28 March 2015

RINDU JEPUN

bila kita duduk di kiri kanan jiran berbangsa Jepun.
memang terasa kita ni Ghurabah..

hailah..

Rindu gila-gila aku dengan sikap aku dekat Jepun.
merasa sendiri kedasyatan angin Typhoon. goyang-goyang pokok tu menakutkan..pakai payung..kalau jenis tangan lembek, terbanglah payungmu

dan paling aku suka..jenjalan tanpa malu..walaupun ada segan juga..jalan kaki dengan Fath dan kendong Waafa  melalui lorong-lorong rumah orang-orang Jepun.. pi tengok orang bercucuk tanam sayur-sayuran...sawah padi..

masya Allah..
indahnya.

Keselamatan yang terjamin..walaupun depa tiada Hudud untuk menakut-nakutkan penjenayah.
entah lah..mungkin banyak kita perlu kutip hikmah dari negara industri bernama Jepun ni.

walaupun populasi Muslim dari keturunan Jepun totok tidak ramai.
tetapi..banyak sisi-sisi hidup mereka memang menepati kehendak agama.
macam kerja keras. (siang bagai singa)..
bertegur sapa. Mungkin aku duduk dikawasan sedikit perkampungan..jadi terasanya best sapa-menyapa ni..
"ohio ghizaimasta".. SELAMAT PAGI
"konnichiwa".. SELAMAT PETANG
"arigatoghozaimasta".. TERIMA KASIH
"ganamashai".. MINTA MAAF

entah camana ejaan tu.. bunyi lebih kurang gitulah.

mungkin ada yang kata..ko gi sebulan jak pun..dah lupa diri
no..no..no
lupa diri tu kena faham maksud.

bohonglah kalau tidak ingat kebaikan yang ada dalam negara kita..cam masjid surau ada merata..gerai halal ..terutama roti-roti..
suara azan..
sumber makanan...macam belacan..cabai..

tapinya..bila duduk sebulan..terasa penuh nikmat.
itupun sebab duduk time musim luruh..
kalau musim salji..surrender...insap banyak-banyak. Musim hujan seharian pun, kita rasa kurang selesa..apatah lagi kalau musim salji.
itu aku heran..orang yang seronok sangat dengan negara ada 4 musim ni..
hahha.


paling rindu...angin sejuk tu..
lagi kalau di Sanbongi-Cho tu dalam kawasan Toyohashi..kira berdekatan laut..angin memang kasi meleleh air hingus...sebab tu best pakai shawl tutup mulut. Ada juga pakai mask. sebab kalau angin tiup..memang masuklah ke rongga hidung.


aduh.

lagi best..boleh membeli belah time malam. Isyak sebelum pukul 8. jadi sebelum pukul 8 boleh masuk kedai tu...dan adalah barangan yang sudah turun harga.
bagus orang Jepun ni..mengutamakan kesegaran.
orang jimat bajet macam kami ni...yang kurang segarlah pilihan.
kurang segar tu..kalau dibanding dengan pasar malam disini..memang menanglah depa.

aku kurang suka sushi atau makanan jepun tu..so tidaklah berkerinduan bab tu.

tapi aku rindu dengan kesegaran makanan laut yang duduk dalam peti ais tu!!
ya ampun..tiada bau hancing..tiada air-air ikan..
memang rileks jak kita mewindow shopping..

tu jelah pun yang aku rindukan.
lebih kepada suasana.

ada gaklah yang kita kurang berkenan..
macam dorang ni serius buat kerja..sampai hidup macam hamba kerja. Lepas tu  balik malam-malam..diorang lepas tension di pusat-pusat hiburan. di biasa di kawasan bandarlah..
ada jak makhluk jenis begini di Malaysia ni..

ada pulak tu yang jenis rasis..kan depa rasa depa makhluk maju..jadi orang luar dari negara  ketiga ni..macam buruklah dinampak.
kira bajet bagus.

haha...

Bila duduk sama-sama dengan anak..walaupun zauji kenkadang jak adanya..tetap terasa nikmat yang amat.

bila dah rasa. Baru kita faham..kenapa ada bangsa manusia yang eksen kalau cerita bab pengalaman ke luar negara..terutamanya negara maju.

jangan eksen ya..sebab mengembara harus bersama terma "berjalan dan berfikir".

No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...