bismillah
balik Sabah 3 Febuari hari tu..
8 Febuari tu beliau kata mau buat kenduri maulud.
"tak buat kenduri pun..duit habis..baik buat kenduri".
ha ha ha
itu kata beliau.
masa tu hari Rabu kot..
aku kata kalau buat kenduri, baik buat malam..
sebabnya Jumaat petang dan sabtu beliau tu busy meniaga sayuran.
8hb petang tu Pai pun mau balik..kalau buat masa tu rushing..kataku..
tapinya...non hado..
khamis tu masih fikir bila nak buat..
ikut hati beliau memang gegila mau buat Ahad jugalah..mana-manalah.
Ahad pun ok. Sitti dan K.Mia cuti...senang lah sikit kerja-kerja urusan rumah ni..
Kenduri Maulud tu..kira ada berzanji..ada makanan..gitu jaklah.
Tapi..biasa bugis ni..bunyik bacaan doa selamat..sembelihan mesti ada. Ko tidak mampu kambing, lembu..ayam kampong pon kira power jugala..
dan aku sebenarnya..malas mau masuk campur..hahaha. Kau nak sembelih..atau apa yang penting tidak memberatkan..dan ko tidak bertauhidkan hal tu..kira buatlah!
Petang Sabtu tu dapatlah pi memborong barangan keperluan, ayam dan segala macam jajan, tepung, telur..kotak bunga telur..akulah harapan rupanya..
kebetulan jalan kampung tu runtuh..jadi memang takut nak memandunya..patut boleh jak mebelih belah hari khamis, jumaat, sabtu pagi tu..
oleh sebab yang besar tu...jadi tunggu Edilah yang bawa kami..akulah teman mak. Mak tu pagi gi berjualan..lepas tu gi ambik bekas air di rumah orang nun sana..
baliknya terbungkang..
petangnya..ajak aku keluar beli barang tu..
aku ni pulak..ada anak..tak sampai hati tinggalkan.
Time Waafa tido..dapatlah juga keluar..lepas asar kot..
kesana sini..
kesana sini..
maghriblah baru pulangnya..
lepas Isyak..malam Ahad tu..sesi membikin kuih muih untuk esok hari la..
orang datang membantu berapa ketul jak pon..tapi koman ada makanan berhidang.
dan adikku ni bijaksana buat air sahaja..hadoii
yang SS pula ikut UstazZ gi urusan tunang orang Joho..
bila SS tiada..budak 2 ketul ni menempek sajalah..
fikir..buat saja kuih lempeng.
upgrade sikit...letak jagung yang tersalah beli
itulah..sesambil masaknya..dua ketul ni kat kaki.
Waafa tu minta dukung bagai..
hailah..itulah masalah mak-mak anak kecil. Susah nak buat koje yaaa..lagi time kenduri..baguslah sekarang ni ada katering..selamatlah yang nak buat makan-makan ni.
tapi..kampung ni kirim salam lah..
semangat tolong menolong masih ada..padahal saling membalas budi sebenarnya..aku kenduri ko datang, nanti ko kenduri aku datang..gituu
lepas potong tu..SS ajaklah kanak-kanak lelaki ni cabut bulu ayam (kaum kerabat..bau-bau bacang sebelah beliau perempuan) SS kata makcik aji tu macam tidak senang tengok..yolaaa |
Bugis ni..ego kaum lelaki dididik sejak kecil...takboleh buat kerja dapur..haha..macam ni ndakpa..orang sibuk..depa tengok TV..haha..tapi ni time dah sattle kot..sebab budak lelaki tu dah relaks |
tengok..semua dah rehat..air teh tepi tu tak habis...itu minuman masa breakfast. Tengahari tu..aku suruh adikku yang tido tu masukkan ais..alhamdulillah licinnnnnn |
Rasanya ni time tunggu..Lepas Zohor kan..Pak Ustaz yang akan mengetuai berzanji. Pak Ustaz tu lah yang nikahkan kami dulu..kira orang yang dihormati laa |
Hah ni...menu wajib untuk sebarang upacara doa selamat.. Aku biarkan saja..pisang tu wajib cukup dalam sikat tu..kalau kurang satu tidak layak digunakan untuk sesi bacaan doa nanti.. |
kebetulan juga rumah ni banyak kucing..jadi bahan mainan la |
ni rasanya Pak Ustaz dah sampai.. |
ni yang selawat kot..kan dalam berzanji tu ada selawat..jadi part selawat tu semua manusia kena berdiri..tanda hormat kot |
pokok pisang ni kira hiasan sajalah..bebudak ni seronok ada telur+gula-gula dalam tu.. |
tengok..Fath orang berselawat tu...dia main kocing la pulakk |
Edi ni bangsa kena push penuh positif baru jalan..tapi kira ok. ada bebudak lelaki yang malu nak naik rumah..dialah gi hidang kuih muih tu.. |
ikan goreng tu..lauk tengahari..sekalikan dihidanglah..dalam talam tu untuk pakcik-pakcik yang join berzanji..yang tak join..makan bufet gitu...heee |
anak abi ni... |
ni geng buat penyediaan di dapur. Yang lain sebenarnya dah takda apa nak buat..tinggal tunggu makan lauk kenduri..ada yang kenyang makan tengahari..dah kurang makan lauk kendurinya. |
minta Waafa aminkan..aminn sat sat jak mek ni |
rumah ni mana muat untuk semua tu..jadi yang lain-lain tu makan himpit-himpit lah..takpa..bukan lama..dah makan blahh |
orang dah bali..barulah tuan rumah makan..hai lah..Fath duduk lantai bolehhh? |
SS cari lauk ayam kampung..dia ambik kat dapur..habis dimakannya..mau lagi..nak seperiuk!.. haha..ayam ni kitaorang jak yang belasah..orang lain dah lali |
budak cenonet ni..mak dia pun sibuk kan..so kakak dia tolong jaga. abang-abang dia 3 orang gi main gusti.. |
lepas asar gitu..keluarga Ustaz pulak main.. |
Khabsyah dengan Waafa ni lahir bulan September 2013..Khabsyah lahir dulu..comel jak |
depa ni ambik gambar barusan..selama ni bila jumpa..memang tak terfikir nak ambik gambar. Keluarga ustazZ ni rumah wajib kunjungi kalau balik Sabah.. |
penat tu, memanglah.
Tapi..Edi tu siap kena hantar Pai lagi..
ha ha..
esoknya..hantar kami pulak..
hee..Arigato gozaimasta!