18 March 2015

Melawat Universiti Nagoya

bismillah.


selepas balik dari airport..untuk lawatan sambil belajar..ataupun latihan.
maklumlah lepas ni..kami 3 beranak balik sendiri kan..
SS naik JAL.
kena fly ke Narita dulu..lepas tu Narita baru gi KLIA.

gitulah.

SS kata..jom kita round kawasan Nagoya City.
dan mari kita beli tiket subway..

Dari Chubu Airport tu..naik train sampai Jingu-mae. Di sini..kira pusat laluan  gak..sama ada mahu ke Tokyo atau Nagoya.

tapi kami hanya naik subway.
beli pass untuk sehari.
kalau berjalan dari pagi..sampai malam. Memang berbaloi..
tapi kami dah pukul 2 gitu baru nak start..bertabahlah.

lepas tu sebab Jingu-mae ni ala-ala KL Sentral..so memang busy melampau.
dan aku pulak memerlukan toilet!.

dan melilau cari..rupanya ada toilet dekat luar. LOL

keluar tu..carilah alat bantuan untuk membasuh..sebab toilet jenis lama ni..mana ada air untuk membasuh.
huhu.

Teringat cam singgah hentian Rehat dekat tepi highway..ada yang kotor
dan lebih kuranglah keadaan.
Mungkin sebab ramai guna kan..
lagi sini mesti ramai orang luar Jepun..
eh

lepas tu...kami pon turun bawah..mau menjejak subway la. Kenderaan awam utama untuk kawasan Nagoya city.

maka ke sini lah kita...

ya. University Of  Nagoya.

mula-mula dapat offer JICA. Ingatkan SS training di sini. Rasa eh..kenapa kawasan bandar..ndak syok.mau kampung-kampung.

dan..memang
rupanya bukan.. SS training di Toyohashi University..dalam 2 jam kot dari Nagoya..




kelmarinya..SS sudah pun sampai sini..
diorang ada lawatan juga.

jadi..taulah juga dia jalan ke sini.

tu yang eksen sikit..sampai tiada study malam tu..haha
sebab utama..masa tu di TV-TV asyik ulang kejayaan usaha 8 tahun lepas kot..pensyarah Fakulti Kejuruteraan Uni Nagoya ni hah..
dapat anugerah Nobel (Fizik).

Jepun ni macam semangat semacam la..lagi dapat hadiah besar dan lumayan. Dapatlah bangunkan projek memacam kat Fakulti tu.

ni lah ..Professor Amano dan Prof Isamu Akasaki..ada sorang lagi..tapi sorang tu dah pindah US..
yang bestnya..walaupun ulang pasal kisah Kejayaan dapat Nobel Prize ni..
kisah ulangan benda yang lain-lain.
cam hari ini..wartawan terjah Prof Amano yang baru balik dan mau naik subway..
esoknya..ucapan dari student-student plak..
lusa..kisah depa buat kerja sampai malam untuk sesatu research..
tulat..kisah camana temuramah dari TV-TV lain..

nasiblah aku ndak faham bahasa Jepun. Kalau faham..memang ada esei aku buat pasal depa ni..berpandukan TV NHK...Tv dekat Nagoya tu..dan lain-lainnya...hahaha

ok..back to kisah kami menjelajah ke sini.

sampai-sampai..
keluar dari Subway...naik tangga...hensem betul..
keluar-keluar..perut bumi...

masya Allah sejukkkk.
dan suka gila tengok ya..

haha..sebab masa tu dekat rumput-rumput tu adalah beberapa orang sedang landing di rumput..

gambar bawah ni ambil dari Wiki..ni jalan sebelah kanan..kami di kiri bus stop tu..jadi memang ndak lalu pon sini..

rumput tu hah yang depan bangunan..tu lah yang bikin waaahh..bestnya kalau baring di situ.. :D
kat bawah jalan ni la Subway tu..ala-ala LRT gituu..ni kawasan Uni Nagoya..ada jalan pemisah.tiada pagar..semua boleh masuk :)


lepas tu marilah kita melintas untuk masuk ke  Kawasan Uni Nagoya ni..


aku tany sebelah jalan tadi tu Uni Nagoya ka..terus SS pon perati..nampak sangat dok tahu tu..hihi
kereta putih belakang tu stesen Subway..kena turun tangga..keluar-keluar jakun tengok rumput belakang tu...
lepas tu lintas jalan.. masuk gi kawasan Fakulti Kejuruteraan



masuk jak..nampak parking basikal..daun pokok mula kuning dah..musim luruh kan..


sebab jakon..marilah kita ambik gambar dengan basikal-basikal ini..
rasanya basikal student..tapi hari Sabtu mana da stundent..
*terima kasih SS ambik gambar kasi nampak mukaku segiempat tepat*

nil ah Fakulti Kejuruteraan Uni Nagoya..memati aku suruh SS posing..jual mahal..aku plak disuruhnya

akhirnya...

ambik 2 terus..hah

SS kot ni mau bawa gi cafe ka apa ntah..aku follow jak..sebelah kanan bangunan kanan ni..bangunan Fakulti Kejut lah tu..*ya ampon..hensemnya aku*

rasanya ada 10 tingkat belakang ni..bangunan Fakulti Kejut juga..aku paksa tu ambik situ..haha


nyaman jak dalam Uni Nagoya ni..pokok sana-sinun. Rajin depa ni maintainen kan..

Tangan pod sangat diperlukan..harap SS ambik gambo..huh..kena kira 1,2,3 baru ada..aku mau terus ambik..candid ka..apa ka..janji tiada 1,2,3 hahaaa

apa motif ni..

ni balik semula..sebab cafe tutup kot..eh rasanya SS ada mau tunjuk sesuatu tempat tu..tapi macam eh..kita ni mau ke tempat lain lagiii ni..

banyak jak tempat parking

sejuk ni..bibir memang cantik..hitam..beku dirasa.

tengok..budak tu..konfiden level tinggi..deluan dia baaah..

ni tengah memanas..siapa sentuh dia libas..amboiii nak..

ambik gambar lagi..niat hati mau bersantai di atas rumput sambil makan bekalan..


tapi kami gi taman depan Fak Kejut tu

rehat-rehat dulu..

budak cenonet ni..konon mau beraksi..

betul-betul dia beraksi

Fath ni dengan daun kering..punya jakun beliau tengok

bawa biskut..makan lah dulu..sambil betulkan tudung yang lawa nak mam...
dalam plastik putih tu nasi dengan lauk kot..lupa pulak

Waafa pon tejangkit jakun dengan daun..

cantik jak taman ni..walaupun sana tanah mahal dan sikit..depa masih sediakan kawasan untuk bernafas sempurna..


ni taman tu..(sumber:web Nagoya Uni)

cadangnya mau cari Fakulti Pendidikan..
tapinya..ndak berapa jelas.

jadinya..meh kita ke next station.
sebelum balik naik Subway semula.marilah kita..



posing maut dulu... miahaha

nota kaki:
Uni Nagoya tiada kos pendidikan ya...haha.