidang sawah.
sawah yang besar untuk beliau mengusahakan berdua.
maka kami pun sama-sama menginfakkan tenaga dan emosi untuk mencapai objektif beliau saya.

adik semasa lebih pendek dari pokok padi (sekarang mak aii..)

saya suka tengok padi yang menghijau semasa sedang naik membesar.
tetapi.....
saya tidak suka pekerjaan menanam padi..huuuuu.
sebab saya terpaksa merendamkan kaki ke lumpur sehinggalah ibu jari kaki kami adik beradik dimasuki tanah..dan woow..berbau apabila dikeluarkan (geli jak baca).

Apabila padi sudah berisi.Kami perlu menjaganya dari diserang oleh burung pipit yang durjana (saya memang benci tahap naga dengan burung berwarna hitam dan perang niii!).
darilah matahari belum muncul,sehingga matahari tenggelam.(oohh sangat sedih mengingatinya).
bermakna dari burung bangun tidur sehingga kembali ke sarangnya.
burung ini suka menghabiskan isi padi yang muda.Rasanya manis.Kalau dah tua,padi keras.Sudah jadi beras kan.

Selapas padi menguning,mulalah beradu tenaga untuk menyabit dan menghempas (menyampak),sehinggalah padi-padi tercerai dari batang dan boleh dijemur,dikipas (untuk di asingkan antara yang berisi dan tidak,akibat dilantak oleh burung pipit).dannnnn.. dikisar untuk dibuang kulitnya dan menghasilkan beras.Sama ada untuk dimakan sendiri atau dijual di pasar.

Saya masih ingat.cerita ini adalah derita semasa mengalaminya dulu,tetapi apabila tidak lagi.Saya amat merinduii.Sebagaimana mama' saya yang kerap mendengar suara menangis padi yang ditenggelami banjir.
Sayang gila-gila mama' saya dengan pokok padi dan sawah (sehingga mampu mendengar derita pokok padi yang derita tenggelam tuu).

Apabila jiran-jiran sawah kami mula menanan sawit.Sistem pengaliran air mula tidak lancar,sedangkan padi sawah memerlukan sistem pengaliran air yang bagus untuk memastikan padi boleh hidup dengan subur dan gemuk-gemuk.

Maka,pada tahun 2008,beliau telah berhenti menjadi pesawah dan kekal menjadi petani,peladang dan perindu padiii..(saya pun rinduuu laa).
kami mula membeli beras.Dan sedihnya,mama' saya  cakap "kalau ada sawah lagi,tidak perlu lah kita beli beras yang sentiasa naik harga ni".

kami pun bergantung 100% kepada hasil sawit yang tidak seberapa.
Kami menombak sehingga memungut biji relai dan menolak menggunakan keroba (kereta sorong).
Namun,dari membaja,menebas rumput,mengankut ke lori untuk pusat pengumpulan,sangat makan ongkos dan tenaga yang banyak.Jadi,hasilnya adalah biasa-biasa sahaja untuk kebun kami. Yang digunakan untuk menyara 9 makhluk dan 6 daripadanya ialah masih belajar.


Tidak hairanlah,kalau orang menggelar kami orang senang.Terutama jika dilihat pada angka duit sawit bulanan.
Realitinya,kami sentiasa berjimat cermat..haha (mesti mama' saya marah,kalau baca ayat ni).

mama' hanya membeli barang-barang yang perlu saja.
dan selalu juga mengeluh dengan kos hidup yang memaksa dia berjimat-cermat.
RM3000 adalah sederhana yaa untuk keluarga besar yang punya anak sekolah.
Apatah lagi bawah dari itu.

adik dan anak kepada sepupu yang suka 'makan gaji'
Kembali ke cerita pokok sawit.
saya suka berada di bawah pokok sawit yang redup dan nyaman.
saya juga bertemu dengan lelaki ini yang dibesarkan dengan hasil pokok sawit dan
tinggal di rumah yang dikelilingi pokok sawit.
"lalala..ku lihat hijau".

kadang-kadang mak mertua saya pun bercerita tentang sawit.
sebab mereka tinggal di Felda.

jadi,kalau balik ke Sabah..saya mesti akan ke kebun sawit, walaupun dah jadi ummu Fath.
heee..


adik saya yang kembar memegang karung duit
begitulah cerita serba sedikit tentang saya dan pokok sawit yang berbudi ini.



03 July 2012

Belajar

salam.(Fath sudah 5 bulan,masuk 2 minggu)
hari ini berjaya ajar Fath buang air kecil dalam tandas.salah satu ilmu nenek dan atok Fath yang saya berhasrat mengikuti.
Selain dapat menjimatkan dypers.Ia juga bagus untuk mengajar anak tahu buang air di mana bila sudah besar.Jadi tidak perlu umur 3 tahun,tapi masih pakai pampers.
ini baru permulaan.baru mau berjinak-jinak.InsyaAllah istiqomah.

caranya,bila Fath tengah tidur.Dia akan goyang-goyang,sebab tidak selesa.
kedua.kalau ikut nenek dan atok Fath,bawa setiap 2 jam.Ilmu ini sesuai untuk anak yang ada pengasuh atau kita yang jaga sendiri.Kalau anak tinggal Taska,rasanya kurang sesuai,nanti tinggi pulak bayaranya. (^___^).